Wednesday, January 20, 2010

oFfIcE sHoUtOuT – fObIA?






Manusia ni dicipta Allah sangat – sangat sempurna. Lengkap dengan ciri – ciri yang tersendiri dan keunikan yang berbeza. Namun setiap manusia jugak mempunyai kelemahan atau weak spot yang berlainan bagi setiap individu.

Fobia?

Yups. Manusia jugak mempunyai fobia atau ketakutan terhadap sesuatu. Fobia ni datang dalam setiap bentuk dan kriteria. Ada yang takut tempat tinggi. Ada yang takut tengok darah. Ada yang takut air dan macam – macam lagi jenis fobia. Tapi takut polis sebab takde lesen or takut bini tak termasuk dalam kategori fobia k….

Aku? Aku pun termasuk dalam kategori orang ada fobia gak. Tapi apa la agaknya fobia aku eh?

Secara jujur tanpa berselindung, aku sebenarnya klaustrofobik ataupun takut berada di dalam tempat sempit. Aku boleh ada fobia ni sebab masa kecik kembar pompuan aku sumbat aku dalam kotak tempat simpan kertas peperiksaan milik Abah aku masa main nyorok – nyorok. Dan sememangnya korang tau dengan logik akal yang dimiliki kanak – kanak berumur 5 tahun ke bawah, memang mustahil diorang boleh tau aku menyorok dalam tu. Tapi yang tak bestnya, kembar aku pun boleh lupa aku nyorok dalam tu. Sudahnya 2 jam lebih aku terkurung dalam tu… Trauma terus sampai hari ni. Adui…

Perkara yang sama berulang kembali pada 1 Disember lepas semasa kunjungan aku ke Sabah. Kawan aku Norrizal terlupa nak bagi instruction manual camne nak bukak pintu toilet apartment beliau yang tak bertombol. Dengan apartment yang sunyi tanpa individu, keadaan aku sangat – sangat kritikal.

10 minit pertama terkurung dalam toilet aku masih boleh berfikir secara waras. Aku cuba memikirkan sesuatu cara untuk keluar dari toilet ini. Dan kesudahannya aku sedar tidak ada sesiapa mampu menolong aku pada ketika ini…

50 minit berada dalam toilet membuatkan keadaan aku menjadi semakin serius. Kekurangan pengambilan karbohidrat menyebabkan aku langsung tidak ada tenaga untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Aku hampir pengsan akibat stress dan kekurangan oksigen… Aku akhirnya mengambil keputusan drastik. Antara hidup dan mati… Dan tidak kira pun berapa kosnya…

Kadish!!!

Pintu toilet Norrizal berjaya dipecahkan dengan kaki kanan aku yang telah menjalani latihan Silat Seni Gayong bertahun – tahun. Aku menarik nafas lega mengucapkan syukur… Aku bersyukur aku tidak mati di dalam toilet. Suwey weh…

p/s: Semoga kubur aku nanti lapang hendaknya… Amin.

2 comments:

Anonymous said...

salam... Encik arif tkurung kat dalam tandas sbb tuhan xnak u buat perkara x senonoh hahahahha...

3viL X eIjI said...

salam

nak shave kira masuk kategori benda tak senonoh ke?hadoii..

p/s:payah nak buang tanggapan negatif pasal toilet ni...

bloG BudDieS