Sunday, March 14, 2010

Berdepan Dengan Apit Jinjang Mahaguru, Si Panglima Harimau Malaya – Part 4






Eeh?

Dah pagi rupanya… Alhamdulillah…

Latihan semalam betul – betul menguji ketahanan dan minda. Dengan diri yang tak berapa fit dan fikiran yang agak bersepah dan serabut memikirkan masalah duniawi, adalah mustahil untuk aku terus fokus 100% dalan latihan. Tapi mungkin hari ini akan menjanjikan sesuatu yang berbeza. InsyaAllah… Mandi la dulu apa – apa hal pun…

Pergi – pergi je dewan makan ( Dewan makan ke kantin? Ahh! Apa – apa sajalah! Asalkan tempat makan! ), individu yang senantiasa dinanti- nantikan Ayahanda Cikgu Amin dan Kak Ila, wan Ahmad Faiz a.k.a Matpa a.k.a Menantu Angkat Kak Ila telahpun sampai dan mencekik dulu tanpa menunggu peserta – peserta kursus yang lain. Apsal beliau berani betul makan dulu? Apa istimewanya beliau?

Ohh… Patutlah.

Kak Ila kesayangan beliau pun ada sama makan. No wonder la…

So macam biasa, abes je sarapan, semua peserta kursus tanpa perlu disuruh terus saja ke Dewan Pak Lah untuk meneruskan latihan ( Takkan nak sambung tido lak kan.. ). Latihan hari ini bertumpu pada Tapak Kunci Mati dan Permainan Pentas Hidup.

Kehadiran Matpa sedikit sebanyak membantu kursus sama ada sebagai buku rujukan buah rasmi Ayahanda Cikgu Amin ataupun sebagai puncing bag separuh masa. Training hari ini jugak agak santai kerana ilmu – ilmu yang Ayahanda Cikgu Amin turunkan tidak banyak berbeza dengan apa yang aku belajar di gelanggang. So update dengan refresh ilmu jelah…

Aku macam takleh percaya aku boleh terlupa Buah Permainan Pentas bila Ayahanda Cikgu Amin panggil aku dengan Adam a.k.a Abang RXZ Open ke tengah dewan. Aku mengambil langkah selamat berdiam diri sebab risau kalau aku keluar dan aku buat buah yang salah, Ayahanda Cikgu Amin akan murka dan bad mood… Trauma kena sergah malam tadi still tak hilang lagi weh… So langkah pintar sekarang ni adalah berlagak cool dan berdoa Ayahanda boleh lupa kejap pasal aku…

Tolong saya Cikgu Ariffin…

Bersambung…

- E . I . J . I –

Sembunyi di dalam cahaya, Sorok di dalam gelita

6 comments:

Anonymous said...

bab lari2 ni ko mmg power arep. hahha. ko mmg master bab elakan ke 22

3viL X eIjI said...

Salam

Lari tak terer. Elak je master sket kut.. Hehe.

p/s : Jangan tangkis peluru kalau tak kebal...

adamizhar said...

salam,
jgn tangkis penumbuk raja kalau x kebal hahaha
p/s: pegi angkat berat 85kg dlu cam raja baru leh tangkis penumbuk die

3viL X eIjI said...

Salam

Tangkis penumbuk Raja pakai kaedah A... kaedah Adoi..

p/s: gile ape main tangkis2... Igt bulu tangkis ke?

adamizhar said...

raja.. die mane leh lari, kaki saket,
derhaka trus xmo kuar ahaha..

3viL X eIjI said...

Salam

Hikmat lari ke bandar untuk mencari benang... Hoho.

p/s:Jangan lari pegi bandar Ipoh kalau taktau jalan.

bloG BudDieS