Tuesday, March 16, 2010

OfFiCe ShoUtOuT – Raja Lawak Astro? Kechik? Sapa tu?

                                                                   Raja Lawak anyone?
                                          

                                                       

Bukak – bukak je TV time aku balik smalam, barulah aku tau yang rancangan yang pernah menjadi kegilaan aku, ‘Raja Lawak Astro’ telahpun tamat dan kumpulan Kechik telahpun selamat ditabalkan sebagai juara musim ini.

Camne aku boleh tak perasan?

Salah satu sebab yang paling kukuh dan munasabah kenapa aku tak kisah sangat pasal rancangan tu adalah waktu siarannya yang telah dtukar. Untuk musim yang lepas – lepas, Raja Lawak Astro ditayangkan pada hari Jumaat 9 malam. Secara logik waktu itu adalah waktu ‘family peak hours’ so semua orang boleh tengok. Aku rasa takde rancangan lain yang best dah time – time camtu. Ada ke? Aku pun jarang tengok TV sangat…

La ni musim baru, Raja Lawak telah ditayangkan pada hari Ahad pukul 9 malam. Korang pun sure tau time – time tu ada apa. Time – time camtu la golongan sasaran Raja Lawak iaitu golongan belia dan beliawati pegi berkumpul kat Hartamas, The Castle Jalan Damai, NZ Wangsa Maju, JS Maju Cyberjaya dan beberapa tempat topografi strategik untuk tengok English Premier League dengan sahabat handai. Mana boleh miss bola weh! Gila ke? Takkan mamak NZ tu nak bukak Raja Lawak Astro kat skrin besar tu? :-p

Reason kedua?

Aku rasa macam takde peserta yang betul – btul kelakar la. Semua macam sama level je. Setakat nak gelak biasa – biasa takyah tengok Raja Lawak pun takpe. Better lepak dengan member – member takpun amik tau skit pasal politik 1 Malaysia ni. Mesti korang gelak punya! Kejap lompat parti, kejap liwat, kejap sex scandal, kejap rasuah la… Kelakar! Pening! Haru….

Reason ketiga?

Aku rasa aku dah ilang fokus la nak tengok TV. Semua benda kat TV tu skang sume boleh download kat internet. So takde la rasa frust menonggeng kalau miss apa – apa yang bajet best kat TV…

Sori Astro, aku bukan lagi golongan sasaranmu…

-          E . I . J . I –

P / S : Terima Kasih Cybertracker MMU kerana memberi aku bahagia…

No comments:

bloG BudDieS