Tuesday, September 8, 2009

RaMaDhAn ShOuToUt - CiRcLe Of TrUsT uLTimAtE gAthErInG






Setelah menunggu sekian lama macam nak rak, jam berganti jam hari berganti hari dan bulan berganti bulan, selepas dihujani pelbagai masalah seperti final exam, dating dengan awek, buat keja overtime dan homesick a.k.a penyakit rindukan rumah, akhirnya Gathering Circle Of Trust berjaya dilaksanakan dan disempurnakan pada hari Sabtu lepas, 5 September 2009 bertempat di Restoran Arab The Castle Ampang.

Dipendekkan cerita, Amran a.k.a Abg Kelisa a.k.a Abg Nintendo Wii selaku pemandu berkhemah tinggi terus membawa aku, Adam a.k.a Abg RXz Open, Raja a.k.a Abg Bicep dan Epi a.k.a Abg Kuat Dating terus ke destinasi berbuka puasa. Ternyata pengalaman Epi yang banyak kali sesat di ibu kota sewaktu mencari tempat praktikal banyak membantu kitorang supaya rilex dan tenang apabila melalui sesuatu kawasan yang agak kurang dikenali (Pegi Ampang lalu Puchong??? Biar betul weh... ). Menurut Epi lagi, tindakan ini relevan dan patut dilakukan untuk mengelakkan risiko jem. Ikut ajelah Amran oii.. Jangan banyak soal.

Sesampainya kitorang di lokasi berbuka puasa lebih kurang pukul 7, tempat tu dah dipenuhi ramai orang. Ternyata tindakan pintar aku menempah lokasi terbaik di situ memberikan banyak manfaat. Namun kekerekan sorang pekerja bangla bersaiz mini kat situ betul - betul memberi risiko kurangnya pahala puasa kitorang. Beliau dengan riak dan bangga menggunakan kuasa veto bos ( Padahal kuli je ) mengatakan bahawa tiada tempahan menu sehingga pukul 9. So pilihan yang ada hanyalah untuk mengambil makanan buffet "pelbagai citarasa dan beraneka so lantak dan sukahati korang la korang nak makan apa janji korang bayar" yang bernilai rm38 seorang. Angkara was - was dan kurang yakin, aku terus bergegas pergi ke meja bos dan bertanyakan hal tersebut dan peristiwa itu menimbulkan salah faham. Hamjadah punya Mat Bangla Saiz Mini. Namun hasilnya kitorang berjaya meng'order' makanan dari menu...

Hampir 20 minit, makanan berbuka kitorang pun sampai. So sesi makan - makan pun bermula. Masing - masing menikmati kelazatan Super Beef Burger With Egg And Cheese yang bernilai rm12 dengan penuh rasa syukur. Abes melahap burger, layan sisha Honey Dew la plak. Raja yang masih dalam diet probation tidak mahu mengambil risiko pancit akibat sisha mengambil jalan mudah iaitu melayan sisha secara minima a.k.a wasatiah. Epi lak layan sisha macam tak pernah jumpa balang sisha padahal ada balang sisha kat rumah. Amran lak tak membuang masa lalu menunjukkan Kamera DSLR Sony yang bernilai rm2000 lebih mampu memberi jasa sama seperti Sony Cybershot 7.2 MP milik aku yang diguna pakai dalam aktiviti Circle Of Trust sebelum ni. Haha!

Waktu menunjukkan hampir pukul 10. Aku memberi cadangan bijak supaya sambung lepak kat mali wangsa maju untuk menikmati nasi lemak ayam. Kitorang tinggalkan restoran arab yang memberi 1001 kenangan...

Bersambung...

2 comments:

Unknown said...

x guna btul bangla bersaiz mini 2, haishhhh.

3viL X eIjI said...

btul2..hahaha..

baru jadi kuli dah berlagak cam bos..

payah..

pendatang skang naik kepala pastu pijak2...

bloG BudDieS