Thursday, March 18, 2010

Berdepan Dengan Apit Jinjang Mahaguru, Si Panglima Harimau Malaya Part 5 – Ipoh, The Journey

Dalam perjalanan...



                                                              Matpa di dewan makan

                                                                     
                                                


“Eiji, Kak Ila panggil ko weh! Nak jumpa sat! “

Tiba – tiba Matpa menggelupur lari – lari dari dewan makan sambil memanggil - manggil nama samaran aku seraya mengatakan Kak Ila koordinator program nak jumpa. Belum sampai seminit aku doa supaya aku diselamatkan dari kursus dah makbul dah! Cabut!

Sampai – sampai je kat dewan makan, Aku diberitahu duit kursus short sebab Maybank online transfer aku tak legit. So nak taknak kena la pegi bandar Ipoh untuk uruskan kalau tak nanti problem. Sian lak tengok Kak Ila pening – pening. Sori la Kak Ila…

Alang – alang aku kuar pegi bandar Ipoh, Kak Ila pun berpesan untuk membeli barang – barang keperluan untuk Majlis Khatam Ilmu Tempur Tangan Kosong esok seperti susu, garam, benang dan lain – lain. Dan untuk mengelakkan fitnah insan - insani yang bahawa aku memang saja – saja nak lari dari kursus, kalau aku tak keluar, aku akan susahkan Kak Ila so janganlah cakap aku lari pastu kecoh – kecoh kat orang. Haha! Faham – faham sendiri sudah…

So aku dengan Matpa pun keluar ke bandar Ipoh dengan harapan benda – benda tersebut dapat dicari sebelum maghrib datang menjelma. Di dalam kereta, aku masih memikirkan cara untuk mengingati Permainan Pentas Hidup agar bila aku balik nanti, Ayahanda Cikgu Amin takde sebab untuk marah – marah dan bad mood…

Pencarian barang – barang bermula…

-          E . I .j . I –

Cari dirimu di tempat orang lain hilang…

No comments:

bloG BudDieS