Wednesday, July 29, 2009
PaRt SpeCiAl EpIsOd 2 : Di MaNa SeMuAnYa BeRmUlA, MaRtIaL aRt TeRuLuNg
BuDi CeRmIn NuRAni
Perjalanan ni lebih panjang aku rasakan dari perjalanan mencari ilmu aku yang lepas – lepas. Mungkin salah satu puncanya adalah aku dan Amir a.k.a Abg Kuarantin belum pernah lagi sampai ke Simpang Pulai. Kesempatan masa yang senggang dan terluang dalam bas ni aku manipulasikan untuk berborak - borak dengan Amir tentang Cikgu Amin, Cikgu Ipin dan sebagainya. Amir jugak melahirkan rasa bersyukur sebab UPNM kena tutup seminggu pasal H1N1. Kalau bukan sebab H1N1 mesti beliau tak dapat turut serta pergi ke Simpang Pulai ni sekaligus menggagalkan usaha beliau untuk turut mendalami ilmu Gayong.
Bas Plusliner kaler hijau jalur putih ni terus meluncur pantas menyusuri highway lurus yang gelap gelita… Terlalu pantas sehingga tak mampu berenti kat RNR (Whut da hell? Aku lapar nih!)! Diet Exstrim yang aku amalkan mula memberi efek dan aku harus makan walaupun sedikit. Rasa pelik dan hairan terhadap perangai driver bas ni mula menguasai diri aku. Kebiadapan dan kekerekan driver bas ni mula terserlah bila aku menanyakan soalan lambat lagi ke nak sampai ke Simpang Pulai. Beliau dengan kasarnya suruh aku duduk balik… Aku menahan sabar dan terus cuba untuk berlagak cool….
Persoalan mengapa driver bas itu bereaksi sedemikian terjawab akhirnya. Abang penumpang yang agak friendly di sebelah kanan aku memberitahu bahawa driver tersebut agak tertekan dan tension kerana sebelum ini beliau telah ditugaskan untuk membawa student – student yang dikuarantin akibat virus H1N1. Oooo… gitu rupanya. Tapi takyahlah cakap kasar – kasar weh.
Abang penumpang di sebelah aku jugak memberitahu yang kitorang dah hampir sampai di Simpang Pulai. Kitorang diturunkan secara biadap oleh driver bas hamjadah tu di satu bus stop tepat pukul 12.10 pagi. Apa yang perlu kitorang buat skang adalah menunggu Kak Ila, individu yang diamanahkan sebagai nadi penggerak Majlis Mandi Minyak ni… Kitorang menunggu dengan penuh sabar…
Bersambung lagi plak…
Niatku Sentiasa Mendahului Gerakku
- E . i . J . i -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment