Determinasi dari tulang - tulang belakang Ultras. Di mana semuanya bermula |
Aku dan Kimi. Aku memang tidak suka diambil gambar. Tapi aku suka snap gambar orang lain. Haha! |
Oh! Malaysia Engkau tetap dihati
Oh! Malaysia gunung sanggup didaki
Oh! Malaysia lautan kure nangi
Berjuang dan berbakti
Untuk Ibu Pertiwi
Oh! Malaysia tanah tumpah darahku
Hidup mati untukmu
Kegembiraan dan selebrasi masih berterusan. Ada yang terus – terusan chants sorakan semangat semasa kesibukan maksimas menyiapkan End Year Report pada waktu ofis. Ada yang jakun dan ligat meng ‘ add ‘ sahabat – sahabat Ultras kat Facebook. Ada yang macam nak gila dan kecewa akibat stok Jersi Pa sukan Kebangsaan yang disurf secara online telah kehabisan dan SadakAllahulazim. Tidak kiralah bagaimanapun pelik dan hamjadah cara kalian untuk bergembira, kalian semua memang berhak meraikannya.
Pasukan bolasepak negara a.k.a Harimau Malaya telahpun berlepas ke Hanoi untuk perlawanan timbal balik Semi Final Piala AFF Suzuki hari Sabtu ini. Dan pada ketika artikel ini ditulis, aku sedang menasihati sahabat – sahabat Ultras yang hilang suara dan sakit pedih mata akibat chants dan terkena asap flare di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari untuk berehat secukupnya agar kesinambungan chants akan dapat diteruskan di gelanggang keramat stadium tertutup Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam.nanti. Heheh! Jangan ada yang patah kerusi macam haritu dahlah. Sorang – sorang muka Ultras kene wanted nanti.
Namun, dari cerita yang aku dengar sendiri sahabat Ultras, untuk membina Ultras dari bawah sememangnya bukan kerja yang mudah. Nam un hasilnya pada hari ini aku rasa ianya sangat – sangat berbaloi. Aku berharap dan berdoa keadaan ini akan berterusan sampai bila - bila. Jatuh bangun Harimau Malaya berada dalam tangan kalian semua, rakyat Malaysia . Dalam masa korang membelanjakan RM100++ untuk belanja awek korang makan Kenny Rogers, apelah salahnya korang bawak awek korang makan + saving untuk kawin kat Hakim Seksyen 7 sambil sorak untuk Malaysia sekali Sabtu ni. Dalam masa korang beratur panjang dan berbelanja RM50++ nak tengok wayang kat GSC MidValley dengan skandal tercinta, apelah salahnya korang beratur nak beli tiket final Piala AFF Suzuki kat Bukit Jalil nanti. Apelah salahnya kalau korang guna duit yang korang dah save untuk beli Full Band Set Guitar Hero PS3 Version yang bern ilai RM700++ ( Macam aku je… ) untuk membeli jersi original pasukan negara? Dan apelah salahnya korang guna RM100 yang korang selalu guna untuk bayarkan Broadband Celcom awek tak guna yang tak konfem – konfem jadi bini korang untuk beli mafela atau Tshirt Ultras. Kan ke bagus tu? Semuanya demi negara. BUKAN untuk Ultras.
APA??? Po st aku kali ni tak kelakar? Ayat touching lebih? Guna frasa simpati? Haha! Sori la kengkawan. Aku touching tengok gambar kat bawah ni. Korang pandai – pandai la nilai. Hahaha! Lagi – lagi hari ni hari Jumaat. Semoga kalian beroleh keberkatan darinya. Dan berdoalah Harimau Malaya dapat meneruskan kecemerlangan esok sekaligus melangkah ke final. Tunggu kami Bukit Jalil. Kami tidak akan biarkan kau sepi lagi...
Kebangkitan ini tidak mampu disorok lagi. |
Adik - adik. Kalian memang cool. |
- E. i . J . i –
Kau tidak perlu meniru aku untuk menjadi kita. Kita sama semuanya
Tribute to insan – insan yang menjadi tula ng belakang Ultras. Anda tahu diri anda siapa. Terima kasih bukan uk uran untuk hasil seni kalian.
P/S : Kepada sesapa yang email @Gmail aku tentang Ultras, Aku bukanlah orang yang sepatutnya untuk menerangkannya pada kalian. Tapi boleh add YM aku heijivash00@yahoo.com.
P/S : Kepada sesapa yang email @Gmail aku tentang Ultras, Aku bukanlah orang yang sepatutnya untuk menerangkannya pada kalian. Tapi boleh add YM aku heijivash00@yahoo.com.
No comments:
Post a Comment