Saturday, September 19, 2009

rAmaDhAn ShOUtOuT - Be A wArRiOr, Not A peRsOn

http://kisahhanafi.blogspot.com/2009/02/pengertian-perkataan-cekak.html

23 Ogos 2009

Semuanya berlaku dengan cukup simple dan mudah. Penghinaan secara terang - terangan tanpa memikirkan akibat dan padah. Seni Beladiri lain dipandang rendah. Pendapat yang lain ditolak mentah. Sedangkan ilmu diri tidak ditelah. Duduk berkokok di dalam gelanggang bermegah - megah. Pertandingan dianggap penjatuh maruah. Apa yang ada kononnya pemusnah... Boleh blah!

Masalah ni bukan baru bermula semalam, bukan kelmarin tapi sejak bertahun lama. Persefahaman tidak pernah dicari. Tapi pada aku, persefahaman tidak mungkin dapat dicari selagi prinsip yang salah ditolak tepi.

Aku tak berkecimpung dalam dunia beladiri untuk bermusuh. Apa lagi ditolak jatuh. Tapi amalan memperbodohkan diri sendiri seperti menghina beladiri lain dan perasan hebat dan bagus ini harus dihentikan...

Mungkin betul kata - kata sahabat yang baru aku knal iaitu Wan Rathnor, selalunya junior beliau a.k.a budak - budah mentah dan tak sedar diri yang selalu tunjuk bagus dalam blog. So tak perlu dilayan...

So antipasakbumi, Larn, Akal or sapa - sapa yang kuat sangat nak bergaduh tu, masuk jelah tournament. Jangan jadi pondan dalam gelanggang. Cakap berdegar - degar tapi apa pun takda. Untuk apa? Orang pandang hebat? Nak tarik perhatian junior - junior pompuan? Poyo weh...

p/s: Kalau takut masuk tournament, bawak mak korang skali, senang nak bawak korang balik apa - apa jadi nanti.

Jangan pandang belakang, nanti eksiden. Guna la side mirror..

- e . I . j .I -

Gunakan Kaedah A+

Monday, September 14, 2009

RaMaDhAn ShOuToUt - sUpErIoR N thAt wOrDs iS noT 4 u


Fatin Umaimah...

Sihat ke awak kat sana? Mestilah sihat kan adanya? Ada BF yang sirna. Yang kononnya baik dan berwibawa. Yang boleh tunjuk jalan ke syurga. Yang terus - terusan membina pahala. Yang kononnya terhindar dosa. Yang katanya benar belaka...

Jap... Izzit BF yang saya nampak di KL Sentral? Yang baru bawak awak pegi jalan - jalan kat Plaza Imbi?

Jap.. Izzit the same BF yang pegang tangan awak masa jalan - jalan kat Kuantan Parade?

Opsss... Izzit the same man yang kata " Aku taktau pape weh. Aku kawan dengan dia je. Kalau dia suka kat ko, ko kapel la dengan dia. " Bukan dia ke yang berpeluh - peluh sebab takut masa saya tanya dia pasal awak?

Huh? Dia ke laki yang ugut saya jangan kacau awak pastu suruh turun UIA jumpa dia pastu dia lari - lari sambil off fon?

U know what? i'll keep smiling 4 what u did to me. But surely 1 thing, i'll not 4give u until the day i die. Its a promise... Its a bounded words.

Mak, perempuan ni menipu rupanya...

- e . I . j . I -

i'Ll loOk ThrU u, wif mY eYeS cLoSe

Friday, September 11, 2009

RaMaDhAn ShOuToUt - hEBaT dI GeLaNgGaNg dI LuAr KeCunDaNg

Aku tak pernah tersinggung dengan apa yang kau pernah ucapkan wahai kawan. Di hari pendaftaran Universiti kau tunjukkan aku suatu pertubuhan persilatan. Tanpa sempat makanan tengahariku jadi santapan. SIlat yang di mana kau katakan ia tiada tandingan. Ramai musuh tumbang dan rebah tanpa melawan. Tiada menyerang hanya menahan. Akhlak yang murni jadi sandaran. Satu tahun belajar masa diberikan. Jadi pendinding sepanjang zaman.

Aku tak pernah kecil hati wahai teman. Saban hari kau mengajak aku belajar silatmu tanpa kepenatan. Tanpa toleransi kau menghasutku tanpa kasihan. Masa yang aku ada jadi perlahan. Assignmentku tak siap kau bukan pedulikan. Kau terus menerus menunjukkan kehebatan. Yang pada aku tidak ada kelebihan. Taksubmu menjadi satu keburukan. Takjubmu melupakan amanat dan pesan.

Mungkin bukan salah kau kawan. Kau juga menjadi mangsa keadaan. Bersilat membuta tuli melupakan zaman. Silat lain kau hinakan. Kononnya semangat silat kau martabatkan. SIlat melayu asli jadi pegangan.

Tapi maafkanku wahai teman. Kau buat aku cukup tertekan. Tanpa sedar semangat perwira aku kau kembalikan. 4 tahun silatku hampir kulupakan. Akibat salah faham dan tekanan kehidupan. Tapi aku tak boleh berganjak dari kebenaran. Maruah silatku harus ketebuskan. Biar ia jadi kebenaran... Agar ini jadi ingatan.

Aku tak pernah menyesal kawan. Badanmu kupijak umpama papan. Muka kuhempas umpama cawan. Tanganmu ku kunci tanpa kasihan. Rebahlah kau dalam kekesalan.

Terima kasih padamu kawan. Aku mengerti dengan suratan. Kau ajarku erti kesabaran. Pertahan maruah kau ajarkan. Namun bukan niatku untuk mencederakan. Sekadar ini jadi peringatan. Agar ia jadi teladan. Buat panduan sepanjang perjalanan...

Kawan : Eiji, dulu hang blaja silat apa? Hang tak bgtau aku pun hang pernah blaja silat lain...

Aku : SIlat Seni Gayong...

Pesan Mahaguru jadi azimat. Ayah dan Bonda jadi semangat. Kawan - kawanku jadi pengikat. Ilmu Gayongku jadi keramat.

Khas untuk sahabatku Yazid

2006 13 April

TTDI

RaMaDhAn ShoUtOuT – bErPaYuNg LaNgIt BerPiJaK BuMi





Kedua – duanya sama bertempur hebat. Tumbuk dan tendang ditangkis tepat. Tikaman dan seligi dielak cepat. Apa yang datang wajib disekat. Jurus dan buah ditelah rapat. Allah yang Esa pemangkin niat. Pesan guru jadi azimat. Ayah dan bonda pencetus semangat. Gerak – geriku jadi keramat…

Gaduh? Hebat sangat ke yang ajak – ajak gaduh ni? Best ke? Dapat duit ke? .

Tumbuk dan tendang. Benda yang paling basic kalau nak bergaduh atau fight. Perbuatan yang even budak tadika pun boleh buat. Perbuatan yang tidak memerlukan apa – apa syarat cuma kudrat. Tapi apa yang memungkinkan penumbuk dan tendangan kita lebih berkesan dari orang lain yang turut memilikinya?

Dengan ilmu beladiri yang kita pelajari, kita mungkin dapat menelah sejauh mana kekuatan kita. Keputusan pertarungan tidak bergantung kepada kekuatan semata – mata. Ia juga dipengaruhi dari pelbagai faktor yang kadangkala terlalu sukar diramal.

So untuk pengamal – pengamal beladiri, ilmu yang kita ada bukanlah penentu kekuatan. Yang penting latihan dan determinasi. Jadikan pertandingan atau tournament tempat menguji ilmu yang dipelajari. Sesuatu jurus atau buah bukan dinilai pada cantiknya setiap sisip jurus tetapi pada praktikalnya. Insyallah, dengan usaha dan niat yang betul, tak mustahil sesuatu beladiri mampu berevolusi. Tanpa ada provokasi…

Melibaslah kamu seperti seekor naga, memukullah kamu seperti harimau di rimba dan belas kasihanlah kamu seperti seorang manusia.

- E . I . J . I –

Tak semua benda kita dapat tangkis tapi semua benda kita boleh elak… kecuali Mati. 

Thursday, September 10, 2009

RaMaDhAn ShOuToUt - MeNCaRi laIlAtuLQaDaR

Dah tinggal 10 hari terakhir puasa. So? Korang dah tunaikan tanggungjawab korang sebagai muslim? Ada terawih penuh? Ada buat sahur?

10 hari terakhir ni, ada baiknya kalau kita sama - sama fully buat apa yang terbaik untuk ibadat. Sapa - sapa yang rajin tengok bola sampai subuh tu, ringan - ringankan la tangan angkat takbir buat tahajud. Lagi bagus kalau ngaji Quran. Tak rugi apa pun... Dapat pahala banyak weh! Taknak ke?

Aku pun tak baik mana tapi insyallah peluang untuk mendapat pahala semaksimum mungkin akan aku gunakan. Insyallah Ramadan ni akan jadi bulan yang akan kita rindukan. Ntah bila Ramadan akan tiba lagi.

Doa - doa la Ramadan seterusnya umur kita panjang... Insyallah.

Puasa Yang Bermakna

- E . i . J . i -

DIArI RaMaDhAN EiJi – Kj YaNg CoOl.



Aku personally tak suka sangat dengan KJ ni. Lagi - lagi sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tapi honestly aku admire dia sebagai seorang individu yang pintar berhujah, berjuang melawan arus dan cool. Nothing to lose huh?

:-)

Tuesday, September 8, 2009

RaMaDhAn ShOuToUt - CiRcLe Of TrUsT uLTimAtE gAthErInG






Setelah menunggu sekian lama macam nak rak, jam berganti jam hari berganti hari dan bulan berganti bulan, selepas dihujani pelbagai masalah seperti final exam, dating dengan awek, buat keja overtime dan homesick a.k.a penyakit rindukan rumah, akhirnya Gathering Circle Of Trust berjaya dilaksanakan dan disempurnakan pada hari Sabtu lepas, 5 September 2009 bertempat di Restoran Arab The Castle Ampang.

Dipendekkan cerita, Amran a.k.a Abg Kelisa a.k.a Abg Nintendo Wii selaku pemandu berkhemah tinggi terus membawa aku, Adam a.k.a Abg RXz Open, Raja a.k.a Abg Bicep dan Epi a.k.a Abg Kuat Dating terus ke destinasi berbuka puasa. Ternyata pengalaman Epi yang banyak kali sesat di ibu kota sewaktu mencari tempat praktikal banyak membantu kitorang supaya rilex dan tenang apabila melalui sesuatu kawasan yang agak kurang dikenali (Pegi Ampang lalu Puchong??? Biar betul weh... ). Menurut Epi lagi, tindakan ini relevan dan patut dilakukan untuk mengelakkan risiko jem. Ikut ajelah Amran oii.. Jangan banyak soal.

Sesampainya kitorang di lokasi berbuka puasa lebih kurang pukul 7, tempat tu dah dipenuhi ramai orang. Ternyata tindakan pintar aku menempah lokasi terbaik di situ memberikan banyak manfaat. Namun kekerekan sorang pekerja bangla bersaiz mini kat situ betul - betul memberi risiko kurangnya pahala puasa kitorang. Beliau dengan riak dan bangga menggunakan kuasa veto bos ( Padahal kuli je ) mengatakan bahawa tiada tempahan menu sehingga pukul 9. So pilihan yang ada hanyalah untuk mengambil makanan buffet "pelbagai citarasa dan beraneka so lantak dan sukahati korang la korang nak makan apa janji korang bayar" yang bernilai rm38 seorang. Angkara was - was dan kurang yakin, aku terus bergegas pergi ke meja bos dan bertanyakan hal tersebut dan peristiwa itu menimbulkan salah faham. Hamjadah punya Mat Bangla Saiz Mini. Namun hasilnya kitorang berjaya meng'order' makanan dari menu...

Hampir 20 minit, makanan berbuka kitorang pun sampai. So sesi makan - makan pun bermula. Masing - masing menikmati kelazatan Super Beef Burger With Egg And Cheese yang bernilai rm12 dengan penuh rasa syukur. Abes melahap burger, layan sisha Honey Dew la plak. Raja yang masih dalam diet probation tidak mahu mengambil risiko pancit akibat sisha mengambil jalan mudah iaitu melayan sisha secara minima a.k.a wasatiah. Epi lak layan sisha macam tak pernah jumpa balang sisha padahal ada balang sisha kat rumah. Amran lak tak membuang masa lalu menunjukkan Kamera DSLR Sony yang bernilai rm2000 lebih mampu memberi jasa sama seperti Sony Cybershot 7.2 MP milik aku yang diguna pakai dalam aktiviti Circle Of Trust sebelum ni. Haha!

Waktu menunjukkan hampir pukul 10. Aku memberi cadangan bijak supaya sambung lepak kat mali wangsa maju untuk menikmati nasi lemak ayam. Kitorang tinggalkan restoran arab yang memberi 1001 kenangan...

Bersambung...

RaMaDhAn ShOuToUt - ABaHkU DaH BaLiK


Alhamdulillah, setelah 2 minggu berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah, abahku selamat pulang ke tanah air. Biarpun kurang sihat tapi syukur kerana beliau masih mampu menunaikan ibadat.

So peluang ini diambil oleh aku, adik beradik aku dan sedara - mara lain untuk bersama - sama di kampung. Tak banyak yang aku mampu ceritakan sebab ini bukanlah pertama kali abah aku berangkat pulang dari tanah suci. Rumah pun jadi riuh rendah dengan pelbagai cerita. Bukan selalu camni kan so apa nak buat...

Semoga dengan kepulangan abah aku, hati beliau menjadi lebih lembut hendaknya. Umur pun dah 66 tahun. AKu juz doa abah aku terus sihat dan insyallah mampu terus berbakti. Insyallah.

Search the searcher...

- e . i . J . I -

Kejar Lailatul Qadar

Friday, September 4, 2009

RaMaDhAn ShOuToUt - HidUp KaN MuNgKiN mAtI KaN PaSti





Dah pukul 5 lebih dah. Patutnya time - time bulan posa camni aku dah balik rumah dan layan Spongebob kat TV9 sementara menunggu waktu berbuka. Tapi tidak pada hari ni. Aku nak kene pegi rumah Kamarul a.k.a K untuk melepak. Abes je kemas laptop aku pun gerak. Niat di hati nak kemas satu ofis tapi malangnya kerja - kerja tersebut telah disetelkan oleh Makcik Cleaner.

Dalam perjalanan aku, tidak ada apa yang perlu diherankan dengan kenderaan yang berpusu - pusu bergerak pantas menuju destinasi masing - masing. Tapi hari ini sangat - sangat berlainan. Keadaan biasa ini berubah dengan berlakunya satu kejadian....

KEBOMMM!!!~

SKREEEEEEETTTT!!!~

HAIYAAAAAA!!!~

Tanpa aku sangka dan jangka sebuah Toyota Vios yang dinaiki sepasang suami isteri berbangsa Cina melanggar sebuah lori tangki minyak betul - betul kat depan mata aku. Aku tau aku bukanlah Gil Grissom CSI Las Vegas tapi aku harus berbuat sesuatu. Aku dapati pemandu a.k.a mangsa kemalangan dalam toyota Vios tu dah pun mati. Isteri beliau pula masih bernafas dan sedar namun bila dia toleh je tengok laki dia dah mati, dia pun pengsan...

Aku lantas menyuruh Uncle Cina a.k.a Driver Lori untuk call Polis dan pihak - pihak yang berkaitan. Orang ramai pulak dah start kerumun tempat kejadian macam funfair. Aku cukup kecewa dengan sikap rakyat 1 Malaysia yang kononnya prihatin tapi apabila berlaku kejadian camni kat depan mata, apa yang diorang mampu buat adalah tengok... Bangang kan?

Aku mendekati mayat driver dan tutup muka beliau dengan AirBag yang pecah yang kononnya mampu menyelamatkan nyawa seperti yang diwar - warkan dalam media. Tiba - tiba datang sorang pakcik tua kerek lingkungan 50 - an sound aku supaya jangan berlagak pandai. Aku cakap dengan pakcik tu supaya membayangkan kalau eksiden ni terjadi plak kat dia... Selepas berfikir dengan agak logik, pakcik itu blah macam tu je. Marah la tu kutt..

Sepanjang kejadian, barulah aku sedar perangai sebenar manusia. Ada yang sibuk amik - amik gambar. Ada orang yang berebut - rebut nak tarik kereta. Dan ada jugak yang hanya tengok dari jauh dan geleng kepala...

Hampir 40 minit, barulah Ambulan dan Bomba sampai dan aku rasa tanggungjawab aku kat kejadian tu dah selesai. Aku berdoa semoga Allah selamatkan perjalanan aku.

- E . i . J . i -

Lihat Allah dengan Hati

DIArI RaMaDhAN EiJi – SeLamAt HaRi LaHirKu BonDa


Untuk Bonda yang Tercinta...

Terima kasih kerana tidak membenarkan diriku diculik oleh nurse ketika aku dilahirkan...

Terima kasih kerana membelikanku ayam goreng KFC di kala seisi rumah menikmati hidangan laksa yang dimasak istimewa olehmu...

Terima kasih kerana mendukungku bangun ketika lututku koyak akibat jatuh di depan rumah...

Terima kasih kerana menjagaku dari digigit nyamuk ketika maghrib menjelma...

Terima kasih atas setiap titis air milo yang kau buatkan untuk memujuk aku akibat dimarah abah...

Terima kasih kerana menyelamatkanku dari terus dipukul abah dengan kayu beluti akibat menggunakan duit atas kecemerlanganku dalam peperiksaan untuk membeli brick game...

Terima kasih atas setiap baju raya yang kau jahitkan untukku pada setiap hari raya...

Terima kasih atas setiap lenamu menemani aku di malam hari...

Terima kasih atas setiap nafasmu mengajarku mengaji Quran... (Dan menyelamatkan aku dimarah abah akibat tak mampu menyebut huruf sim dengan betul)

Tapi Bonda...

Aku tahu, aku takkan mampu membalas setiap apa yang kau korbankan untukku..

Maafkan aku kerana aku tak dapat menjadi seorang pilot seperti yang aku janjikan..

Maafkan aku kerana tak menjalankan tanggungjawab sebagai anak bongsumu dengan baik..

3 September, hari lahirku, bukanlah hari yang sepatutnya aku raikan... Ianya adalah hari untukmu. Yang bersusah payah melahirkanku. Aku tak perlukan hadiah belanja makan mengisi perutku. Aku tak perlu hadiah 'Satu Hari Call Tak Payah Bayar Apa - Apa' dari Maxis. Dan aku tak perlu pujian melata..

Yang aku perlukan adalah hadiah Al Fatihah untukmu. Bekalmu untuk berdepan dengan soalan - soalan provokatif dari Mungkar dan Nangkir. Bekal penerang tempat baringmu...

Aku sangat - sangat menyayangimu Bonda. Dan sayangku bertambah dari hari ke hari... Dan janganlah kau risau bonda. Aku akan berusaha menepati janjiku... Untuk membuatmu bangga...


Untuk Bonda tersayang Allahyarhamah Kamariah binti Abdul Manan

- E . i . j . I -

In DaRkNeSs We ReVeAl wHuT wE HidE In LiGhTs

Tuesday, September 1, 2009

RaMaDhAn ShOuToUt : fiGhT MaSTeRs : sIlAt





Gerak diatur penuh berseni. Langkah ditari tersirat erti. Setiap serangan sempunya diri. Hidup kan mungkin mati kan pasti. Tangan dan kaki dikelek rapi. Punca dan matlamat dalam diteliti. Takdir Allah penentu misi...

Silat? Ada lagi ke orang nak belajar silat zaman - zaman moden ni? Buat apa nak blaja silat? Pakai pistol kan senang? Lecehlah blaja - blaja silat ni. Negara kita aman je kut? Taknak la blaja silat. Mak aku kata silat pakai jin...

Itulah antara soalan - soalan dan statement terbodoh pernah aku dengar sepanjang aku bersilat. Yang paling kelakar statement tu kuar dari mulut orang melayu sendiri. Sedangkan orang luar begitu berminat dan teruja mempelajari silat.

31 Ogos 2009, 9 malam, Saluran National Geographic 553, satu sejarah dilakar di mana satu dokumentari tentang silat disiarkan di media mainstream. Sesungguhnya aku bersyukur dokumentari ini dibuat secara tak langsung dapat menyedarkan orang ramai khususnya untuk mempelajari dan mempertahankan seni ini dari pupus ditelan zaman.

Insyallah, dokumentari ini dapat mengubah situasi dan meletakkan silat kembali sebagai warisan terulung bangsa melayu.

Tribute to Khairun Lamb dan Justin Ong. Im in your debt.

- e . I . j . i -

TaK PerLu KeTaWa UnTuK gEmBira

DIArI RaMaDhAN EiJi – UlAr YaNg JahAt PeMuSnAh NiAt



Tengahari merdeka yang suam – suam kuku sinaran mataharinya. Tapi cukup untuk memberi perasaan rimas dan tak selesa. Lagi- lagi dalam keadaan berpuasa menahan nafsu dan lapar dahaga… Terbayang – bayang air tebu sejuk berais dan soya lemak manis bermain dalam kotak minda yang geliga. Iskhh! Ya Allah, berilah aku kekuatan mengharung Ramadan peningkat amalan…

Hari – hari berpuasa mesti ada bagi 1001 kenangan kat korang kan? (Ada sapa – sapa berani cakap takda? Ok? Takda? Kita teruskan) Ada budak – budak kecik separa mumaiyiz yang busy mengira hari - hari puasa mendatang untuk ditrade – inkan dengan wang ringgit pelbagai warna dan guna. Ada orang dewasa yang mengeluh untuk mencari duit untuk persiapan raya dan memenuhi permintaan gila insan tercinta seperti langsir baru dan sofa. Ada Tok imam yang menangis syukur teresak - esak time terawih (Sampai aku pun tak sure dia baca apa!) sebab Allah panjangkan usia beliau untuk terus menikmati bulan Ramadan penuh hikmah ni… Aku?

Hari pertama puasa tahun 2004 ( kalau tak salah aku la..) memberi aku satu pengajaran besar dalam hidup. Di kala orang lain lena dibuai mimpi, aku masih lagi bergayut di handphone dengan buah hati tercinta (Time tu punya cerita la..). Menceritakan perihal diri yang tak akan habis sampai bila – bila. Habis bergayut aku pun baring la atas katil sambil menunggu waktu sahur bagi kawasan – kawasan yang sewaktu dengannya. Tanpa aku sedari ada mara bahaya yang bakal tiba…sSsSsSs…

Tiba – tiba dengan aku tak jangka dan sangka, seekor ular senduk a.k.a Naja Naja Kaouthia ( Dalam bahasa saintifiknya) kaler hitam bersaiz matang terus mematuk kemas bahagian abdomen aku (Adoi!!! Hamjadah punya ular! ). Dalam keadaan konfius dan kaget memikirkan dari mana punca ular itu datang tanpa diundang dan kenapa aku yang menjadi mangsa beliau, aku terus rentap ular tu dari perut aku dan campakkan ke arah TV yang masih terpasang dan mengharapkan ular itu mati dan TV LG 32’ aku pulak akan berada dalam keadaan ok ( Mahal tu!).

Dalam keadaan cemas, aku terus ambik kunci keta Wira Persona 1.8 Abah aku dan terus sesegera mungkin menekan pedal minyak kereta menuju hospital. Sesampainya aku kat hospital, seorang doktor muda lelaki perasan hensem dan kerek suruh aku baring rilek - rilek atas katil bercadar putih dan tunggu. Tapi hakikatnya beliau lupa suruh aku tunggu dengan rileks sampai aku mati cuz beliau sibuk membuang masa mengaplikasikan taktik ‘Aku ni doktor dan banyak duit dan rugi kalau ko tak ikut sahur jap lagi dengan aku’ kepada seorang nurse perempuan yang agak jelita parasnya bernama Zahra. Perangai hamlau doktor tersebut mengundang rasa marah dan bengang aku dan aku terus sound “Doktor nak ngorat ke, sapu sampah ke, tanam bunga ke papehal pun buat keje dulu.. boleh??!! Saya macam dah nak mati ni! Kang ada yang join saya mati kang...” . Terkesima dan malu dengan kata – kata kesat aku, doktor muda kerek perasan hensem itu terus mula menjalankan tugas sebagai doktor… Akhirnya.

Sambil menyuntik 7 anti venom dalam badan aku, doktor muda kerek perasan hensem tu perli – perli aku nape aku tak patuk ular tu balik ( Mangkok! Macam tak puas hati je bunyinya... ). Namun, kehadiran nurse bernama Zahra yang menjadi kegilaan doktor muka kerek perasan hensem itu sedikit sebanyak membantu mempercepatkan recovery aku. Beliau kagum dengan semangat kental aku yang still boleh drive sendiri ke hospital walaupun separuh badan aku dah kebas, muka pun dah pucat biru - biru dan mulut pun dah berbuih sikit. Beliau juga menerangkan yang doktor muda kerek perasan hensem tu telah berulang kali mengorat beliau tapi beliau tolak. Bukan taste dia katanya. Haha!

Aku dinasihatkan supaya lepak kejap kat wad untuk pemeriksaan lanjut. Walaupun doktor menasihatkan aku untuk tidak berpuasa namun aku tetap keras hati dan berdegil untuk terus berpuasa. Dan atas kedegilan tu aku membuat keputusan untuk lari dari wad tersebut tepat pada pukul 730 pagi pada hari itu juga. Takkan hari 1st puasa nak puasa dalam hospital??? Korang nak?

So tu la pengalaman yang aku takleh lupa time bulan puasa. Pengalaman tu mengajar aku yang bukan semua doktor tu nak jadi doktor sebab nak tolong orang. Pengalaman tu juga mengajar aku berhati – hati kalau nak landing atas katil. Tau – tau je ada ular… Adus.

TaK sEmuA MatA iTu BiSa MeLiHaT

- e . I . J .i –

SaKit iTu pEnyeMbUh HaTi

bloG BudDieS