Tuesday, July 21, 2009
PaRt 2 – dI MaNa sEmUaNyA BeRmUlA, MaRtIaL aRt TeRuLuNg…
Kehidupan aku sebagai martial artist bermula di bawah bimbingan dan tunjuk ajar Sir Lim Chui Ann pada setiap petang Sabtu dan Ahad bersama kengkawan lain macam Khairi Khalil, Nuzul dan Farouk (Takkan nak sebut semua plak! Skit2 udah ar..). Pada permulaannya, aku dapat rasa yang pelajaran Taekwondo ni betul – betul mengajar aku erti disiplin dan betapa pentingnya untuk seseorang individu itu mempelajari Seni Mempertahankan Diri. Sebagai individu yang agak selalu dibuli, aku dapat rasakan diri aku agak selamat…
Time aku kat di tingkatan 2 plak, dengan pertama kalinya aku masuk tournament Taekwando peringkat sekolah dan aku berjaya mendapat tempat kedua walaupun lawan – lawan aku adalah orang yang lebih senior dalam Taekwondo (Apa aku kisah?). Aku meneruskan pelajaran Taekwondo sehingga aku mendapat talipinggang coklat semasa aku kat tingkatan 3. Sungguhpun camtu, aku tetap rasa ada yang kurang dengan pelajaran Taekwondo… Sesuatu aku yang cari selama ni dan aku tau aku tak akan dapat sesuatu tu dengan belajar Tageuk dan tumbuk terajang dalam Taekwondo. Ia adalah pengisian ilmu dan rohani…
Erti maruah dalam satu – satu pertarungan adalah sangat – sangat subjektif. Tapi dalam konteks ni, tujuan pertarungan adalah lebih penting. Apa maksud menang dan kalah? Hidup dan mati? Serang dan tangkis? Pencarian mencari maksud aku bermula tanpa aku sedari…
Pembelajaran Taekwondo aku terbantut semasa aku berada di tingkatan 4 dan 5 sampai takde yang perasan aku mempunyai pelajaran Taekwondo yang tersimpan di kotak minda. Allah menguji aku dengan dugaan yg maha hebat time tu membuatkan aku rasa Seni Mempertahankan Diri bukanlah 1 priority untuk aku hinggalah arwah Bonda tercinta aku meninggal dunia pada 12 Mac 2001…
Stress dan tekanan yang aku hadapi memaksa aku kembali ke ilmu Taekwondo yang lama aku tinggalkan. Dan dengan Taekwondo jugaklah aku berjaya menjaga diri aku dari menjadi mangsa buli time aku jogging petang – petang kat taman sebelah Balai Polis Slim River. Sebagai budak yang baru berpindah sekolah, aku menjadi perhatian dan daya tarikan maksimum budak – budak yang rasa aku kerek (Aku banyak buat hal sendiri pun masuk kategori kerek ke?).
Abes SPM, aku meneruskan pembelajaran Taekwondo aku yang terbantut dengan Sir Lee Choon Huat. Akhirnya aku berjaya mendapat talipinggang hitam kedua dalam masa 9 bulan dan aku menjadi sub instructor. Walaupun camtu, aku still tak dapat apa yang aku cari. Erti sebenar pertarungan… Maruah atau Ego? Pencarian aku diteruskan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment