Cikgu Ariffin
“ Fight is all about taking chances… “
- Cikgu Ariffin, Jun 2007 –
Korang sure pernah bergaduh kan ? Tumbuk dan tendang sana sini sampai salah seorang tumbang tak melawan. Marah dan geram disampuk syaitan. Allah pula jadi sampingan. Bila dah menang rasa bangga sampai ke awan. Yang kalah plak rasa macam sampah majlis perbandaran. Apa yang ada jadi pengajaran? Di mana tauladan? Hairan – hairan…
Silat adalah salah satu aset yang menjadikan bangsa melayu itu betul – betul melayu. Setiap gera k silat punya maksud. Setiap jurus silat punya erti. Setiap nafas silat penuh definisi…
Sebelum satu – satu pertempuran, aku diajar ( Aku taktau la oran g lain camne.. Sama je kut. ) untuk memahami kehendak pertempuran. Apa punca pertempuran? Apa faedahnya? Apa akibatnya?
Pertama – tamanya…
Kalau boleh elak, elaklah pergaduhan atau pertempuran tersebut. Takde sapa yang nak sakit kan ? Apa yang kita dapat gaduh – gaduh ni? Cuba selesaikan sesuatu dengan memberikan keadilan dan 50 – 50 situation kepada dua – dua belah pihak. Kalau korang perasan, pendekar – pendekar zaman dahulu kala akan berbalas pantun atau ‘ kata – kata berisi ‘ sebelum bertempur. Itu adalah sejenis metafor untuk menguji sejauh mana kehebatan diri masing – masing. Ia juga bertindak sebagai satu cara menyampaikan maksud untuk memperkenalkan diri. Sebagai contoh :
“ Payung dah kusiapkan , sampan juga dah kusiapkan. Hanya menunggu guruh di langit “
- P. Ramlee, Filem Musang Berjanggut –
Ayat tersebut bermaksud ind ividu itu telah bersedia untuk bertempur dengan ilmu yang penuh di dada dan bersedia menerima apa saja cabaran. Korang nak ke carik pasal dengan oran g yang dah siap sedia dari pelbagai segi dan mempunyai segala Kriteria untuk menang dalam pertempuran? Haha! Mesti korang taknak kan ? Aku pun taknak!
Aku takdelah suruh korang pantun – pantun kalau nak korang nak start gaduh. Cuma cari jalan untuk elakkan diri. Itu pun kalau boleh… Kalau tak boleh, balun je la.
So?
Selamat bergaduh… Oppss! Haha!
- E . I . J . I -
Sesedap rasa seenak mata..
2 comments:
motif pasal ain tu? hurmmmm
salam
motif ain? Dia kan world champ.hehe....
P/S : Org hebat...
Post a Comment