Aku tak pernah tersinggung dengan apa yang kau pernah ucapkan wahai kawan. Di hari pendaftaran Universiti kau tunjukkan aku suatu pertubuhan persilatan. Tanpa sempat makanan tengahariku jadi santapan. SIlat yang di mana kau katakan ia tiada tandingan. Ramai musuh tumbang dan rebah tanpa melawan. Tiada menyerang hanya menahan. Akhlak yang murni jadi sandaran. Satu tahun belajar masa diberikan. Jadi pendinding sepanjang zaman.
Aku tak pernah kecil hati wahai teman. Saban hari kau mengajak aku belajar silatmu tanpa kepenatan. Tanpa toleransi kau menghasutku tanpa kasihan. Masa yang aku ada jadi perlahan. Assignmentku tak siap kau bukan pedulikan. Kau terus menerus menunjukkan kehebatan. Yang pada aku tidak ada kelebihan. Taksubmu menjadi satu keburukan. Takjubmu melupakan amanat dan pesan.
Mungkin bukan salah kau kawan. Kau juga menjadi mangsa keadaan. Bersilat membuta tuli melupakan zaman. Silat lain kau hinakan. Kononnya semangat silat kau martabatkan. SIlat melayu asli jadi pegangan.
Tapi maafkanku wahai teman. Kau buat aku cukup tertekan. Tanpa sedar semangat perwira aku kau kembalikan. 4 tahun silatku hampir kulupakan. Akibat salah faham dan tekanan kehidupan. Tapi aku tak boleh berganjak dari kebenaran. Maruah silatku harus ketebuskan. Biar ia jadi kebenaran... Agar ini jadi ingatan.
Aku tak pernah menyesal kawan. Badanmu kupijak umpama papan. Muka kuhempas umpama cawan. Tanganmu ku kunci tanpa kasihan. Rebahlah kau dalam kekesalan.
Terima kasih padamu kawan. Aku mengerti dengan suratan. Kau ajarku erti kesabaran. Pertahan maruah kau ajarkan. Namun bukan niatku untuk mencederakan. Sekadar ini jadi peringatan. Agar ia jadi teladan. Buat panduan sepanjang perjalanan...
Kawan : Eiji, dulu hang blaja silat apa? Hang tak bgtau aku pun hang pernah blaja silat lain...
Aku : SIlat Seni Gayong...
Pesan Mahaguru jadi azimat. Ayah dan Bonda jadi semangat. Kawan - kawanku jadi pengikat. Ilmu Gayongku jadi keramat.
Khas untuk sahabatku Yazid
2006 13 April
TTDI
No comments:
Post a Comment