Tuesday, July 21, 2009
oFfIcE sHoUToUt – TrEmEnDouS TuEsDaY
Hujan harini. Lebat plak tu! Setelah sekian lama bumi Allah kat sini tak basah dengan air hujan, Allah turunkan hujan bagi menghilangkan gundah gulana para petani yang mengharapkan kesuburan tanaman dari pelbagai sumber yang diharapkan. Hujan jugak membawa maksud peluang aku untuk jogging harini agak tipis. Adus… Gemuk la aku camni. Mampos la kene kutuk dengan Raja…
Malaysia kalah 2 – 0 dengan Manchester United (MU) malam tadi. Keputusan yang aku rasa cukup membanggakan bagi semua pihak yang mahukan revolusi sukan bolasepak di Malaysia. Dari perspektif aku, pemergian Cristiano Ronaldo ke Real Madrid memberi impak yang sangat – sangat besar dalam barisan Midfielder MU. Sir Alex Ferguson perlu memikirkan bagaimana untuk menutup cela dan pincang di bahagian Midfielder. Season depan susah kut MU nak menang liga… Nak kena sokong Liverpool la camni gamaknya.
Negara kita dikejutkan dengan kematian mengejut setiausaha EXCO Kerajaan Negeri Selangor semasa dalam penyiasatan SPRM. Terlalu banyak spekulasi yang dikeluarkan untuk menyekat rakyat marhaen di Negara Malaysia tercinta untuk mendapat kebenaran yang sepatutnya. Bagi aku, benda – benda camni cukup jelas. Takyah jadi detektif pun boleh tau kebenaran. Bape ramai orang yang mati dan cedera semasa dalam penyiasatan? Sendiri mau ingat… Allah nampak dan tau segalanya.
Terkejut tetiba fon berbunyi tanda SMS masuk. Cikgu Arifin a.k.a Penumbuk Kiri Sakti mengajak aku pergi ke majlis mandi minyak di Simpang Pulai Perak minggu ni. Sesungguhnya aku tak mampu menolak. Kene laknat nanti…
Misi diet aku diteruskan. Tak sanggup la dengar orang asik membebel aku gemuk. Bingit weh!
Niatku sentiasa mendahului gerakku..
- e . I . j . I -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment