Wednesday, January 20, 2010

ofFiCe sHouToUt – nO iNtErNeT, nO fUn, No ReGrEtS…



Tahun 2010 menyaksikan ofis aku melakukan satu transformasi besar. Sungguh besar hinggakan menyusahkan aktiviti harian aku yang extra ceria, sempoi dan serba harmoni. Segalanya yang lagha dan melalaikan bakal hilang dan musnah. Tidak ada lagi keriangan mereply email – email keji – mengeji yang meningkatkan prestasi. Tidak ada lagi gelak tawa di Yahoo Messenger yang merapatkan silaturrahim dan bilaturrahimah. Tidak ada 4shared.com yang menjanjikan lagu – lagu super percuma tanpa risiko untuk dimuat turun. Tidak ada lagi Tukartiub.blogspot.com yang memberikan rentetan kisah benar yang berlaku dalam negara 1 Malaysia tercinta. Tidak ada lagi hanief.blogspot.com yang menyedarkan kita tentang bahana pemimpin yang tidak amanah dan cebisan kisah arnab – arnab comel untuk dimanja. Tidak ada lagi onemanga.com yang setia memberikan komik dan manga – manga percuma sebagai penghibur di kala duka. Tidak ada lagi Youtube.com yang menyajikan klip – klip lucu budak – budak silat menendang walhal menendang tidak ada dalam silibus silat diorang. Hahaha…

Internet access untuk website – website yang bersifat duniawi telah di block di ofis aku… Ini polisi ofis yang baru untuk tahun 2010 yang baru dan serba mencabar…

Tapi… Juga tidak ada bleacherz.blogspot.com?

Mestilah ada! Cuma aku tak mampu update sekerap seperti selalu, dengan perkhidmatan internet yang terhad, aku hanya mampu bertawakal kepada yang Esa.

Polisi yang membebankan ini memaksa aku untuk meredah kedai – kedai henfon untuk mencari broadband yang sesuai untuk mengharungi suasana yang serba penuh ranjau.

Apa???

Ofis korang pun sama???

Apa nak buat.. Polisi ni diterapkan untuk memastikan office hour korang btul – btul terisi dengan kerja yang sepatutnya. So takleh la nak curik – curik tulang la ni. Dah nama pun kerja, kerja je la kan? Takyah nak merungut…

So? The decision is in your hands. Bukan takde internet takleh hidup pun… ( Yeke??? ) life will go on… Always.

p/s: Oits Zarith!!! Bak sini broadband Celcom ko! This is Celcom territory… Ahaha!

No comments:

bloG BudDieS