Tuesday, April 14, 2009
PaRt 8 LeDaNg sHowDoWn – MaLaM sEriBu ErTi unTuK iNsAn BeRBuDi
Sang Petir sabung – menyabung di langit yang tujuh. Sang Guruh berdentum di angkasa. Sang Angin bertiup padu dan kencang. Sang Hujan pula turun dengan lebat tanpa sebarang belas kasihan kepada makhluk – makhluk bumi. Hujan yang turun tanpa sebarang amaran dan tanda. Hujan yang memberi seribu satu erti dan maksud pada sesiapa yang mahu berfikir tentang kehebatan sang Pencipta. Hujan yang memberi gusar dan bimbang pada insan yang bersifat tipikal nyata . Hujan yang memberi tenang pada individu yang mencari pengalaman yang penuh makna. Ketika ini suasana di campsite GLC 6 menjadi sangat – sangat sejuk dan kritikal. Team Circle Of Trust sudah lena dibuai mimpi… Bertemankan irama panggilan unggas – unggas rimba seperti cengkerik dan katak puru yang mencari teman meneruskan generasi agar tidak pupus ditelan arus modenisasi.
Kali ini Adam a.k.a Abg RXZ Open bernasib baik kerana beliau turut membawa selimut. Beliau tido lena. Izzat a.k.a Abg Pecah Lobang yang tido – tido ayam masih menanti SMS dari dinda tercinta. Pijan, Has, Ucop dan Amin tido nyenyak di bawah pondok Guide tanpa mempedulikan tempias air hujan yang mencurah – curah (bukan ke ladang gandum!). Masing – masing dah tido… Tinggallah aku seorang diri bersama imaginasi.
Bukan aku taknak tido, tapi mengikut pesan cikgu silat aku, Cikgu Arifin a.k.a Penumbuk Kiri Sakti, inilah waktunya yang sesuai untuk mentafsir diri. Waktu yang sesuai untuk memahami hati. Waktu yang sesuai untuk mencari erti. Untuk mencari ilmu yang tersirat di sebalik malam. Aku mula memikirkan sesuatu yang berada di luar kotak fikiran. Aku mula memberi izin kepada hutan untuk bersuara… Apa yang aku dapat biarlah aku yang tahu.
Hujan terus turun dengan lebat… air hujan mula memasuki khemah yang didiami oleh aku, Raja dan Boy budak Guide. Kaki aku dah basah di dalam takungan air. Aku cuba melelapkan mata di bawah kondisi suasana sejuk yang ekstrim. Aku mula berfikir rancangan pendakian ke puncak pada awal pagi akan gagal akibat hujan… Tapi nak buat apa fikir banyak - banyak. Serahkan saja pada yang Maha Mengetahui… Doa tido dibaca. Bismillah..
Bersambung…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment