Tuesday, July 28, 2009

PaRt SpeCiAl EpIsOd 1 : Di MaNa SeMuAnYa BeRmUlA, MaRtIaL aRt TeRuLuNg




LaNgKaH PaNgLiMa DiPaCu, GeNgGaM IkRaR YaNg SaTu


“Perpecahan Gayong perpecahan sayang…”
- Ayahanda Amin bin Hamzah -

Aku termenung sejenak mengenangkan kata – kata keramat di atas. Kata – kata yang terucap keluar dari mulut berbisa seorang guru silat yang aku telah hormati dan sayangi biarpun aku belum pernah bersua muka dan mengenali peribadi beliau secara total dan sempurna. Kata – kata yang memaksa diri beliau menghamburkan air mata biarpun beliau adalah seorang panglima gagah dan hebat yang telah saban kali diuji dengan kesakitan dan dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Kata – kata yang membuat aku sedar perjuangan aku dalam silat baru bermula...

Tanggal 24 Julai 2009, aku telah membuat keputusan drastik, yakin dan berani untuk mengikuti Majlis Mandi Minyak anjuran Pertubuhan Silat Seni Gayong Simpang Pulai di Simpang Pulai, Perak Darul Ridzuan (Mati – mati aku ingat Simpang Pulai ni kat Johor! Damn!). Pada permulaannya, hati aku agak berbelah bagi dan konfius untuk pergi atas sebab – sebab yang tak dapat dielakkan (Aku kena pegi kenduri kahwin weh! Wajib!)). Tapi atas dasar mencari dan menambah ilmu macam yang pernah aku war – warkan sebelum ni, aku harus pergi… Apa nak jadi, jadilah.

Abis je kerja dan tanpa membuang masa, aku terus mengarahkan Syamil skema budak ofis menghantar aku ke stesen komuter yang berhampiran. Aku kena pergi ke Shah Alam untuk menaiki bas pukul 9 malam di seksyen 17 ke Simpang Pulai. Atas sebab – sebab yang tak sempat aku nak elak, aku tak dapat join Cikgu Arifin a.k.a Penumbuk Kiri Sakti menaiki kereta untuk ke destinasi. Aku kena menemankan Amir Shariffudin, member Gayong aku dari UPNM atas sebab – sebab keselamatan (UPNM kene tutup pasal H1N1 weh!!!)

Aku tiba di Shah Alam agak lewat. Mujur Epi a.k.a Abg Kuat Dating menyelamatkan keadaan dengan menghantar aku terus ke terminal bas. Dengan muka serabut ditambah dengan beg Deuter besar berisi baju – baju silat, aku terus menaiki bas Plusliner… Bas bergerak meninggalkan Shah Alam, menuju ke destinasi yang menjanjikan seribu pengalaman berharga…

Bersambung...

Niatku Sentiasa Mendahului Gerakku
- E . i . J . i -

2 comments:

MaTPa said...

Jika kita tidak mampu menjadi *PENAMBAH*, Jangan kita menjadi *PENGURANG*, Jika kita tidak mampu menjadi *PENJUNJUNG*, Jangan kita menjadi *PENGHALANG*, Jika kita tidak mampu menjadi *GARAM* yang memasinkan ikan, Jangan kita menjadi *LALAT* yang membusukkan ikan.. *p/s:"Pecah Gayong di dalam dulang, Dulang hanyut di lautan tujuh, Perpecahan Gayong perpecahan sayang, Di suatu masa kembali berteguh"*

3viL X eIjI said...

kahkah!

rajin gile ko naip matpa.gmbr dlm kamera olimpus canggih ko mana?byk gmbr best dlm tu weh...

p/s:paker dah pulang kamera kak ila blum?

bloG BudDieS