Thursday, January 7, 2010

NeW yEaR sHoUtOuT – 2010, tHe LeGaCy





Suasana yang sangat – sangat berbeza. Tidak kira di mana berada. Senyuman terukir di wajah - wajah ceria. Jeritan dan sorak umpama gempa. Dosa dan pahala ditolak segala. Lelaki dan wanita sama sahaja. Apa status tidak dikira. Apa yang penting sudah dilupa. Usia bertambah meniti dunia. Namun pahala tidak seberapa. Bila bala datang menimpa, baru ingat pada yang Esa.

Syukur pada Allah, Penakluk sekalian alam…

Bila sebut je tahun baru, semua pakat - pakat sibuk nak buat azam. Padahal belambak lagi azam yang lepas – lepas tak buat lagi. Ada yang nak beli kereta baru, nak tukar keja baru, nak tukar langsir baru ( Ni pun masuk dalam kategori azam apa! ) dan macam – macam lagi. Tapi pada sesapa yang ada niat nak buat azam tukar girlfriend atau boyfriend baru, istigfar la banyak – banyak weh…

“Apa??? “

“ Aku ni cakap banyak tapi azam aku plak apa??? “

Tak banyak yang aku nak azamkan pun. Cukuplah dengan doa rezeki aku bertambah dan keberkatan yang di – upgrade. Rukun Islam yang 5 tu pun kengkadang ada yang tertinggal. Secara generalnya, aku berazam untuk menjadi hamba yang lebih taat, anak yang lebih baik, adik yang lebih independent, abang yang lebih memahami, kekasih yang lebih pengorbanan, sahabat yang lebih cool, pekerja yang lebih rajin, Pakcik yang lebih sporting dan citizen yang lebih bijak berfikir. Citizen yang lebih patuh pada pemerintah??? Hahaha…

I don’t think so…

So guys, this entry is for you all. Terlalu banyak lagi dalam hidup yang perlu kita lakukan. Sesuatu yang menggembirakan kengkadang bukanlah sesuatu yang bermakna. Setiap sesuatu yang lakukan, buatlah dengan niat kerana Allah ( Jangan la korang rompak bank kerana Allah plak! ). Buatlah sesuatu untuk keberkatan. Buatlah sesuatu untuk pahala yang berterusan. Buatlah sesuatu untuk beroleh senyuman di hari pembalasan…

Insyallah..

p/s: Selamat Tahun baru 2010… Be good guys.

3 comments:

Adam Izhar said...

asal blog aku ilang weh?

Adam Izhar said...

arep blog aku da ilang tetibe

3viL X eIjI said...

salam

huh?blog ko ilang?

mane la aku tau..

bukan aku yang curik...

hahaha..

:-p

bloG BudDieS