Thursday, December 16, 2010

Football Shout Out – Mengegar gelanggang keramat ini, biarkan suara menjadi saksi


                                                                 Kalian yang menggegar


                                                                           Gol!!!


                                                        Kebangkitan yang tidak mampu disorok lagi
                

Bangunlah kau Harimau Malaya,
Belangmu kusemat siap di dada,
Tunjukkan taring bebaskan bisa,
Jangan kau risau, kami kan ada...


Tergamam seketika. Yang tengah dating boleh clash terus dibuatnya. Yang tengah makan boleh tersedak sementara. Yang tengah tido pun boleh terjaga. Kerana apa? Ya Malaysia… Bergema seantero dunia yang pasukan bolasepak negara kesayangan kita telah mengalahkan juara bertahan Vietnam 2 – 0 pada saingan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki yang berlangsung di gelanggang keramat Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Terima kasih kepada pemain – pemain negara yang bertungkus lumus terus bertahan dengan asakan bertali arus pasukan Vietnam sekaligus menafikan ramalan karut football pundits ESPNHD seperti Shebby Singh dan Andy Penders yang meramalkan Malaysia hanya mampu seri dan kalah malam tadi. Silap la weh!  Namun aku rasa diorang terlupa yang pasukan Malaysia mempunyai pemain ke 12… Bala tentera HITAM KUNING a.k.a penyokong.

Maka dengan demikian, tak keterlaluan kalau mulut celupar aku kata sebelah kaki kita telah pergi ke final. Namun diharap barisan Harimau Malaya tidak akan mengambil enteng perlawanan timbal balik di Hanoi Sabtu nanti. Semestinya Vietnam akan bermain 200% lagi – lagi mereka bermain di tempat sendiri.

So, aku minta maaf banyak – banyak kat sahabat – sahabat Ultras yang saban hari call dan SMS tak putus – putus sampai habis topup menanyakan aku pergi ke stadium ke tak. Aku tak dapat nak join dan aku kecewa. Alasan ada sawan hari Rabu yang diberi kepada pihak atasan tidak cukup kukuh untuk membawa kaki aku ke Bukit Jalil. Namun terima kasih pada kalian yang membawa suara aku bersama. Kalian menunaikan janji untuk menggegar Bukit Jalil. Ada yang amik MC. Ada yang ponteng kelas. Ada yang tipu isteri kononnya pergi outstation. Ada yang tipu awek cakap phone low batt. Kahkah! Tak kisahlah alasan apa pun. Kredit syabas untuk kalian yang datang dari jauh seperti Kedah, Kelantan dan Johor. Insyallah, suara kita akan bergema lagi di Bukit Jalil bila final nanti.

Kepada Harimau Malaya, biarpun Sabtu nanti kalian bermain jauh di mata, tak perlulah kalian risau tentang apa – apa. Bermainlah seperti biasa sepenuh jiwa dan raga. Kami di sini pasti kan ada.

-          E . i . J . i –

Pamerkan taring lepaskan bisa.

Tribute to Pesilat negara Amme Latip yang berjuang di Kejohanan Silat Sedunia di Indonesia dan tewas kepada pesilat Vietnam. Jangan risau Amme, kekalahan dikau telah kami tebus. Tepuk – tepuk sayang Amme!

No comments:

bloG BudDieS