Monday, January 25, 2010
hEaRt sHouToUt - Im JuSt hUmAN...
There's nothing wrong if i fight back...
It's my nature and everyone knows it...
If i die trying...
They'll know that i'm telling the truth...
I'm just human...
i'm weak...
I've flaws all over...
And the list go on...
But it doesn't mean you can step on my head...
laughing and smiling and think you've won...
It's funny when you think that i'm losing...
When the game are just began...
I'm just human...
But i can take you down and fall...
Fall with fake memories you made...
For your sake...
I'm just human...
And on 20 February...
I hope i'm still human...
Hope so...
Wish so...
Pray so...
- e . V . I . l -
Ive seen worst through the boundaries
p/s: Guys, 20 February... Stand by me.
Saturday, January 23, 2010
ofFicE sHoUtOuT – KaLImAh AllAH yAng AgUnG
Subhanallah, Walhamdulillah , Wala ila hailallah, Wallahu Akbar…
Sujud tanpa batasan pada – Mu Penakluk sekalian alam…
Syukur pada – Mu Penenang sekalian hati…
Sembah pada – Mu Pemilik hari pembalasan..
Dan Kaulah yang Maha Perkasa.. Maha Berkuasa…
Maha Esa…
Aku bukan Dato’ Dr. Haron Din. Aku jugak bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Aku jugak bukan Bill Gates. Nik Aziz lagilah bukan. Tapi aku harus bersuara. Meluahkan isi hati yang terpendam di lubuk hati. Jauh sekali niat di hati nak memburukkan lagi keadaan yang memang buruk sedia ada. Sebagai muslim, aku berhak mengekpresikan pendapat…
Isu kalimah Allah ini sebenarnya telah lapuk. Dah lama sangat dah. Sejak tahun 1996 lagi. Dengan menggunakan isu sensitif seperti murtad, kebebasan bersuara, hak samarata dan lain – lain, umat Islam di Malaysia kini berada dalam keadaan kritikal akibat tekanan pihak – pihak tertentu. Perlembagaan yang sedia ada tidak mampu mengekang kemahuan mereka.
Secara jujur, kalimah Allah tidak patut digunakan oleh orang bukan Islam. Kesannya terlalu besar. Sebagai contoh, agama Islam akan dilihat sama saja dengan agama yang lain. Sanggupkah kita melihat sesuatu yang menjadi milik kita sekian lama menjadi milik orang lain? Bagaimana dengan nasib generasi akan datang? Sebagai contoh…
Budak Bangang A : Aku tensen betul la dengan bapak aku tu. Tiap – tiap hari suruh semayang. Ape la…
Budak Super Bangang B : Ala.. ko masuk je agama aku. Tuhan pun Allah jugak tapi takyah semayang. Best kan? Sama je…
See the naked truth here? Scary enough? Thought so…
Dalam keadaan negara yang tidak menegakkan Islam di tempat yang sepatutnya, kita takleh menjangkakan sesuatu yang happy ending akan berlaku. Apa yang berlaku lagi 10 tahun atau 20 tahun akan datang? Apa yang korang dah buat untuk agama Islam tercinta ni?
So, hak korang bagaimana untuk bertindak. Jangan pegi bom sana sini sudahlah. Yang penting jaga akidah. Allah sentiasa bersama orang benar… Insyallah.
p/s: Imam Mahdi, we’re waiting for you. Bind the apocalypse.
oFfIcE sHouToUt – RaJa LaWak AstRo. J.d TeRsInGkIr?
So, macam yang kita suma tau, peserta J.D telahpun tersingkir dari persaingan Raja Lawak Astro musim ke – 4. Pada aku, ini sesuatu yang telah dijangka akibat persembahan J.D yang tak bape nak klakar pada minggu – minggu sebelum ni. Namun aku rasa, beliau dah buat persembahan yang terbaik sebelum beliau diumumkan tersingkir pada minggu ke – 3.
Sebagai peserta yang fasih berbahasa Jepun, J.D dianggap peserta yang ‘mungkin’ memiliki kelebihan dari peserta lain. Aku rasa kalau aku member dengan J.D pun best. Leh dia tolong aku translatekan raw manga atau anime Naruto dengan One Piece yang aku download. Ahaha…
Idlan a.k.a Abang Kassim ‘Pon Pon’ pula berjaya menempatkan diri sebagai peserta feberet. Kelakar ke dia ni? Ahaha! Aku pun taktau camne nak cakap. Kalau korang rasa dia kelakar, ikut suka korang la kan. Hak masing – masing…
Aku still takde peserta feberet. Tapi sekarang ni aku lebih terarah untuk vote Mamu dengan Alex. Dengan lawak yang lebih upgrade a.k.a lawak pandai, aku rasa diorang mampu create lawak yang berbeza dengan Nabil dan Sepah. Wait and See…
So, minggu ni sapa plak yang bley buat lawak pecah perut? Sama – sama kita tengok minggu… Hoho!
p/s: Zizan gak yang best… Ahahaha!
Wednesday, January 20, 2010
ofFiCe sHouToUt – nO iNtErNeT, nO fUn, No ReGrEtS…
Tahun 2010 menyaksikan ofis aku melakukan satu transformasi besar. Sungguh besar hinggakan menyusahkan aktiviti harian aku yang extra ceria, sempoi dan serba harmoni. Segalanya yang lagha dan melalaikan bakal hilang dan musnah. Tidak ada lagi keriangan mereply email – email keji – mengeji yang meningkatkan prestasi. Tidak ada lagi gelak tawa di Yahoo Messenger yang merapatkan silaturrahim dan bilaturrahimah. Tidak ada 4shared.com yang menjanjikan lagu – lagu super percuma tanpa risiko untuk dimuat turun. Tidak ada lagi Tukartiub.blogspot.com yang memberikan rentetan kisah benar yang berlaku dalam negara 1 Malaysia tercinta. Tidak ada lagi hanief.blogspot.com yang menyedarkan kita tentang bahana pemimpin yang tidak amanah dan cebisan kisah arnab – arnab comel untuk dimanja. Tidak ada lagi onemanga.com yang setia memberikan komik dan manga – manga percuma sebagai penghibur di kala duka. Tidak ada lagi Youtube.com yang menyajikan klip – klip lucu budak – budak silat menendang walhal menendang tidak ada dalam silibus silat diorang. Hahaha…
Internet access untuk website – website yang bersifat duniawi telah di block di ofis aku… Ini polisi ofis yang baru untuk tahun 2010 yang baru dan serba mencabar…
Tapi… Juga tidak ada bleacherz.blogspot.com?
Mestilah ada! Cuma aku tak mampu update sekerap seperti selalu, dengan perkhidmatan internet yang terhad, aku hanya mampu bertawakal kepada yang Esa.
Polisi yang membebankan ini memaksa aku untuk meredah kedai – kedai henfon untuk mencari broadband yang sesuai untuk mengharungi suasana yang serba penuh ranjau.
Apa???
Ofis korang pun sama???
Apa nak buat.. Polisi ni diterapkan untuk memastikan office hour korang btul – btul terisi dengan kerja yang sepatutnya. So takleh la nak curik – curik tulang la ni. Dah nama pun kerja, kerja je la kan? Takyah nak merungut…
So? The decision is in your hands. Bukan takde internet takleh hidup pun… ( Yeke??? ) life will go on… Always.
p/s: Oits Zarith!!! Bak sini broadband Celcom ko! This is Celcom territory… Ahaha!
oFfIcE sHoUtOuT – LaPaR? NaK tUkAr SuAsAnA? NaK LePaK?
Korang penah lepak Mali’s corner? Kat Wangsa Maju tu… Jalan Bunga Raya. Huh??? Tak pernah??? Alaa… Takkan tak pernah kut? Kalau pernah maksudnya hidup korang dah cukup syarat la tu. Kalau tak penah maksudnya korang skema la… Haha!
Apa yang best sangat lepak Mali’s Corner? Apa yang ada kat situ?
Adakah mungkin kerana awek tukang senduk nasik bernama Fiza yang memberikan korang senyuman manis setiap kali beliau menyenduk nasik lemak? Ataupun awek jaga kaunter bernama Efa yang nampak macam sombong maksima tapi suka gelak time korang bagi duit?
Apa la korang… fikir awek je. Dah – dah la tu…
Mali’s corner menyediakan nasik lemak yang tak kurang lazatnya berbanding nasik lemak Kg. Baru atau nasik lemak Antarabangsa. Kalau tak percaya korang pegi la try dulu…
Selain nasik lemak apa lagi yang ada kat situ?
Char Kuey Tiow ( CKT ) la! Aku yang tak penah – penah suka makan CKT ni pun boleh jadi addicted! Tak cukup sepinggan! Dengan berbekalkan pati kicap rahsia turun – temurun, sesungguhnya amat benak dan mustahil untuk korang buat sendiri CKT ni kat umah…
Apa? Jauh? Takde transport nak pegi? Mak tak bagi pegi jauh – jauh? Rantai motor putus? Macam – macam masalah la korang ni…
Takyah la susah payah dan bimbang! Kalau rasa - rasa Wangsa Maju tu jauh sangat, pegi jelah kat Seksyen 22 Shah Alam berdekatan dengan Sekolah Teknik. Korang akan jumpa Char Kuey Tiow yang tersedap di Malaysia! Char Kuew Tiow Sg. 2 ( Telur Ayam Dibasuh ) yang mempunyai reputasi hebat ini kini melebarkan cawangan di Klang Valley! Apa lagi…
Char Kuey Tiow Sg 2 ( CKTS2 ) yang diterajui oleh Abg. Syam selaku Chef pasti akan membuat korang rasa sangat – sangat berbaloi travel jauh! Tak sampai 1 minit order CKT dah siap untuk dinikmati. Aku cakap terus terang je. Sepinggan CKT memang tak cukup weh! So tak payah la poyo - poyo malu untuk mintak lagi. Kalau malu sangat korang leh SMS je order lagi satu. Tapi jangan malu – malu nak bayar plak! Ahaha!
So? Dah rasa lapar?
p/s: Kalau nasib korang baik, korang akan nampak aku dengan bebudak umah Epi makan kat situ. Tegur la kalau berani…Ahaha…
oFfIcE sHoUtOuT – fObIA?
Manusia ni dicipta Allah sangat – sangat sempurna. Lengkap dengan ciri – ciri yang tersendiri dan keunikan yang berbeza. Namun setiap manusia jugak mempunyai kelemahan atau weak spot yang berlainan bagi setiap individu.
Fobia?
Yups. Manusia jugak mempunyai fobia atau ketakutan terhadap sesuatu. Fobia ni datang dalam setiap bentuk dan kriteria. Ada yang takut tempat tinggi. Ada yang takut tengok darah. Ada yang takut air dan macam – macam lagi jenis fobia. Tapi takut polis sebab takde lesen or takut bini tak termasuk dalam kategori fobia k….
Aku? Aku pun termasuk dalam kategori orang ada fobia gak. Tapi apa la agaknya fobia aku eh?
Secara jujur tanpa berselindung, aku sebenarnya klaustrofobik ataupun takut berada di dalam tempat sempit. Aku boleh ada fobia ni sebab masa kecik kembar pompuan aku sumbat aku dalam kotak tempat simpan kertas peperiksaan milik Abah aku masa main nyorok – nyorok. Dan sememangnya korang tau dengan logik akal yang dimiliki kanak – kanak berumur 5 tahun ke bawah, memang mustahil diorang boleh tau aku menyorok dalam tu. Tapi yang tak bestnya, kembar aku pun boleh lupa aku nyorok dalam tu. Sudahnya 2 jam lebih aku terkurung dalam tu… Trauma terus sampai hari ni. Adui…
Perkara yang sama berulang kembali pada 1 Disember lepas semasa kunjungan aku ke Sabah. Kawan aku Norrizal terlupa nak bagi instruction manual camne nak bukak pintu toilet apartment beliau yang tak bertombol. Dengan apartment yang sunyi tanpa individu, keadaan aku sangat – sangat kritikal.
10 minit pertama terkurung dalam toilet aku masih boleh berfikir secara waras. Aku cuba memikirkan sesuatu cara untuk keluar dari toilet ini. Dan kesudahannya aku sedar tidak ada sesiapa mampu menolong aku pada ketika ini…
50 minit berada dalam toilet membuatkan keadaan aku menjadi semakin serius. Kekurangan pengambilan karbohidrat menyebabkan aku langsung tidak ada tenaga untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Aku hampir pengsan akibat stress dan kekurangan oksigen… Aku akhirnya mengambil keputusan drastik. Antara hidup dan mati… Dan tidak kira pun berapa kosnya…
Kadish!!!
Pintu toilet Norrizal berjaya dipecahkan dengan kaki kanan aku yang telah menjalani latihan Silat Seni Gayong bertahun – tahun. Aku menarik nafas lega mengucapkan syukur… Aku bersyukur aku tidak mati di dalam toilet. Suwey weh…
p/s: Semoga kubur aku nanti lapang hendaknya… Amin.
FoOtBalL sHoUtOuT – No tRoPhY fOr MaN U?
Tersingkirnya Manchester United ( MU ) dari kejuaraan bolasepak tertua di England, FA Cup membuktikan MU bukan lagi MU yang dulu. MU bukan lagi pasukan lagi pasukan yang digeruni di England, Eropah mahupun dunia. Kehilangan Christiano Ronaldo meninggalkan impak yang terlalu besar. Setiap perlawanan MU bagaikan satu perkara yang mudah dijangka… MU akan kalah ataupun seri. Damn!
Sebagai pengurus yang paling banyak memenangi trofi di England, minda Alex Ferguson bukanlah sesuatu yang mudah dijangka. Tapi membeli pemain – pemain yang kurang berwibawa dan mengharap keajaiban bukanlah sesuatu yang boleh dimaafkan.
Sebagai penyokong MU tegar, kritikan dan penghinaan yang diterima dari Epi, Pejo dan Iqbal bukanlah sesuatu yang menggembirakan dan patut dibanggakan.
To Alex Ferguson,
I know you wont read this but I hope you can do something to change this situation. If you think you’re not up to the job anymore, please retire and and give your fucking job to someone that will make a difference… Jose Mourinho maybe.
p/s: Glory – glory Manchester United… Amin.
Thursday, January 7, 2010
NeW yEaR sHoUtOuT – 2010, tHe LeGaCy
Suasana yang sangat – sangat berbeza. Tidak kira di mana berada. Senyuman terukir di wajah - wajah ceria. Jeritan dan sorak umpama gempa. Dosa dan pahala ditolak segala. Lelaki dan wanita sama sahaja. Apa status tidak dikira. Apa yang penting sudah dilupa. Usia bertambah meniti dunia. Namun pahala tidak seberapa. Bila bala datang menimpa, baru ingat pada yang Esa.
Syukur pada Allah, Penakluk sekalian alam…
Bila sebut je tahun baru, semua pakat - pakat sibuk nak buat azam. Padahal belambak lagi azam yang lepas – lepas tak buat lagi. Ada yang nak beli kereta baru, nak tukar keja baru, nak tukar langsir baru ( Ni pun masuk dalam kategori azam apa! ) dan macam – macam lagi. Tapi pada sesapa yang ada niat nak buat azam tukar girlfriend atau boyfriend baru, istigfar la banyak – banyak weh…
“Apa??? “
“ Aku ni cakap banyak tapi azam aku plak apa??? “
Tak banyak yang aku nak azamkan pun. Cukuplah dengan doa rezeki aku bertambah dan keberkatan yang di – upgrade. Rukun Islam yang 5 tu pun kengkadang ada yang tertinggal. Secara generalnya, aku berazam untuk menjadi hamba yang lebih taat, anak yang lebih baik, adik yang lebih independent, abang yang lebih memahami, kekasih yang lebih pengorbanan, sahabat yang lebih cool, pekerja yang lebih rajin, Pakcik yang lebih sporting dan citizen yang lebih bijak berfikir. Citizen yang lebih patuh pada pemerintah??? Hahaha…
I don’t think so…
So guys, this entry is for you all. Terlalu banyak lagi dalam hidup yang perlu kita lakukan. Sesuatu yang menggembirakan kengkadang bukanlah sesuatu yang bermakna. Setiap sesuatu yang lakukan, buatlah dengan niat kerana Allah ( Jangan la korang rompak bank kerana Allah plak! ). Buatlah sesuatu untuk keberkatan. Buatlah sesuatu untuk pahala yang berterusan. Buatlah sesuatu untuk beroleh senyuman di hari pembalasan…
Insyallah..
p/s: Selamat Tahun baru 2010… Be good guys.
oFfIcE sHoUtOuT – RaJa LaWaK aStRo sTrIkeS aGaIn! JoM geLaK!
So finally Raja Lawak Astro kembali di Astro Prima. Setelah Nabil dengan Sepah meletakkan lawak, humor atau komedi di tahap terbaik, mampu ke peserta – peserta musim baru ni menepati standard lawak yang ditetapkan oleh juara – juara terdahulu?
Berat nak jawab…
Terus terang aku cakap, aku takde peserta favourite pun. Mana aku rasa paling kelakar minggu tu, tu la yang aku vote. Sapa – sapa yang ada niat nak vote peserta sebab peserta tu salah sorang dari family dia, jiran dia, budak kampung dia, kawan tadika dia, bekas boifren dia atau satu negeri dengan dia, sila kensel niat anda sebab takde faedah pun. Korang tengok Amir ‘ I’m Sorry ‘ tu, tak kemana pun lepas jadi finalis. Aku terjumpa dia kat Uptown Danau Kota pun orang lain buat taktau je. Apa yang kita nak cari adalah peserta yang berkualiti…
Untuk minggu pertama, tak banyak yang aku nak cakap. Masih ada yang nervous atas pentas. Isi pun kurang. Isi pun so – so je. So hoping untuk minggu akan datang diorang boleh tunjukkan lawak sebenar diorang. Takkan la korang terpilih jadi peserta sebab korang tak kelakar kan?
All the best…
p/s: Aku tak kelakar pon…
Subscribe to:
Posts (Atom)