Friday, September 11, 2009

RaMaDhAn ShoUtOuT – bErPaYuNg LaNgIt BerPiJaK BuMi





Kedua – duanya sama bertempur hebat. Tumbuk dan tendang ditangkis tepat. Tikaman dan seligi dielak cepat. Apa yang datang wajib disekat. Jurus dan buah ditelah rapat. Allah yang Esa pemangkin niat. Pesan guru jadi azimat. Ayah dan bonda pencetus semangat. Gerak – geriku jadi keramat…

Gaduh? Hebat sangat ke yang ajak – ajak gaduh ni? Best ke? Dapat duit ke? .

Tumbuk dan tendang. Benda yang paling basic kalau nak bergaduh atau fight. Perbuatan yang even budak tadika pun boleh buat. Perbuatan yang tidak memerlukan apa – apa syarat cuma kudrat. Tapi apa yang memungkinkan penumbuk dan tendangan kita lebih berkesan dari orang lain yang turut memilikinya?

Dengan ilmu beladiri yang kita pelajari, kita mungkin dapat menelah sejauh mana kekuatan kita. Keputusan pertarungan tidak bergantung kepada kekuatan semata – mata. Ia juga dipengaruhi dari pelbagai faktor yang kadangkala terlalu sukar diramal.

So untuk pengamal – pengamal beladiri, ilmu yang kita ada bukanlah penentu kekuatan. Yang penting latihan dan determinasi. Jadikan pertandingan atau tournament tempat menguji ilmu yang dipelajari. Sesuatu jurus atau buah bukan dinilai pada cantiknya setiap sisip jurus tetapi pada praktikalnya. Insyallah, dengan usaha dan niat yang betul, tak mustahil sesuatu beladiri mampu berevolusi. Tanpa ada provokasi…

Melibaslah kamu seperti seekor naga, memukullah kamu seperti harimau di rimba dan belas kasihanlah kamu seperti seorang manusia.

- E . I . J . I –

Tak semua benda kita dapat tangkis tapi semua benda kita boleh elak… kecuali Mati. 

2 comments:

Ingin Tahu said...

tumpang tanye kalau x silap, yg baju oren tu pernah kalah kan wakil persatuan silat cekak mase mule2 mohon masuk silat olahraga.. sebab kekalahan itu sampai sekarang cekak x masuk olahraga kan?

3viL X eIjI said...

salam

pertanyaan tu agak kontroversi sbnrnya sbb ia melibatkan dua2 belah pihak.namun secara jujur,soalan saudara itu sy jawab ya.dan kejadian itu berlaku pada 1987 - 1989 klu tak silap sy.

p/s:jgn marahkan silat,marahlah pd diri yg tidak hebat..

bloG BudDieS