Friday, July 24, 2009

ofFiCe ShoUtOuT - JuMaAt, PeNgHuLu SeGaLa Hari..



Alhamdulillah... Sekali lagi Allah memberi kita peluang sebagai hamba - Nya untuk bernafas. Sekali lagi Allah memberi kurnia untuk kita hidup bebas. Sekali lagi Allah memberi kita ruang untuk bersyukur hidup di taklukan - Nya yang luas. Sekali lagi Allah membuka pintu rezeki untuk kita tersenyum puas. Entah esok apa yang dijanjikan... Insyallah kita cuma minta yang terbaik.

Aku terpanggil untuk update blog setelah berita melaporkan keadaan pengarah tersohor negara Yasmin Ahmad kritikal akibat diserang strok (Honestly, aku tak tengok pun filem - filem dia). Mungkin masa aku tengah taip update ni, beliau dah stabil. Alhamdulillah...

Tapi tu bukan tujuan aku taip update ni. Ada ura - ura mengatakan yang Yasmin Ahmad tu dahulunya menjalani hidup sebagai lelaki. Betul ke??? Ada yang cakap beliau Transgender. Ada yang kata beliau ni Hermaphrodite. Ntahlah..

Dah lama aku dengar cita pasal ni tapi aku buat derk je. Aku tau cite ni pun dari abang aku. Tak kisahlah apa pun, yang penting apa yang aku nak sampaikan, kita sebagai manusia tidak berhak untuk mengubah ciptaan Allah kecuali ada special case la kan..

Dalam kes aku, masa tahun 1997 - 1998, ada la geng - geng pondan (Sori la kasar sikit) kat kampung aku. Diorang mempunyai satu tabiat yang super buruk iaitu mengejar budak - budak laki yang 'jambu' kat kampung aku. Tidak kira siapa, di mana - mana jua dan bila - bila masa, asalkan budak laki tu terbabit masuk dalam kategori jambu dan sedap dipandang mata, geng - geng pondan ini akan mengejar budak laki jambu tersebut dengan menggunakan moto Yamaha Sport 110. Memang sadis...

Sebagai salah seorang budak laki yang pernah dikejar, aku rasa aku patut marah (Geli weh tengok pondan - pondan ni! Siap celak pe sume!). Dan kemarahan aku bermula dengan berhadapan dengan mamat pondan tu dan ejek dia pondan depan umah dia(Badan pondan ni besar weh! Tinggi 6 kaki!). Ejekan ini berterusan dari hari ke hari sampai mamat pondan tu takut dan serik nak kejar aku dah! Tapi sepandai - pandai aku melompat, akhirnya kantoi gak...

Masa mulut aku tengah sibuk mengejek mamat tu pondan, mamat tu ilang sabar dan baling selipar jepun dia masuk celah rim basikal aku. Aku dengan member aku Iwan jatuh tergolek kat tar jalan. Pergh!!! Calar - balar muka jambu masing - masing. Lantas mak mamat pondan ni datang kat kitorang dan terus cubit bahu aku seraya berkata...

Mak Mamat Pondan : Ko ingat ko bagus sangat ke ejek - ejek anak aku pondan hah? Ko ingat aku mintak ke die lahir lembut camni? Harap je ko ni anak cikgu tapi perangai cam setan!

Aku : Kalau anak makcik tu baik sangat, apsal die nak kejar - kejar budak lelaki kat sini? Baik sangat ke tu? Pantang ada budak laki turun dari bas je die ngorat. Agak - agak la! Nak muntah tau tak!

Mak Mamat Pondan : Aku tak mintak pun die buat camtu. Dah Allah bagi nak buat camne! Redha jelah!

Itulah silapnya masyarakat kita. Setiap benda yang datang tu adalah ujian untuk kita. Maksudnya Allah nak tengok kita sebagai hamba - Nya tempuh ujian yang dia bagi. Takkan kalau Allah bagi kita anak perompak kita nak redha dia jadi perompak? Kalau Allah bagi kita anak lembut cam sotong, takkan kita nak biarkan die terus lembut cam sotong? Itu semua terpulang pada didikan agama.

So? Tepuk dada tanya iman masing - masing. Macam biasa hitam dan putih sangat - sangat jelas di mata aku. Yang salah tetap salah dan yang betul akan tetap betul.

Niatku Sentiasa Mendahului Gerakku

- E . i . J . i -

No comments:

bloG BudDieS