Dah abes dah ofis hour dan aku berhak untuk balik ke rumah tanpa ada individu yang layak menghalang aku. Sesungguhnya ini la hari yang agak penat bagi aku dalam minggu ni. Dahlah aku puasa sunat Khamis ditambah lagi dengan kerja - kerja ofis yang tak pernah habis memaksa aku balik lewat melebihi yang sepatutnya dan secara kira - kira matematik peluang aku untuk joging jap lagi agak tipis. Cuaca pun dah mendung... Macam mana la nak kurus ni... Allah.
Sambil - sambil aku kemas beg nak balik, aku sempat 'terbaca' beberapa blog anti pembangkang yang berikrar sumpah setia untuk melancarkan perang cyber terhebat kepada bloggers - bloggers yang anti kerajaan. Yang menariknya, diorang ni terdiri dari pelbagai latar belakang yang berbeza namun berkongsi satu fahaman, menegakkan UMNO sebagai parti terulung untuk disokong.
Tambah menarik, blog ni menggunakan pelbagai ayat mencarut, hina, keji dan sebagainya untuk menghina pembangkang. Link dia tak payahlah aku kasi sebab korang leh carik web die senang - senang je... Bersepah dalam internet. Sampai naik mual nak baca. Terlalu banyak.
Jujur aku cakap, walaupun diorang ni beragama Islam tapi demi menegakkan fahaman diorang aku tak sangka lak diorang ni sanggup nak mencarut pe suma... Islamkah itu?
Untuk pengetahuan korang, aku bukanlah bloggers yang rasmi membela pembangkang. Aku hanyalah insan yang bekerja di ofis dan berkongsi cerita di internet bagaimana korang nak menghargai detik - detik menghabiskan masa dengan kawan - kawan dan insan tersayang. So?
Berani kita sebagai manusia sangat - sangat terbatas. Lebih baik mempersiapkan diri untuk berani membawa amalan di hadapan Allah nanti. Hitam dan putih sangat - sangat jelas di mata aku. Yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul. Tiada kompromi...
Balik dulu la... Jom.
NiAtKu sEnTiAsA mEnDahuLuI GeRaKku.
- e . I . j . I -
No comments:
Post a Comment