Monday, April 13, 2009

MoNdAy sHoutOuT - cRaSh DiEt mOdE




Kegemukan a.k.a Obesiti a.k.a Berat Badan berlebihan masih menjadi salah satu masalah terbesar di negara ini. Obesiti ini tidak tertumpu kepada individu yang bernama siti sahaja, ianya untuk semua. Ianya tidak mengira mangsa. Ia jugak tidak mengira paras rupa mahupun harta. Obesiti pedulik apa! Purata menunjukkan 6 daripada 10 orang warganegara Malaysia mengalami masalah ini. Obesiti ini berpunca daripada masalah pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, kurang pendedahan tentang tahap kesihatan dan lain - lain. Masih boleh tersenyum kengkawan?

Apa? Aku perasan bagus? Aku kurus sangat ke? Cakap tak serupa bikin? Rileks - rileks... Takyah nak sound - sound aku main - main nama bapak dengan atok apa semua. Untuk pengetahuan korang, aku jugak adalah insan yang tak terkecuali dari mengalami masalah kronik ni. Ianya menyusahkan! Antara kesan - kesan yang aku alami semasa obesiti adalah :

a) Perasan kurus. Tak kesahlah orang sekeliling aku cakap apa, aku still bajet aku kurus. Memang saiko Obesiti ni!

b) Cepat penat. Baru naik tangga sikit dah tercungap - cungap. Rasa nak pitam pun ada. Iskhh! Tension!

c) Cepat lapar. Makanan tak sempat nak hadam dah lapar balik. Pastu bila bangun tengah malam makan lagi.

Itu adalah serba sedikit kesan Obesiti yang aku nak share dengan korang. Obesiti ni jugak akan mencerahkan peluang korang mendapat penyakit - penyakit super dahsyat seperti Serangan Jantung, Diabetes a.k.a kencing manis, Darah Tinggi dan lain - lain. Bahaya weh! Atas kesedaran ni, aku ingin mengajak korang menyertai aku untuk berdiet secara sihat a.k.a Crash Diet. Tak susah pun. Ini adalah fasa percubaan pertama dalam tempoh 192 jam @ 8 hari. Kalau korang nak ikut bagus la, kalau korang taknak ikut pun tak rugi apa - apa. Cara - caranya ialah :

a) Jangan tingalkan Sembahyang 5 waktu dan cuba solat tepat pada waktunya. Kajian membuktikan perbuatan dalam solat adalah salah satu senaman ekstrim yang membuatkan aliran darah berjalan dengan lancar dan membuatkan kita boleh berfikir dengan lebih cerdas dan bernas. Selain itu, banyakkanlah menyebut nama Allah. Sentuhan lidah dan langit - langit semasa menyebut 'ALLAH' boleh menghapuskan kalori. Ajaib kan? (Subhanallah)

b) Jangan makan nasi. Cuba gantikan nasi dengan roti, buah - buahan ataupun susu. Kalau nak makan jugak, makanlah tapi cuba kurangkan pengambilan nasi (12 suap penuh minimum). Elakkan makan nasi pada waktu malam (Kalau member nak belanja makan ikan siakap 3 rasa baru la korang makan banyak - banyak).

c) Banyakkan minum air suam. Air suam bertindak sebagai penyembuh urat dan tisu - tisu yang luka. Ia juga berkesan sebagai penghancur dan penghakis lemak.

d) Banyakkan berjalan. Peruntukkan masa selama 30 minima untuk berjalan - jalan. Takyah nak joging - joging. Jalan rilek - rilek je sudah.

e) Tido. Pastikan tido cukup 6 jam sehari. Bila tido korang cukup, badan korang cukup masa untuk rehat.

So, tu adalah tips - tips minima untuk mengatasi masalah Obesiti a.k.a Kegemukan ni. Niatkan diet ni untuk kesihatan. Insyallah. Bila korang sihat, hati pun senang. Yang baik semua datang dari Allah jua...

2 comments:

Raja said...

perghh diet nmpak. Bagus2 teruskan usaha anda. Jgn berhenti di tgh jln. Kng x sampai gunung ledang lak. Hahhahahahaah.. Aku pon diet gak. Target aku sblom habis sem, 70-72 kg.

3viL X eIjI said...

kahkahkah!

memang kene diet duh!ramai da komplen!

blum kawin tapi bdn da gemok cam ada anak 10..

malu..malu..

mari berdiet bersama - sama..

kahkahkah!!

bloG BudDieS