Friday, September 4, 2009

DIArI RaMaDhAN EiJi – SeLamAt HaRi LaHirKu BonDa


Untuk Bonda yang Tercinta...

Terima kasih kerana tidak membenarkan diriku diculik oleh nurse ketika aku dilahirkan...

Terima kasih kerana membelikanku ayam goreng KFC di kala seisi rumah menikmati hidangan laksa yang dimasak istimewa olehmu...

Terima kasih kerana mendukungku bangun ketika lututku koyak akibat jatuh di depan rumah...

Terima kasih kerana menjagaku dari digigit nyamuk ketika maghrib menjelma...

Terima kasih atas setiap titis air milo yang kau buatkan untuk memujuk aku akibat dimarah abah...

Terima kasih kerana menyelamatkanku dari terus dipukul abah dengan kayu beluti akibat menggunakan duit atas kecemerlanganku dalam peperiksaan untuk membeli brick game...

Terima kasih atas setiap baju raya yang kau jahitkan untukku pada setiap hari raya...

Terima kasih atas setiap lenamu menemani aku di malam hari...

Terima kasih atas setiap nafasmu mengajarku mengaji Quran... (Dan menyelamatkan aku dimarah abah akibat tak mampu menyebut huruf sim dengan betul)

Tapi Bonda...

Aku tahu, aku takkan mampu membalas setiap apa yang kau korbankan untukku..

Maafkan aku kerana aku tak dapat menjadi seorang pilot seperti yang aku janjikan..

Maafkan aku kerana tak menjalankan tanggungjawab sebagai anak bongsumu dengan baik..

3 September, hari lahirku, bukanlah hari yang sepatutnya aku raikan... Ianya adalah hari untukmu. Yang bersusah payah melahirkanku. Aku tak perlukan hadiah belanja makan mengisi perutku. Aku tak perlu hadiah 'Satu Hari Call Tak Payah Bayar Apa - Apa' dari Maxis. Dan aku tak perlu pujian melata..

Yang aku perlukan adalah hadiah Al Fatihah untukmu. Bekalmu untuk berdepan dengan soalan - soalan provokatif dari Mungkar dan Nangkir. Bekal penerang tempat baringmu...

Aku sangat - sangat menyayangimu Bonda. Dan sayangku bertambah dari hari ke hari... Dan janganlah kau risau bonda. Aku akan berusaha menepati janjiku... Untuk membuatmu bangga...


Untuk Bonda tersayang Allahyarhamah Kamariah binti Abdul Manan

- E . i . j . I -

In DaRkNeSs We ReVeAl wHuT wE HidE In LiGhTs

6 comments:

raja said...

happy birthday arep....semoga ko cpt kurus n slim :p

Anonymous said...

selamat hari jadi....p/s:bilau mau pulang hadiah yang kau curi dari ku.......

cahaya malam said...

salam..

jujurnya hatiku menangis sama..
walaupun bonda ku masih ada.
aku terkesima..
tabahkan hati..

insyAllah..
Al-fatihah..

wassalam..

3viL X eIjI said...

salam..

hargailah insan tersyg sementara dia masih ada..

Aesha said...

salam

happy birthday heiji..

so sorry for your loss...

al-fatihah..

3viL X eIjI said...

salam

thanx guys..

sedekahkan la alfatihah..

bloG BudDieS