Thursday, July 23, 2009
oFfIcE sHOuTouT - lIfE UpDaTeD
Sesungguhnya puasa sunat Khamis yang aku lakukan hari ni adalah sangat - sangat berbaloi. Ditambah lagi dengan kerja - kerja ofis yang sederhana banyak membuatkan aku rasa aku mampu menjana tenaga yang cukup untuk jogging di taman petang nanti. Ini adalah jadual Diet Hyper Exstrim aku. Arakian perbuatan diet Hyper Extrim aku ini telah banyak mengundang spekulasi hebat antara rakan - rakan ofis dan jiran tetangga. Masing - masing sangsi adakah aku mampu meneruskan diet tanpa nasi,joging saban hari dan kurus itu pasti. Kadang - kadang aku pun tak sure adakah aku mampu menahan diri dari seksaan diet ni tapi ada sesuatu yang memberi aku inspirasi dan cetusan semangat untuk terus berada dalam kekangan diet gila ini...
Dengan umur yang baru nak masuk 25 tahun, aku tak sepatutnya mempunyai bentuk badan seperti duda anak 3 ataupun beruang liar. Dengan kritikan dan kutukan yang menjadi - menjadi seperti tembam dan mokmok, aku rasa aku tak patut berdiam diri, berlagak cool dan bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Aku masih mempunyai banyak masa untuk mengubah keadaan dan persepsi orang lain. Sungguh down dan lucu bila orang yang mengutuk aku tu bentuk badannya lebih besar dari aku... Sedar la diri tu sikit weh.
Aku terus down bila mengetahui Epi a.k.a Abg Kuat Dating telah memadam high score yang aku catatkan dalam game Rock Band PS2 Version (Damn!). Dengan menggunakan gitar yang baru beliau beli berjenama Kramer original di The Summit, sesungguhnya high score yang aku catatkan adalah terlalu mudah dan enteng untuk dipadam setelah sekian lama aku bertakhta di puncak high score. Aku lebih kecewa apabila mendapati dengan jari kelingking kiri aku yang kurang 'hidup', aku takkan mampu untuk memecah rekod itu secara spontan dan determinasi. Aku perlukan latihan dan fokus. Namun, gelak tawa riak dan bongkak Epi terus menghantui kehidupan aku...
Persiapan untuk ke majlis mandi minyak di Perak pada hari lusa juga belum aku sudahkan. Pening pale ni... Harap - harap malam nanti boleh la tido nyenyak sikit. Itu pun kalau Aman tak kacau call aku ajak lepak pastu borak pasal politik Malaysia yang teruk hari ke hari. Cuti la pk pasal politik ni... Esok sambung pk. Yang putih dan yang hitam sangat - sangat jelas di mata aku. Insyallah...
Niatku Sentiasa Mendahului Gerakku..
- E . i . J . i -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
perhghgghg....arep dah kurus la. bgs2 arep truskan perjuangn ko
belum kurus lagi... tu gambar lama tu... masih lagi mokmok... kakakakaka
blum kurus lagi..tu gmbr lama tu.buat inspirasi skit...
p/s:pening siut diet ni..
ala...
2 mggu lagi kurus la.
p/s:tu pun klu hdp lagi la..
Post a Comment