Mak aiii.. Nak dekat seminggu aku tak update blog. Rasa macam baru je update blog smalam. Pas member dah sound baru la perasan. Iskh! Sori la kengkawan. Bz skit laa.. Nak onl9 kat ofis pun tak sempat - sempat.
Smalam aku banyak menghabiskan masa dengan berbual menerusi panggilan telefon dengan Amran, member aku yang tengah jakun main game Guitar Hero Metallica kat konsol Nintendo Wii. Nak cakap aku terer sangat pun tak la jugak. Aku cuma mampu berkongsi pengalaman dan skill. Tapi serius weh aku cakap, sekali korang dah main game ni, memang ketagih punya! So nasihat aku, main la game selagi tak ganggu keje korang. Jangan ada yang sampai tak siap assignment pulak...
Malam ni untuk Champions League - Manchester United lawan Arsenal pukul 230 pagi kat ESPN. Aku cam biasa la.. Tengok dari TV rumah je. Kalau zaman muda - muda dulu, rajinlah gak pegi NZ Wangsa Maju tengok bola kat situ sambil usha Fara Fauzana DJ Hot FM. Beliau pun rajin gak lepak situ. Aku juz boleh doa MU menang je la walaupun aku tau ramai kengkawan aku yang sokong Liverpool macam Epi, Pekju dengan Salleh yang sanggup siap boleh bangun tahajud malam sebab nak make sure MU kalah je! Apada.. Dengki ke? Kahkahkah!!!
Hari Rabu... Update yg cukup humble dari aku. Balik keje ni nak joging. Penat weh orang sound aku gemuk. Tensen..
Selalunya Jujur, Kengkadangnya Ikhlas, Jarang - jarangnya Tawaduk tapi Semestinya Benar... Insyallah.
- Eiji -
Sebelum Lunch Hour
No comments:
Post a Comment