Thursday, March 25, 2010

oFfIce ShoUtoUt – Alangkah bagusnya jika…

                                         Orang yang pakai songkok je boleh masuk??? Hmm...


Alangkah bagusnya jika ada duit baki ketika membeli McD atau KFC. Terus masukkan ke dalam tabung di kaunter tanpa kompromi. Awek kaunter senyum berseri. Rasa bangga timbul di hati…

Sangat tak bagus pula bila pergi ke masjid hanya berlenggang. Setakat mendengar khutbah yang panjang. Derma masjid sangatlah jarang. Setakat RM1 sangatlah senang. Apa nak jadi umat sekarang?

Alangkah bagusnya jika bersenang – senang di ruang tamu. Menghabiskan masa menonton HDTV tanpa jemu. Menukar siaran punyalah laju. Tanpa sedar subuh menunggu…

Sangat tak bagus pula bila sembahyang yang dituntut  dibuat sambil lewa. Baru 5 minit rasa berabad lamanya. Mendengar surah macam nak tercabut telinga. Lutut pula dah sengal – sengal rasanya… Manusia – manusia..

Sangat bagusnya jika meluangkan masa bersama insan tersayang. Keluar dating pagi dan petang. Hati terasa sangatlah lapang. Tengok si dia tersenyum riang...

Sangat tak bagus pula habis sembahyang terus blah. Macam rasa diri bermegah. Padahal pada Dia kita berserah. Agar kurnia – Nya senang ditelah. Nak doa pun payah??? Susahsusah…

Ya Allah… Jadikanlah aku insan yang lebih baik esok hari…

P/S  : Kat mana aku letak wallet aku tadi???

No comments:

bloG BudDieS