Monday, December 13, 2010

Football Shout Out - Kami di sini Malaysia



                                                         Dah menang mestilah celebrate

                                                      Mata bengkak pun boleh turun beb

                                   Benteng pertahanan pasukan bolasepak negara tengah meeting



“ Kalau Malaysia menang, I sanggup lari telanjang bulat la keliling I City ni! Apedehal!!! “

“ Korang ni buat habis air liur je sorak – sorak. Baik tengok EPL la. Samir Nasri power beb!!! “

“ Kalau Malaysia menang, Wa belanja Lu makan Chicken Chop seminggu beb! Tapi baik Lu yang prepare duit. Sebab Wa tau Malaysia takleh menang! Haha! Topup Meksis Lu pun Wa leh payung!!! “

Di atas hanyalah sebahagian dari kata – kata hamjadah dan bangsat yang aku slalu dengar dari mulut kengkawan yang buta bola dari masa ke masa. Rasa macam nak labi gak mulut diorang sampai berbuih macam Shabery Cheek tapi biarlah… Aku mengambil tindakan berdiam diri.

Hakim Seksyen 7 Shah Alam bergegar sekali lagi. Jerit, sorak dan paluan dram orkestra menggamatkan suasana restoran Hakim yang dipenuhi mamat – mamat yang sangap main Fantasy Football kat Facebook dan gila EPL serta Spanish League . Pasukan bolasepak negara berjaya melayakkan diri ke Semi Final Piala Suzuki sekaligus menutup mulut – mulut pengkritik jahanam bolasepak negara padahal diorang pegi stadium pun tak penah. Hambek! Rabak la poket kalian yang betting Chicken Chop seminggu tu! Haha! Lantak la nak withdraw duit dari akaun ASB tinggalan pusaka keluarga asalkan janji manis betting dipenuhi!

Dengan mata yang sepet sebelah angkara Conjunctivitis yang menyeksa, dengan tidak mempedulikan kata – kata keji nista kengkawan seperti gemuk, ular, asmara dan sebagainya, dengan tidak mempedulikan bebelan bos akibat lambat sampai ofis esok harinya, dengan tidak mempedulikan tarikh submit assignment yang banyak gila, penyokong setia pasukan bolasepak negara terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan negara! Dari mula sampai habis game tak benti sorak beb. Ada yang hilang suara! Ada yang hilang kunci kereta! Ada yang hilang malu sekejap time habis game! Kahkah! Yang kutuk – kutuk tu, apa yang korang dah buat untuk upgrade pasukan bolasepak negara? Setakat main futsal kat HTO Subang dengan dating je pakai jersi Malaysia watpe beb?

So Rabu ni Semi Final Piala Suzuki, Malaysia VS Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Selagi mampu, bersoraklah untuk pasukan negara. Tak rugi apa pun weh! Untuk mahukan lebih aksi mendebarkan, aku galakkan korang beli tiket yang dijual dengan harga RM20 dan RM40 dan rasakanlah gegaran di stadium secara LIVE. Untuk insan – insan yang terataknya jauh dari Bukit Jalil seperti Kangar dan Batu Pahat, sokonglah pasukan negara di depan kaca TV LCD 42 inci anda sambil makan malam. Aku tak marah… Don’t worry.

Mungkin kita bukan Presiden FAM. Mungkin  kita bukan Bendahari FAS. Dan juga kita mungkin bukan suami AJK KAFA, tapi yang pasti kita semua adalah rakyat Malaysia. Sape lagi nak sokong kalau bukan kita beb? Suara penyokong adalah sesuatu yang mampu mengubah situasi bolasepak negara. Kembalikan jatidiri sebagai rakyat Malaysia. Insyallah, kita mampu mengubahnya.

Kami di sini Malaysia

-         E . i . J . I –

Tribute to geng – geng Ultras, Dinie, Afiq, Wanbai, Apit, Iyzat dan lain – lain. Jika aku tiada, suara aku diharap kalian bawa bersama.

p/s : Untuk lebih feel dan terangsang baca artikel ni, korang leh dengar soundtrack The Raising Fighting Spirit dari Anime Naruto. Lagu Jalur Gemilang pun boleh. Aku bagi suggestion je. Aku open minded…


2 comments:

wargasoccer said...

bro dari aloq staq kami p, depan tb x layan la bro...hehe..x sabaq nk p katok gendang ngn geng UM ..selalu dok katok ngn UK je

3viL X eIjI said...

Jangan katok pala lalang dah la... Sian depa. Baru2 nak mai stadium tu. Heheh! Kasi gegar stadium!

bloG BudDieS