Sunday, December 19, 2010

Football Shout Out – Ready guys, we going to paint Bukit Jalil yellow and black. And yes… It’s payback time.





Afiq yang memegang flare, yang bertanggungjawab membawa aku ke dalam dunia Ultras yang serba - serbi cool. Terima kasih sahabat.

Keeper negara Fahmi @ Apek dan Wan Bai. Kedua -duanya banyak berjasa dalam  bolasepak negara dan Serdang.


Aku kehabisan cara untuk memulakan entry. Biarlah aku mulakan dengan Bismillah dan Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Penakluk sekalian alam. Pada kalian yang beragama Kristian, Hindu atau Buddha, kalian mungkin boleh berterima kasih kepada Jesus, Lord Murugan ataupun Sami Emas Bertujuh. Aku tak kisah sangat sebenarnya. Haha! Tidak kiralah kalian berpegang teguh kepada kepercayaan apapun, ketahuilah wahai rakyat Malaysia, bahawa Harimau Malaya kita telah berjaya ke final Piala AFF Suzuki setelah menanti selama 14 tahun. Kita berjaya mengalahkan juara bertahan Vietnam dengan aggregat 2 – 0.

Pada ketika ini, sahabat – sahabat Ultras Malaya masih bersorak riang dan berarak ( Macam Maal Hijrah dah ni… ) sekitar restoran Hakim Seksyen 7 Shah alam. Penyesalan masih berbekas di dalam hati kertas aku kerana tidak dapat ikut serta dalam komplot kali ni atas faktor cuaca yang tidak menentu dan faktor menunaikan fardu kifayah seperti kenduri kahwin rakan sebaya, khatam Quran dan lain – lain faktor. Aku hanya mampu bersorak di depan kaca LCD TV yang agak mengagumkan resolusinya. Tidak ada yang lebih penting sekarang melainkan menunaikan misi dan niat murni menggegar Stadium Nasional Bukit Jalil minggu depan, 26 Disember 2010.

Yang mana masih ada kertas terakhir peperiksaan SPM seperti adik Puteri Wahida dan Adik Aiman Tak Kisah, buatlah bersungguh – sungguh. Kalau taktau jawapan, korang try pejam mata dan tarik nafas, baca Bismillah dengan ayat Qursi pastu pandai – pandailah usha – usha panas jawapan orang sebelah. Yang mana bekerja keras mencari berpinggan – pinggan nasi seperti Wanbai dan Kimi Ustaz, siapkanlah kerja anda dan mintaklah cuti seawal mungkin supaya kes malang yang terjadi pada aku hari Rabu tempoh hari dapat dielakkan meskipun bos anda adalah Bonda anda sendiri. Tapi jika kalian tak dapat cuti, kalian janganlah mogok sehingga memungkinkan kalian beroleh notis 24jam cuti berterusan. Yang mana masih bercuti semester Universiti seperti Jeff dan Reza, rehatlah secukupnya. Suara kalian pastinya amat – amat diperlukan untuk memecah mental lawan di Bukit Jalil nanti.

Tidak kira siapapun lawan kita di final nanti, diharap Harimau Malaya akan terus berditerminasi dan fokus. Semestinya aku nak tengok Harimau kita melawan Indonesia di final untuk misi menebus maruah kita yang tercalar pada perlawanan kumpulan.

Tahniah sekali lagi Harimau Malaya. Dan terima kasih sekali lagi kerana memberi peluang kepada kami rakyat Malaysia untuk berkubu di Bukit Jalil minggu depan. Sesungguhnya kami akan sentiasa menjadi benteng kalian. Janganlah gentar dengan siapa pun lawan, kami kan ada sebagai peneman.

-          E . i . J . i –

Biarpun kaki kita diikat bumi, pastikan suara kita menggegar langit

P/S; Terima kasih pada Jeff Ultras yang bagi aku online updates perihal perilaku sahabat - sahabat LIVE dari restoran Hakim. Anda sangat- sangat cool.

1 comment:

armouris said...

tahniah Malaysia!! info tentang bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

bloG BudDieS