ULTRAS MALAYA |
Insan - insan yang selalu terlibat. Korang memang cool. |
SUPRAS TEMPUR Beraksi |
Bahang kehangatan Final AFF Piala Suzuki di antara musuh tradisi Malaysia dan Ind onesia kian dirasai. Barisan Harimau Malaya giat berlatih demi menebus maruah dan martabat yang tercalar ketika perlawanan peringkat kumpulan tempoh hari. Dalam pada itu ULTRAS MALAYA dan penyokong – penyokong yang lain sibuk menjalani persia pan untuk menggempur Gelanggang Keramat Stadium Nasional Bukit Jalil. Ada yang tempah bas persia ran sampai 2 bijik. Ada yang sibuk carik jersi Malaysia kat Uptown. Ada yang kelam kabut jakun nak carik fla re. Ado iii… Korang ni macam – macam perangai la. Papehal pun salutz untuk persia pan korang. Sangat – sangat cool. J
“ Nama gelaran tu macam ganas dan hebat je Abang Eiji? “
Kalian sedia maklum walaupun seni silat adalah warisan orang MELAYU, jarang ada penonton yang datang untuk memberikan sokongan di tepi gelanggang pertandingan silat dan ini amat – amat mengecewakan. Bukan kena bayar pun tengok tournament weh! Apada rakyat Malaysia ! Maka untuk mengatasi masalah ini, pesilat – pesilat a.k.a SUPRAS TEMPUR yang turut bertanding akan bersorak dan memberi sokongan padu kepada rakan – rakan pesilat yang bertempur di dalam gela nggang.
Selain dari sorakan semangat, SUPRAS TEMPUR juga berfungsi untuk memecahkan mental lawan di samping memeriahkan gela nggang. Nam un satu keunikan SUPRAS TEMPUR adalah ianya mempunyai sorakan memerli atau Trolling. Dan sorakan ini selalu ditujukan kepada wasit @ pengadil kejohanan yang dilihat berat sebelah ataupun leka ketika mengadili pertandingan. Cool huh?
Dan pada ketika ini, syukur Alhamdulillah SUPRAS TEMPUR dilihat sangat – sangat aktif dalam setiap pertandingan. Contoh – contoh SUPRAS yang agak terkenal masa kini adalah SUPRAS dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ( UPNM ), Universiti Malaya ( UM ), Kolej Polytech Mara Bangi ( KPTM ), Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ), Universiti Teknologi Mara ( UiTM ), Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) dan lain – lain. Lain universiti lain la pula stail soraknya. Versatile beb! Bergantung kepada keadaan. Contohnya jika sorakan SUPRAS UPNM, sorakan mereka lebih kepada sorakan semangat ketenteraan. KPTM pula lebih berunsur kepada sorak puji memuji tapi tak ikhlas. Aku penah kena. Pecah mental beb!
So, kepada SUPRAS – SUPRAS, mungkin ini satu kelainan. Mungkin ini satu revolusi. Nam un semua revolusi bermula dengan langkah pertama. Penuhkanlah Bukit Jalil 26 Disember ini dengan semangat silat kalian. Gegarkanlah Bukit Jalil dengan sorak semangat kalian. Tunjukkan kepada Malaysia bahawa pesilat – pesilat juga memiliki jatidiri yang tinggi. Kita bersorak bukan untuk pasukan Harimau Malaya sahaja tapi juga untuk maruah dan martabat Malaysia .
ULTRAS MALAYA, kami sebagai rakyat Malaysia tidak akan membiarkan kalian bersendiri lagi. Dalam perang tidak ada kejayaan yang diperoleh secara sendiri. Biarkanlah rakyat melihat sejauh mana kita mampu mengubah persepsi. ULTRAS MALAYA dan SUPRAS TEMPUR, kalianlah benteng pertahanan Sukan di MALAYSIA .
- E . i . J . I –
Jangan dongak ke langit kalau takut silau sinaran sang mentari.
P/S : Tribute to rakan - rakan a.k.a SUPRAS, Reza, Hakim Al Khairid, Dega KPTM, Achap KPTM, Zizou Shah Alam, adik Puteri Kajang dan lain – lain. Andalah revolusi. Biarkanlah yang lain berbunyi. Kalian kenal diri sendiri.
2 comments:
hahaha pic aku pon ade gak pe...
-pojie-
Saje je bagi ko glemer lebih bro.
Ko main jgk ke kat open UKM nanti?
Udah2 la. Bagi la orang lain menang pulak... Haha!
Post a Comment