Wednesday, January 20, 2010
oFfIcE sHoUtOuT – LaPaR? NaK tUkAr SuAsAnA? NaK LePaK?
Korang penah lepak Mali’s corner? Kat Wangsa Maju tu… Jalan Bunga Raya. Huh??? Tak pernah??? Alaa… Takkan tak pernah kut? Kalau pernah maksudnya hidup korang dah cukup syarat la tu. Kalau tak penah maksudnya korang skema la… Haha!
Apa yang best sangat lepak Mali’s Corner? Apa yang ada kat situ?
Adakah mungkin kerana awek tukang senduk nasik bernama Fiza yang memberikan korang senyuman manis setiap kali beliau menyenduk nasik lemak? Ataupun awek jaga kaunter bernama Efa yang nampak macam sombong maksima tapi suka gelak time korang bagi duit?
Apa la korang… fikir awek je. Dah – dah la tu…
Mali’s corner menyediakan nasik lemak yang tak kurang lazatnya berbanding nasik lemak Kg. Baru atau nasik lemak Antarabangsa. Kalau tak percaya korang pegi la try dulu…
Selain nasik lemak apa lagi yang ada kat situ?
Char Kuey Tiow ( CKT ) la! Aku yang tak penah – penah suka makan CKT ni pun boleh jadi addicted! Tak cukup sepinggan! Dengan berbekalkan pati kicap rahsia turun – temurun, sesungguhnya amat benak dan mustahil untuk korang buat sendiri CKT ni kat umah…
Apa? Jauh? Takde transport nak pegi? Mak tak bagi pegi jauh – jauh? Rantai motor putus? Macam – macam masalah la korang ni…
Takyah la susah payah dan bimbang! Kalau rasa - rasa Wangsa Maju tu jauh sangat, pegi jelah kat Seksyen 22 Shah Alam berdekatan dengan Sekolah Teknik. Korang akan jumpa Char Kuey Tiow yang tersedap di Malaysia! Char Kuew Tiow Sg. 2 ( Telur Ayam Dibasuh ) yang mempunyai reputasi hebat ini kini melebarkan cawangan di Klang Valley! Apa lagi…
Char Kuey Tiow Sg 2 ( CKTS2 ) yang diterajui oleh Abg. Syam selaku Chef pasti akan membuat korang rasa sangat – sangat berbaloi travel jauh! Tak sampai 1 minit order CKT dah siap untuk dinikmati. Aku cakap terus terang je. Sepinggan CKT memang tak cukup weh! So tak payah la poyo - poyo malu untuk mintak lagi. Kalau malu sangat korang leh SMS je order lagi satu. Tapi jangan malu – malu nak bayar plak! Ahaha!
So? Dah rasa lapar?
p/s: Kalau nasib korang baik, korang akan nampak aku dengan bebudak umah Epi makan kat situ. Tegur la kalau berani…Ahaha…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment