Tuesday, April 7, 2009

oFfIcE sHouToUt - SeMbAh dErHaKa kERaNa BeNaR


Sume orang tengah sibuk - pasal pilihanraya Bukit Gantang. Aku pun tak terkecuali nak menyebok dan menyuarakan perspektif. Pada hemat aku di medan inilah akan menjadi bukti MB Sebenar negeri Perak, YB Ir. Nizar masih menjadi pilihan hati rakyat Perak.

Pada ketika ini, individu - Individu bingai dan sengal dari Parti Gerombolan masih melabelkan YB Nizar seorang yang derhaka tanpa sebarang fakta dan bukti yang kukuh. Sungguhpun camtu, aku tengok YB Nizar ni rilek je memanjang. Dengan senyum yang tak pernah lekang dari bibir, aku pasti keyakinan beliau tetap tak pernah goyah.

Sembah derhaka adalah bahasa paling puitis dan hormat untuk menyatakan percanggahan dan perbezaan dengan baginda Raja. YB Nizar telah melakukan sesuatu yang genius tapi pihak - pihak tertentu telah memesongkan fikiran rakyat.

So kengkawan, doalah kebenaran akan selalu berpihak pada kita. YB Nizar akan menang dengan usaha dan tawakal kita. Insyallah..

Ikhlas dariku untuk perjuangan Kebenaran..

No comments:

bloG BudDieS