Friday, September 4, 2009
RaMaDhAn ShOuToUt - HidUp KaN MuNgKiN mAtI KaN PaSti
Dah pukul 5 lebih dah. Patutnya time - time bulan posa camni aku dah balik rumah dan layan Spongebob kat TV9 sementara menunggu waktu berbuka. Tapi tidak pada hari ni. Aku nak kene pegi rumah Kamarul a.k.a K untuk melepak. Abes je kemas laptop aku pun gerak. Niat di hati nak kemas satu ofis tapi malangnya kerja - kerja tersebut telah disetelkan oleh Makcik Cleaner.
Dalam perjalanan aku, tidak ada apa yang perlu diherankan dengan kenderaan yang berpusu - pusu bergerak pantas menuju destinasi masing - masing. Tapi hari ini sangat - sangat berlainan. Keadaan biasa ini berubah dengan berlakunya satu kejadian....
KEBOMMM!!!~
SKREEEEEEETTTT!!!~
HAIYAAAAAA!!!~
Tanpa aku sangka dan jangka sebuah Toyota Vios yang dinaiki sepasang suami isteri berbangsa Cina melanggar sebuah lori tangki minyak betul - betul kat depan mata aku. Aku tau aku bukanlah Gil Grissom CSI Las Vegas tapi aku harus berbuat sesuatu. Aku dapati pemandu a.k.a mangsa kemalangan dalam toyota Vios tu dah pun mati. Isteri beliau pula masih bernafas dan sedar namun bila dia toleh je tengok laki dia dah mati, dia pun pengsan...
Aku lantas menyuruh Uncle Cina a.k.a Driver Lori untuk call Polis dan pihak - pihak yang berkaitan. Orang ramai pulak dah start kerumun tempat kejadian macam funfair. Aku cukup kecewa dengan sikap rakyat 1 Malaysia yang kononnya prihatin tapi apabila berlaku kejadian camni kat depan mata, apa yang diorang mampu buat adalah tengok... Bangang kan?
Aku mendekati mayat driver dan tutup muka beliau dengan AirBag yang pecah yang kononnya mampu menyelamatkan nyawa seperti yang diwar - warkan dalam media. Tiba - tiba datang sorang pakcik tua kerek lingkungan 50 - an sound aku supaya jangan berlagak pandai. Aku cakap dengan pakcik tu supaya membayangkan kalau eksiden ni terjadi plak kat dia... Selepas berfikir dengan agak logik, pakcik itu blah macam tu je. Marah la tu kutt..
Sepanjang kejadian, barulah aku sedar perangai sebenar manusia. Ada yang sibuk amik - amik gambar. Ada orang yang berebut - rebut nak tarik kereta. Dan ada jugak yang hanya tengok dari jauh dan geleng kepala...
Hampir 40 minit, barulah Ambulan dan Bomba sampai dan aku rasa tanggungjawab aku kat kejadian tu dah selesai. Aku berdoa semoga Allah selamatkan perjalanan aku.
- E . i . J . i -
Lihat Allah dengan Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam..
mulia sungguh tindakan saudara..
inilah 1 MALAYSIA..;)
memang telah jadi darah daging warga kita hanya melihat dan merebut keuntungan..
ada cari dompet..
berebut nak tarik kereta..
ada yang sibuk2 tgk no..
nak g tekan 4D le tue..
ape2 pun saya menyokong anda..
salam ramadhan..
oh ye..
silat ape yang anda ceburi?
saya silat.. Oops..
tuk guru x kasi tahu..;P
salam ramadhan..
moga ketemu kemanisan ramadhan..
wassalam..
salam
sy mempelajari byk seni mempertahankan diri..
jadikan kejadian ini sbg iktibar..
insyallah..
Post a Comment