I wish i can be there
12 - 17 Disember 2010, bermulalah cabaran pasukan Silat Malaysia dalam Kejuaraan Pencak Silat Sedunia di Jakarta, Ind onesia . Kejuaraan ini akan dijadikan sebagai gela nggang pemanas badan sebelum berlangsungnya Sukan SEA tahun depan.
Dengan musuh – musuh tradisi seperti Ind onesia dan Vietnam , pasukan Malaysia tidak seharusnya mengambil mudah kejuaraan ini. Dengan pertandingan – pertandingan dunia yang sebelum ini banyak didominasi oleh Vietnam , mungkin sudah sampai masan ya Persekutuan Silat Kebangsaan ( PESAKA ) mengambil inisiatif untuk melahirkan jaguh – jaguh silat yang masih muda dan berwibawa.
Sebagai pesilat, seharusnya kita sedar bahawa kita menjunjung maruah negara. Jadikan silat sebagai perisai budaya negara. Tidakkan rugi membela warisan bangsa.
Berjuanglah berhabis – habisan sahabat – sahabat di dalam pasukan silat negara. Kami sentiasa berdoa untuk kalian. Sekali memijak gela nggang, biar bergegar seluruh alam. Kami tunggu kilauan emas dari kalian.
Panglima dan srikandi perang,
Maju berjuang di dalam gela nggang,
Usahkan takut biarkan tenang,
Sekali melangkah tunjukkan belang.
- e . I . j . I –
Jangan takut terik mentari.
No comments:
Post a Comment