Thursday, February 26, 2009

HaMlAu bTuL BudAk2 sKolAh sKang Ni



540 pm . oFiS . uJaN rEnYaI2

Tengah2 kemas barang nak balik umah, aku pun terbukak dan terbaca la artikel pasal budak sekolah gaduh pastu sampai mati kene pukul. Kecoh sungguh cite ni rupanya! Aku try la baca dan siasat lebih lanjut. Ingatkan gaduh pasal duit ke, kes curik moto ke... Satgi baca balik, gaduh pasal pompuan rupanya!!! Astagfirullah...

Aku bukan taknak amik port pasal cite hamjadah ni masa memula benda ni kecoh tapi aku rasa benda ni dah bese jadi da. Da basi! ( Time zaman aku tadika lagi benda ni dah jadi!!! ) Tapi bila ada budak dah mati baru sume sebok nak amik tau. Nak buat apa amik tau? Bukan budak yg mati tu bley hidup balik... gelabah!

Aku bukan nak provoke family budak yg meninggal tu, tapi aku kesian. Muda2 lagi dah mati. Mati sebab berebut pompuan lak tu! Sia2! Sampah gile excuse! Lawa sgt ke minah yang direbutkan tu? Da nikah ke sampai nak gaduh2 ni? Da takde pompuan lain? Kalau ye pun dapat minah tu, ada duit ke nak kawin? Isi minyak moto pun mintak duit mak bapak..iskhh!!

Ntahlah... Aku nak cakap lebih2 pun takleh. Benda ni penah jadi kat aku. aku juz harap benda ni tak jadi da. Kalau nak bergaduh pk panjang la.. lagi2 pasal pompuan.. gaduh la demi agama, maruah keluarga atau negara..

Tuesday, February 24, 2009

PaRt 10 NuAnG ReVeNgE – sEsApA YaNg kEhIlAnGaN MaRuAh dI AtAs PuNcAk, sIlA KuTiP dEnGaN seGeRa






Dalam saki baki pendakian berbekalkan nawaitu dan misi mengutip Maruah dan Kehormatan kitorang kat Puncak Nuang, aku telah memantau, mentelaah dan dengan sukses mentakrif kesimpulan yang kukuh bahawasanya kengkawan aku suma dah takde problem mendaki untuk naik terus ke puncak. Setiap suspek terbabit kelihatan laju, pantas dan fokus memanjat batu, pokok2 renek dan denai yang menjadi dalang penghalang niat memecahkan Egois cabaran Adam a.k.a Abg RXZ Open. 2 – 3 ekor pacat penghisap darah melekat kat buku lali pun kitorang tak kisah! Kitorang masih utuh, yakin, tawadu’ dan istiqamah untuk mendaki. Mungkin sebab kitorang dah terlalu dekat dengan puncak so malas la pulak nak bzbody fikir benda2 remeh temeh dan sampah ni ( Dah jauh dah kitorang jalan. Takkan nak patah balik pulak? Gila ke!!) Time ni kitorang langsung dah tak nampak Raja a.k.a Abg Bicep. Bicep beliau pun kitorang tak nampak. Apakan pulak Tricep beliau. Bagaimanakah nasibnya? Sesatkah En. Raja? Amin a.k.a GPS Bergerak ada bagitau kalau tersalah jalan semasa pendakian ke puncak, boleh terus tembus hutan ke Janda Baik. Kalau nasib baik lagi boleh terus tembus dan berambus pegi main Roller Coaster dengan Solero Shot kat Genting Kota Keriangan. Damn! Jauh minda aku yang cerdas menerawang memikirkan situasi negatif yang berkaitan . Tapi buat apa nak fikir bukan2. Aku rasa beliau dah sampai dan baring2 rileks kat puncak tu sambil bermuhasabah dan fikir apsal la kitorang ni lembap level maksimum sangat nak sampai ke puncak. Laptop berjenama Compaq Presario 3000 kepunyaan Adam a.k.a Abg RXZ Open pun tak lembap camni! Amin a.k.a Chef Sardin tak putus2 memberikan motivasi berbentuk khutbah dan Moral Boost ikhlas yang tak berbelah bagi untuk kitorang terus mendaki. Dan ternyata usaha Amin tak sia2. Akhirnya, beberapa detik sebelum pukul 12 tengahari mengikut zon GMT +8.00 Kuala Lumpur dan Malay Peninsula Standard Time, tapak kaki kitorang telah berjaya memijak lantai Puncak Gunung Nuang. Alhamdulillah. Di sinilah semuanya bermula… dan di sinilah jugak Egois, kata2 nista dan cabaran menawan Gunung Nuang En. Adam telah tamat.. Hahaha! Akhirnya…

Sesampainya di puncak, aku tak melengahkan masa untuk poyo2 menjerit macam baru 1st time naik gunung dan terus mendokumentasikan segala memori di puncak menggunakan Cybershot 7.2 MP. Setiap individu termasuk Amin dan Dobong yang anti kamera melakukan pose panas secara begilir2 ketika bergambar untuk ditunjukkan dengan bangga kepada kaum keluarga,rakan taulan dan sahabat handai. Malangnya, keadaan puncak Gunung Nuang pada ketika itu agak menyedihkan kerana dipenuhi sampah sarap. Tanpa perlu siasatan susulan, kitorang mendapati sampah sarap itu berpunca daripada budak2 Sekolah Henry Gurney yang kurang kesedaran sivik tentang alam sekitar ( Memang patut masuk Henry Gurney pun!) Mulut Raja terkumat kamit mengutuk habitat budak2 sekolah Henry Gurney tersebut. Hatinya sedikit kecewa.. Masih adakah ruang untuk mereka insaf?

Tanpa banyak masa ruang mempedulikan hamjadah tu suma, kitorang pun melantak nasi goreng sardin yang dimasak Amin a.k.a Chef Sardin ketika di Kem Lolo. Tapi dengan dukacita diumumkan misi aku dan Dobong menjadi Muslim pertama melayan sisha perasa anggur berjenama Al Fakeh di puncak Nuang telah gagal kerana kitorang kehabisan sumber air mutlak. Dobong terus mengisi kekecewaan beliau dengan tido di atas daun2 kering di sekitar puncak. Zack a.k.a Abg Tunangan Orang pulak bajet romantik dengan melakukan vandalisme kepada alam sekitar dengan cara mengukir nama beliau dan tuning beliau di kulit pokok. Seterusnya, Amin memberi arahan supaya kitorang rilek cukup2 dan pukul 1 nanti kitorang akan turun balik ke Kem Lolo. Meskipun sedikit tension dengan isu2 berkaitan, kitorang tetap puas dapat naik ke puncak. Misi kitorang menawan puncak tercapai. Pandangan Adam terhadap stamina Aku dan Dobong pada Misi Nuang Pertama ternyata hanya spekulasi untuk menutup mata pihak2 berwajib semata - mata.. Cabaran Nuang telah berakhir dan kitorang dapat rasakan cabaran lain pulak menanti kitorang pasni.. Tupai2 comel dan manja di puncak menjadi saksi. Tanpa kitorang sedari, Kelab Kembara UITM semakin hampir ke puncak..

Sunday, February 22, 2009

PaRt 9 NuAnG ReVeNgE – PuNcAk peNgAsIh, BuKaN tEmPaT MeMaDu KaSiH. sEkIaN TeRImA KaSih



ePisOd 2 : PuNcAk PaLsu, PuNcAk pEnGaSIh.. LeTih..

“ Assalamualaikum”. Kedengaran suara dari sesuatu memberi salam di depan kami. Apakah? Siapakah? Dari mana datangnya salam tersebut? Adakah dari siamang2 yang bersahut - sahutan sebentar tadi? Ada spesis siamang advance upgrade installed with voice ke dalam hutan ni? Masing2 mengeluarkan teori hepotesisi untuk menghilangkan curiga dan sangsi. Setelah disiasat dan dikenalpasti oleh Amin a.k.a Detektif Conan di Astro Ceria saluran 611 ( Untuk Kita2 Aje!) , rupa - rupanya salam itu datangnya dari brother2 CIMB Islamic yang turut sama mendaki. Masing2 mengurut dada tanda lega dan bersyukur ke hadrat Ilahi seraya membuktikan tiada spesis siamang hutan yang boleh berkata - kata. Tanpa membuang masa, Amin yang juga dikenali Abang Cepat Mesra memperkenalkan diri kepada brother2 CIMB tersebut. Setelah latar belakang diorang disiasat, jelaslah bahawa brother2 tersebut juga mengalami masalah mendaki seperti pancit dan sebagainya. Salah seorang dari brother tersebut mengalami masalah Obesiti a.k.a Berat Badan Berlebihan tapi kitorang kagum melihat kesungguhan beliau mendaki. Respek! Tanpa segan dan silu, beliau menasihati kitorang supaya terus naik ke Puncak Pengasih tanpa menunggu diorang ( Sapa nak tunggu? Kitorang nak cepat ni!). Beliau juga berpesan supaya kitorang menjaga rupa,tatasusila dan stamina kerana Kelab Kembara UITM yang dipenuhi peserta pompuan juga mendaki ke puncak. Tanpa sempat brother CIMB yang aku malas nak tanya namanya tu menghabiskan kata2 terakhir, kitorang terus memecut ke Puncak Pengasih yang berbaki 300 meter. Kitorang takkan kalah dengan budak2 pompuan Kelab Kembara UITM. Cabaran Adam a.k.a Abg RXZ Open dilupakan sejenak.. Ada misi lain yang lebih penting.

Setelah mendaki dengan had laju yg berpatutan, Akhirnya aku a.k.a Abg Nasik Mentah, Amin a.k.a Kapten Mesra Alam, Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah dan Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai telah sampai ke Puncak Pengasih. Alhamdulillah.. seperti biasa, Raja a.k.a Abg Bicep dan Zack a.k.a Abg Kancil dah sampai dulu. Ntah vitamin apa diorang pakai. Pastu buat muka rilek je! Dengan tak membuang masa, Dobong terus baring di rumput2 kering untuk melepaskan penat. Penat weh!!! Aku pulak mengeluarkan CyberShot 7.2 MP aku untuk mengambil gambar2 menarik untuk dijadikan kenangan. Amin selaku Kapten mengucap syabas dan tahniah kerana kitorang semua berjaya sampai ke sini sambil menerangkan perjalanan ke Puncak Nuang hanya mengambil masa 1 jam maksimum dan perjalanan ke puncak tidaklah sesukar mana. So kitorang amik masa ni untuk kembalikan stamina sambil mencekik makanan yang mengembalikan tenaga. Hanya tinggal 1 jam sebagai pemisah untuk memecahkan Ego Adam a.k.a Abg RXZ Open dan melakar nama di Puncak Nuang. Hahaha.. Tunggu kitorang di puncak.

Wednesday, February 18, 2009

PaRt 8 NuAnG ReVeNgE – PuNcAk peNgAsIh, BuKaN tEmPaT MeMaDu KaSiH. sEkIaN TeRImA KaSih



ePisOd 1 : KeBaNgKitAn dI HaRi pEmBaLaSaN

Perjalanan ke Checkpoint seterusnya, Puncak Pengasih betul2 menguji ketahanan mental dan fizikal kitorang. Dengan jalan yang penuh selut dan berbatu, pacat yang merayap tanpa mengira waktu dan individu, serta cerunan gunung yang tinggi tak berpenghujung seperti tak memberi keizinan untuk kitorang mendaki naik ke puncak yang satu ( Macam syair la plak! ). Pada tika dan saat ini aku seakan akan telah mengaku kalah. Paru2 menjadi sesak. Kondisi kaki kiri aku yang berdarah tanpa henti akibat tersepak akar kayu asli tanpa sebarang pewarna tiruan di tengah perjalanan sebentar tadi menjadi penghalang terunggul. Astagfirullah… Aku beristigfar panjang. Aku tak mampu lagi mengangkat kaki untuk mendaki. Setiap kesakitan menjalar ke seluruh tubuh aku yang bidang. Pada detik ini jugak aku merasakan cabaran Adam a.k.a Abg RXZ Open bagaikan soalan kimia no 2 bahagian subjektif dalam peperiksaan percubaan SPM tahun 2001 yang terlalu sukar untuk dijawab! Gelak hilai tawa Adam dan kengkawan lain membakar, memperkecilkan dan mempertikaikan kredibiliti aku sebagai pemanjat gunung separuh masa ketika misi Nuang pertama dulu mula terngiang2 memenuhi halwa telinga. Hati aku mula pedih dan bisa. Lahanat! Aku bukan selemah yang diorang sangka. Diorang silap..

Situasi yang sama jugak terjadi pada Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah. Faktor kesihatan yang tak menentu menjadi duri dalam daging. Melayan sisha di puncak bukan lagi satu keutamaan ketika ini. Aku rasa Dobong pun dah lupa beliau ada membawa balang sisha di dalam beg mendaki yang dibeli di Langkawi dan dihadiahkan dari ibu tercinta. Amin selaku Kapten mula mempersoalkan kesungguhan dan integriti Dobong dalam misi mendaki. Dobong mula melakukan tindakan drastik untuk mengubah keadaan genting tersebut. Painkiller mula ditelan untuk melegakan kesakitan yang menimpa. Biarlah nyawa menjadi galang gantinya, asalkan maruah yang tercicir di puncak dapat dikutip balik. Api keazaman mula terpancar kembali di mata Dobong. Prestasi sebagai Racer game racing terkemuka yang dipertaruhkan harus dijaga.. Tak kira apa pun..

Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai pun tak mahu ketinggalan dalam bab2 sakit dan cedera ni. Kesakitan hamstring kaki kiri membuatkan beliau menjadi lebih redha dan tabah. Mungkin reputasi beliau sebagai pendaki gunung berpengalaman sebelum ini menjadi dorongan. Air mula diteguk untuk mengelakkan dihidrasi. Beliau harus membuktikan kepada Amin bahawasanya rekod2 pendakian beliau sebelum ini adalah valid. Itu menjadi tekad untuk terus maju ke depan.

Raja a.k.a Abg Bicep dan Zack a.k.a Abg Tunangan orang terus meninggalkan kami jauh di depan.(Ntah2 dah sampai) Aku dah tak nampak diorang dah.Terlalu jauh untuk dikenang. Bunyi2 siamang mula menemani perjalanan kitorang seakan2 siamang2 tu dah lama kenal kitorang. Amin menasihatkan kitorang jangan sekali2 menyahut panggilan2 tersebut.. Jangan..

Bersambung

Monday, February 16, 2009

PaRt 7 NuAnG rEvEnGE – DeStInAsI YaNg PaSti, KeM PaCaT



ePisOd 2

PrApP!!KapiSh!! Bunyi tali beg sebelah kanan Afik a.k.a Chef Sardin yang kurang berjenama dan kurang berkualiti yang kusandang putus. Tidak!!! Bala pertama dah jadik! “Ahh Sudah”, aku mengeluh panjang. Hati kecilku berfikir dengan bala sebegini rupa bolehkah aku sampai ke puncak Nuang? Belum lagi sampai suku perjalanan ke puncak aku sudah diuji. Aku menenangkan hati dengan mengingati pesan arwah bondaku bahawasanya hanya Insan yang Beriman akan selalu diuji Allah. Aku kembali tenang dan rilek. Amin selaku Kapten meminta kitorang berhenti seketika untuk mengambil oksigen tambahan. Beliau jugak menitahkan sesiapa yang rasanya perasan kuat dan mampu bolehlah blah dulu ke Kem Pacat. Raja a.k.a Abg Bicep tanpa berfikir panjang dan waras terus memecut hasil tenaga yang dipacu dari Air Isotonik 100 Plus 1.25 Liter yang dibawa di dalam Beg Deuter Merah Edisi Pro diluar pengetahuan kitorang (Cisss!!! Tergamak kau!). Zack a.k.a Abg Tunangan Orang mengikuti rapat di belakang Raja dengan catatan bersih kurang 5 minit 3 perpuluhan 442 saat. Memang laju diorang ni..


10 minit sebelum sampai di Kem Pacat, Afik a.k.a Chef Sardin pula menghadapi bala kedua iaitu masalah hamstring kaki kiri. Amin a.k.a Chef Sardin Terulung berasa pelik dengan gelagat Afik. Dalam perjalanan tadi, Afik ada memberi statement sensasi bahawa beliau berpengalaman luas dalam selok belok mendaki gunung ni. Antara gunung yang dikatakan pernah ditawan Afik termasuklah Gunung Stong dan Gunung Ledang (Yeke ni?). Takkanlah naik Gunung Nuang yang agak rendah ni menjadi masalah buat Afik? Kami tertanya2 dan menggelengkan kepala. Sambil menyedapkan hati yang agak tawar dan was2 dengan statement Afik a.k.a Abg Sms Tak Sampai, Amin berkata Kem Pacat hanya beberapa ratus meter di depan kitorang (Yeke? Macam jauh lagi je). Dengan semangat yang sedikit luntur bagaikan terkena Clorox haruman Lemon baru, Aku, Dobong, Afik dan Amin terus menggagahi baki2 perjalanan ke Kem Pacat. Alhamdulillah, aku nampak beberapa kangkang kera tanah lapang di depan aku. Aku jugak nampak signboard kertas berwarna kuning pucat bertulis ‘Kem Pacat’. Aku lihat Raja a.k.a Abg Bicep dan Zack a.k.a Abg Tunangan Orang sedang berehat2 dan dengan lantang memberitahu kitorang beliau telah tiba setengah jam lebih awal (Elleh!!). Ahh tak kisahlah tu semua! Dengan catatan 1 jam 48 minit, aku a.k.a Eiji a.k.a Abg Nasi Mentah, Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah, Afik a.k.a Abg Selalu Naik Gunung, Amin a.k.a Kapten Serba Boleh, Raja a.k.a Abg Bicep dan Zack a.k.a Abg Kancil Turbo Mivec DOHC Twin Engine Compressor SE dengan rasminya telah sampai ke Kem Pacat. Syabas!!!


Tatkala di Kem Pacat, Amin a.k.a Kapten Serba Boleh memberi arahan supaya aku mengurut kaki kiri Afik supaya perjalanan kitorang ke puncak Nuang berjalan lancar. Dengan ilmu mengurut zahir dan batin yang dikurniakan guru silat Gayong aku, cikgu Arifin a.k.a Penumbuk Kiri Sakti dengan menggunakan minyak Ibu Gamat Asli Langkawi Cap Kuda Putih berkapasiti 60 ML, aku dapat mengenalpasti sakit hamstring yang dialami kaki kiri Afik berpunca daripada sifat mazmumah keji yang ke 3 iaitu malas dan kurangnya penglibatan Afik dalam aktiviti Ko - kurikulum seperti senaman, silat, Pengakap Malaysia, Puteri Islam dan lain2 ( Mengorat pompuan rajin pulak). Aku hanya mampu mengurut tapi sembuhnya sakit datang dari Allah jua. Kita hanya insan insani yang mampu berdoa dan mengharap.


Selepas berehat beberapa ketika, Amin a.k.a Chef Sardin Terulung memberitahu yang kitorang harus bersiap sedia untuk sampai di Checkpoint kedua iaitu Puncak Pengasih dalam tempoh lebih kurang 2 jam (huh? rilek la dlu weh! Penat nih!). Beliau jugak menasihatkan kitorang semua untuk tidak banyak berhenti dalam misi ke puncak kerana itu akan melembapkan dan membasahkan perjalanan sekaligus merisikokan harapan untuk tiba di puncak Nuang sebelum tengahari. Setelah bergambar di depan signboard Kem Pacat dengan muka bangga dan bongkak dengan niat sahaja kitorang amik gambar untuk menjeleskan Adam a.k.a Abg RXZ Open secara beramai - ramai 4 rakaat hanya kerana Allah Taala, kitorang pun membuka langkah seterusnya menuju ke Checkpoint kedua, Puncak Pengasih. Separuh lagi perjalanan untuk menjawab dan menghentikan segala tohmahan yg dilemparkan kepada aku dan Dobong… Misi diteruskan.

PaRt sPeCial eNcOrE NuAnG ReVenGe – NiCkNaMe YaNg MisTeRi 2



EpIsOD 2 En. Adam Izhar a.k.a Abg RXZ Open a.k.a Abg Spark a.k.a Abg Tukang Tambah Panas no. 1


Dalam episod pertama siri Encore, aku telah menerangkan siapakah Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah kepada korang. Kali ni dalam episode 2 pulak aku akan jelaskan siapakah Adam a.k.a Abg RXZ Open. Check it out!


Karektor Adam a.k.a Abg RXZ Open a.k.a Abg Suka Karaoke Lagu Hindustan bermula pada misi Nuang pertama. Beberapa hari sebelum misi Nuang pertama dilaksanakan, aku a.k.a Abg Masak Nasi Mentah sibuk menjalankan aktiviti joging dan senaman untuk mengelakkan diri ini dari dicerca angkara pancit ketika pendakian misi Nuang pertama nanti. Aku sedar kesibukan dan kerajinan aku bekerja di sebuah firma insurans swasta ternama di Ibu Kota menyebabkan aku kurang mengambil perhatian terhadap kualiti stamina. Jadi aku mengambil kesempatan pada beberapa hari yang tinggal untuk menaiktaraf stamina dengan cara berjoging secara konsisten. Aku juga memutuskan untuk tidak memakan nasi atau sumber karbohidrat yang lain demi mengelakkan risiko berat badan yang berlebihan.


Namun, lain pula halnya dengan Adam a.k.a Abg RXZ Open. Di kala individu lain berhempas pulas membina stamina dan menghadkan pengambilan sumber makanan, beliau menjalankan aktiviti hariannya seperti biasa dan normal. Yang lebih mengejutkan aku, pada hari kami bertolak ke Gunung Nuang, beliau boleh melahap sepinggan nasi berkapasiti penuh berlauk ayam dan sedikit kentang sebagai side dishes bernilai rm4.50 di HB1 dengan penuh berselera tanpa rasa segan silu dan bimbang! Pada ketika itu aku menyuarakan kekhuatiran aku kepada Adam bahawa dengan cara pemakanan yang sebegitu dan stamina beliau yang kurang boleh menyebabkan beliau tidak dapat sampai ke puncak Nuang. Adam hanya tertawa kecil.. Riak wajahnya mempunyai muslihat yang sukar diramal.. Apakah?


Pada hari pendakian ke Kem Lolo, aku dapat lihat Adam menghadapi sedikit kesukaran mendaki. Paha beliau mengalami kekejangan hamstring dan nafas beliau kurang konsisten dan stabil. Aku merumuskan situasi Adam dengan tahap stamina sebegini, Adam mungkin tidak dapat sampai ke puncak. Jika perjalanan ke Kem Lolo pun sudah mencabar, apa lagi perjalanan naik ke puncak? “Jangan mimpi la weh!!” kata hati kecilku. Hanya keajaiban boleh membawa makhluk bernama Adam ke Puncak.


Ketika di Kem Lolo pada pagi pendakian, aku dan Dobong sependapat untuk tidak naik ke puncak Nuang. Ini disebabkan beberapa faktor utama seperti malas (Hujan weh time tu!tido lagi best!), air sungai yang sejuk dan segar, kumpulan mendaki yang terlalu crowded dan desakan bau sisha perasa strawberry berjenama Al - Fakeh yang harum kepunyaan VG a.k.a Raja Sisha Sebenar. Adam pula begitu bersemangat untuk naik ke puncak Nuang dan membuktikan diri beliau bernilai dan berbaloi untuk dimiliki gadis2 Kelab Rakan Muda yang turut serta dalam Misi Nuang Pertama tersebut. Dan hasilnya, Adam cemerlang membuktikan tanggapan aku silap! Beliau berjaya mendaki ke puncak Nuang hasil dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari bebudak pompuan Kelab Rakan Muda dan kengkawan silat yang lain seperti Ucop a.k.a Pengerusi PSSGM MMU dan Naz a.k.a Anak Buluh Betong. Dalam perjalanan pulang, terdengarlah suara Adam yang agak jakun menceritakan cabaran dan keseronokan tiba di puncak serentak menimbulkan bibit2 kesal aku dan Dobong kerana tidak turut serta naik ke puncak ( Takleh blah!). Adam juga berpendapat aku dan Dobong tidak mempunyai stamina a.k.a pancit dan kualiti untuk mendaki ke puncak. Cis!!! Terlalu sukar semua ini untuk aku hadapi. Telah beratus kali aku menerangkan kepada Adam bahawa aku jugak boleh sampai ke puncak. Tapi Adam hanya ketawa mengejek. “Semua orang boleh cakap dia boleh sampai ke puncak tapi hanya bergambar di Puncak Nuang akan menjadi bukti yang sah dan agung!”, kata Adam dengan angkuh. Cis!!! Aku tak boleh menerima semua kata2 nista ini. Kata2 Adam itu bagaikan racun rumpai Halexone Paraquat 130 jenis pekatan larut air yang selalu diaplikasikan pekebun2 kelapa sawit cawangan Felda Bukit Sagu di Kuantan untuk membunuh rumput dan lalang. Kitorang mula merasakan maruah dan kehormatan kitorang tercicir di Kem Lolo. Kitorang kena kutip balik maruah tu. Tak kira apa pun halangan.Tunggulah… Aku dan Dobong memasang tekad…


Akibat terlalu kerap dibakar oleh kata2 pedas a.k.a Hot n Spicy Adam, aku berpendapat perangai Adam yang suka membakar dan mencabar kemampuan insan lain untuk membukak game lebih kurang sama dengan Spark a.k.a Zul Huzaimy dalam filem Rem – pit arahan Ahmad Idham tu. Dengan rancangan yang rapi, aku dan Dobong berikrar janji setia untuk menawan puncak Nuang dalam misi Nuang’s Revenge. Hanya itu sahaja boleh membalas dan menyahut cabaran Adam a.k.a Abg Spark a.k.a Abg RXZ Open sekaligus menafikan tanggapan buruk penduduk kampung MMU Cyberjaya terhadap aku dan Dobong. Dan masanya telah tiba…

Friday, February 13, 2009

PaRt 6 NuAng RevEnGe – DeStInaSi YaNg PaSti, KeM pAcAt



EpIsOd 1

Sepertimana yang diterangkan Amin a.k.a Kapten Serba Boleh dalam Part 5 Nuang’s Revenge, perjalanan kitorang ke Checkpoint pertama Kem Pacat akan mengambil masa 1 jam setengah minimum dan 2 jam maksimum. Itupun kalau tidak mengambil kira faktor paru2 kekurangan oksigen, urat kaki kejang, sesat di tengah jalan ataupun sesat di tepi jalan. Saatnya telah tiba untuk kitorang untuk meletakkan harga diri masing2 di puncak Nuang. Cabaran Adam a.k.a Abg RXZ Open untuk melayan sisha perisa anggur di puncak harus disahut dengan cemerlang. Langkah mula diatur..

30 minit pertama perjalanan, semuanya berjalan lancar. Masing2 boleh berchit – chat, bergelak ketawa, main Snake di henfon Nokia 3310 dan membetulkan tali kasut tanpa kehilangan stamina yang berlebihan. Pada ketika ini jugak, Raja a.k.a Abg Bicep mula menunjukkan bukti penghabisan masanya di dalam gimnasium MMU untuk mengangkat besi dan mendagu di pintu bilik tidak sia2. Beliau terus memecut laju meninggalkan kitorang jauh di belakang. Amin a.k.a Peta Bergerak juga terkejut dengan perkembangan tersebut. Beliau selaku Kapten tidak menyangka peningkatan stamina Raja yang begitu maksimum dan mendadak. Kami selaku rakan2 mula menyangka peningkatan stamina Raja adalah disebabkan penggunaan dadah terlarang yang diharamkan penggunaannya di peringkat kebangsaan. Ahh!! Raja adalah seorang individu yang berprinsip! Tidak mungkin beliau melakukan perkara busuk dan keji sebegitu. Paling tidak pun Raja akan minum Tongkat Ali perasa vanila di HB2 sebagai suppliment a.k.a tenaga tambahan.. Kami cuba menenangkan dan menghilangkan perasaan jeles kitorang terhadap Raja dengan membaca surah Al – Ikhlas ayat 1 hingga 4..seraya kitorang menjadi ikhlas memuji stamina Raja a.k.a Abg Bicep secara spontan… Nafas diatur kembali.

1 jam pertama, keadaan menjadi agak kritikal. Aku, Afik dan Dobong mula menunjukkan keletihan dan kepancitan. Nafas kami menjadi tidak menentu. Peluh mula memenuhi ruang tubuh kami yang sasa. Setiap inci langkah menjadi ujian terbesar dalam hidup. Aku mula memikirkan tindakan membawa balang sisha ke puncak adalah satu tindakan nekad yang tidak berapa cerdik. Bahu aku mula berasa sengal2 akibat menyandang berat beg hiking RMEC. Daun2 pohon2 renek di sepanjang cenuram perjalanan seperti mentertawakan aku, Dobong dan Afik. Memanjat busut dan bukit2 kecil rasanya seperti memanjat tingkap kaca bangunan KLCC yang menjadi mercu kebanggaan negara. Raja a.k.a Abg Bicep dan Zack a.k.a Abg Sudah Berpunya pulak sudah agak jauh meninggalkan kami beberapa batu nautika di depan. Amin a.k.a Kapten mula mengeluarkan kata2 perangsang yang agak panas dan berbaur hasutan bertahap ISA terhadap kami. Tiba – tiba…

Thursday, February 12, 2009

PaRt 5 NuAng ReVeNge – LukA dI HaTi siApA yAnG TaHu



Dalam perjalanan menuju ke puncak Nuang, Amin a.k.a Kapten Serba Boleh telah menerangkan yang Gunung Nuang mempunyai checkpoint atau dalam bahasa Jawa RnR (Rehat dan Rawat). Kat tempat tu nanti kitorang boleh decide sama ada kitorang mampu naik ke puncak atau tak. Tambah Amin, kita patut sedar kemampuan diri kita ada di mana. Kalau tak larat mendaki, renunglah diri di depan cermin toilet MMU kat fakulti FCM hingga ke hari tua dan terimalah hakikat diri ini sebagai manusia dayus (mentang2 Amin dah naik banyak kali). Aku mengambil kata2 Kapten Amin a.k.a Peta Bergerak itu sebagai pembakar semangat yang jitu dan aku mengingatkan diri sendiri dan Jamaah solat Jumaat yang lain untuk tidak menjadi insan dayus tersebut..tidak sama sekali! Klu budak2 pompuan budak usrah MMU bertudung labuh kaler hitam berjilbab boleh sampai ke puncak, nape bukan aku dan Dobong yang gagah? Nape?


Aku taktau la orang lain camne tapi aku mempunyai misi yang penting untuk dilaksanakan. Selain mencabar diri ke tahap maksima, Aku juga tak mampu lagi membiarkan telinga aku berdarah dan bernanah mendengar cacian dan cabaran en. Adam a.k.a Abg RXZ Open a.k.a Abg Spark untuk aku sampai ke puncak. Sampai takleh tido malam dibuatnya! Nak tido siang pun tak nyenyak! Nak buat ape2 pun serba serbi tak kena (kene gelak adalah!). Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah pun tentu dan konfem mempunyai impian yang serupa. Beliau pun harus membuktikan kepada Amin a.k.a Abg Tukang Tambah Panas No. 2 bahawa latihan kardiologi dan gymnasium fitness yang dilakukan beliau sebelum ini membuahkan hasil yang sepatutnya. Apa guna maruah diri ini dijulang tubuh tetapi diinjak sesuka hati oleh rakan seperjuangan yang tido sebantal tapi mimpi lain2? Ape guna main Drift menggunakan stering USB Momo Logitech secara multiplayer online sampai markah berjuta dalam game GRID Patch 1.3 tapi hati tak tenang? Hanya berposing di depan kamera Sony Cybershot 7.2 MP di atas puncak Nuang boleh menjadi bukti atau Hard Evidence dalam bahasa CSI Miami untuk menutup mulut dan menafikan kritikan pedas insan2 yang telah mendahului kitorang untuk sampai di puncak Nuang di samping menenangkan hati kitorang yang gundah gulana angkara cabaran insan2 itu.. Hanya itu saja impian kitorang.. Tiada yang lain..


Iltizam dan semangat untuk tidak mahu dijadikan bahan cerca dan tawa orang kampung MMU Cyberjaya mengiringi pendakian kami ke Kem Pacat, Checkpoint kitorang yang pertama. Jalan penuh berliku seperti akar kayu yg berusia ratusan tahun lamanya, lumpur akibat rintik2 hujan dan pacat hutan yang dahagakan darah jenis O dan AB ada di depan kitorang dan 1001 ujian yang tidak diramal akan kitorang tempuhi dengan sabar dan jantan…perjalanan diteruskan..

PaRt sPeCial eNcOrE NuAnG ReVenGe – NiCkNaMe YaNg MisTeRi



EpIsOd 1 : DoBonG a.k.a AbG TeLuR GoReNg BeReMpAh a.k.a AbG SteRiNg MoMo LoGiTecH


Ramai jugak yang tanya kat aku kenapa la aku gelarkan Dobong sebagai Abg Telur Goreng Berempah a.ka Abg Terer Main Game Racing. Ramai juga yang mengatakan aku begitu kejam hingga tidak memberi peluang langsung kepada kengkawan dalam misi Dendam Nuang untuk glamor mengikut norma manusia biasa. Ada jugak yang mengatakan aku agak pendek berfikir untuk memberi nama samaran yang pelik (telur contohnya) untuk ditonjolkan kepada umum. Kepada insan yang memberi kritikan aku ucapkan terima kasih. Segala kritikan dan kutukan korang akan aku jadikan azimat pemangkin untuk terus maju dan maju.. dan lagi.. dan lagi..

Nama Dobong sebagai Abg Telur Goreng Berempah berpunca dari satu kejadian di satu malam di mana TEAM CIRCLE OF TRUST @ TEAM HATI PANAS sedang memasak makan malam pada hari pertama camping di Kem Lolo. Situasi pada ketika itu agak genting, ketat, kucar kacir dan sibuk kerana setiap individu mempunyai misi penting antara hidup dan mati masing2. Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai diberi misi memasak, Zack a.k.a Abg Sudah Berpunya diberi tugas mengambil ayaq di sungai, Raja a.k.a Abg Bicep tengah solat Isya’, Amin a.k.a Kapten Serba Boleh a.k.a Peta Bergerak tengah mengemas barang supply dan aku a.k.a Abg Cameraman a.k.a Abg Masak Nasi Lembik a.k.a Abg Torlight Hijau diberi tugas untuk menghalakan lampu suluh Eveready rm18 yang dibeli kat Jusco Alamanda ke arah makanan yang sedang dimasak untuk memastikan harapan dan masa depan kitorang semua untuk melantak makan malam yang lazat, bernutrisi dan berkolesterol rendah dapat menjadi kenyataan. Di kala itu Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah baru sahaja mengemas khemah dan kedua2 belah tangan Dobong kelihatan ceria dan agak free dari sebarang misi dan kerja.

Lantas, melihatkan keadaan Dobong yang agak free dari sebarang misi , Afik a.k.a Chef Sardin mengarahkan Dobong supaya mencari pinggan plastik kosong untuk diaplikasikan sebagai tempat meletak telur goreng versi Omega 3 rendah lemak yang sudah masak. Akibat tamak, Dobong menggunakan kedua2 belah tangannya untuk memegang pinggan plastik tahan lasak yang berisi telur2 goreng tersebut. Aku a.k.a Cameraman a.k.a Abg Masak Nasi Mentah pun tidak membuang masa dan terus mengambil gambar situasi mangsa bernama Dobong ketika itu menggunakan Sony Cybershot 7.2 MP dan terhasillah gambar yang agak clear + pelik dan serentak terciptalah jugak nama samaran Abg Telur Goreng Berempah untuk Dobong. Dobong pun dgn agak sporting berkata "nak rasa telur saya"? Gambar itu menceritakan segala2nya dan gambar itu aku lampirkan khas dan special di atas untuk tatapan korang untuk menjauhkan segala fitnah, cerca dan tohmahan orang kampung. Tak baik woo fitnah2 ni…

Dengan penjelasan ini, aku harap korang faham dan tidak marah aku lagi seraya tidak lagi memandang serong kepada Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah a.k.a Abg Stering Momo Logitech. Kita semua hanya hamba yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.Hanya kemaafan yang ikhlas dapat aku minta. Yang terbaik dari ladang atau dari mana2 pun hanya milik Allah jua..renung2kan dan selamat beramal

Wednesday, February 11, 2009

PaRt 1 - Di MaNa SeMuAnYa BeRmUla, MaRtiAl ArT TeRuLuNg...



MoNdAy, 930 pm, 9 Feb

Tgh lepak2 depan tv lepas seharian membetulkan PC yang tak boleh connect internet, aku tewas. Aku da cuba pelbagai cara nak repair Internet Connection dia tapi tak betul2 gak. Klu ikutkan hati mmg aku hempas PC ni tapi selepas memikirkan akibat yang aku pun akan kena hempas ngan abah aku selang beberapa saat lepas aku hempas PC ni, aku hanya mampu berdiam diri dan memikirkan idea yang lebih bernas untuk merepair PC ni. Hai, hari ni memang hari bertuah kau wahai PC..kau tunggulah hari esok.

Untuk melepaskan tension yang teramat sangat disebabkan PC hamlau tu, aku pun bukak game Dynasty Warriors 6 PS2 Version. Tengah2 main game tu, aku teringat game Street Fighter yang aku mula2 main kat Console Game Micro Genius sekitar tahun 1990. Micro Genius tu hadiah dari abang aku atas kecerdikan aku time Tadika Kemas. Kalau tak silap aku, masa tu Playable Characters dia ada 4 orang je iaitu Ryu a.k.a Lone Fighter, Guile a.k.a Tentera US, Chun Li a.k.a Gadis Pusing2 Kaki dan Zangief a.k.a Penggusti Berbulu Dada Merah.

Aku taktau la nape tapi surely masa tu aku agak slalu kena dibuli. Nak cakap aku kerek tak jugak (Masa tu kecik lagi weh. Perkataan kerek tu pun tak wujud lagi). Kata bonda aku, muka aku ni cam pompuan sket (yeke? Pasal tu ke aku kene buli? Unacceptable). So dengan cara main game Street Fighter tu jelah aku leh lepaskan marah aku yg helpless dibuli. Aku main game tu sampai takde sape boleh beat aku (Abang aku pun give up main dgn aku)Dengan game console yang agak terhad time tu, aku menjadi antara yang terbaik di kalangan gamers di daerah aku walaupun aku baru darjah 1 time tu. Sampaikan tetiap minggu ada je kengkawan ajak aku fight game tu. Memori indah semua tu. Part yang kena buli tu je tak bape best.

Karektor yang slalu aku pilih time tu adalah Ryu a.k.a Lone fighter. Aku pilih Ryu sebab dia cool, movement yang sukar diramal dan senang nak buat Power dia (boleh bergaduh dengan member pasal berebut nak pilih karektor) Aku terpengaruh dengan Ryu sampaikan aku penah pki Headband Pendekar kaler merah tu pegi skolah pagi (nampak agak poyo gak la). Bila ada orang lain tanya , aku cakap aku blaja Taekwando padahal aku memang taktau apa2 pasal Martial Art. Bila aku cakap camtu, kurang sikit la orang buli aku dan kengkawan start respect aku. Aku mula menukarkan pembohongan aku blaja Taekwando dengan cara yang lebih real masa aku darjah 4. Aku start curi2 blaja Taekwando pakai kitab Taekwando akak aku (masa tu akak aku blaja taekwando kat UKM). Aku panggil jiran belakang umah aku Muzam dan kitorang start blaja sama2 kat surau. Cara pembelajaran kitorang senang je, copy n paste bulat2 semua movement yang ada dalam buku tu. Dalam time tu jugak aku dah boleh turning kick, karate kayu sampai patah dan boleh split kaki aku 180 darjah. Pergh!!walaupun camtu, aku still kena buli sket2. Takleh blah gak la..

Atas dasar terpengaruh ngan Karektor Ryu dari game tu jugak, aku tanpa berfikir panjang join kelab Taekwando masa aku kat sekolah menengah sains. Dan masa tu jugak aku realize Idola aku si Ryu a.k.a Pendekar Sunyi bukanlah berasal dari aliran Taekwando. Beliau berasal dari Aliran Karate campur Kungfu Jepun sikit2. Walaupun aku rasa agak kecewa, aku terpaksa meneruskan jalan yang aku pilih..dan bermulalah kehidupan aku sebagai Martial Artist yang rasmi..dengan Taekwando sebagai permulaan..Hiap!!

pArt 4 NuAng ReVeNge - MeNuJu PunCaK



Selepas itu, Amin selaku Kapten Last Minit telah memerintahkan supaya kitorang masak sarapan awal so kitorang leh gerak awal sket naik ke puncak. Setelah aku merasakan Afik a.k.a Abg Rebonding boleh memikul tanggungjawab selaku Chef Segera merangkap Pembantu Chef Amin, aku ngan Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah pun menyiapkan sisha perisa anggur beserta mint yang dingin. Perghhhh!! Layan sisha dlm hutan time subuh yang hening memang heaven weh!! Sukar nak digambarkan dengan kata2 (sbb tu aku taip blog ni. Wahahaha!). Raja a.k.a Abg Gym pun tak ketinggalan melayan sisha. Walaupun pada mulanya Raja agak keberatan untuk melayan sisha berlebihan kerana takut pancit tetapi atas desakan kengkawan dan bau sisha anggur buatan tangan Afik a.k.a Abg Sms tak Sampai yang harum semerbak memenuhi ruang hutan, Raja pun mengalah. Beliau pun mencekik sisha abes2an mcm nothing to lose anymore. Zack a.k.a Abg Tunangan Orang pun tak ketinggalan melayan sisha walaupun sebelum itu beliau menegaskan beliau tak layan sisha. Namun prinsip itu hanya sia2 dalam hutan Nuang ni..Tidak ada satu pun yang pasti. Hampeh semuanya…

Sambil berborak2 kosong menanti pagi yang menjanjikan seribu cabaran, Amin memberi briefing supaya kitorang tak makan nasi banyak sangat sebab bagi sesape yang first time naik gunung, tenaga tu penting (berat badan weh makan nasi banyak. Pancit!!!). Dengan sepakat membawa berkat kitorang bersetuju untuk mencekik nasi goreng sardin yg dimasak Chef Amin di puncak nanti(walaupun sebelum tu dah curik2 makan tapi memang sedap nasi goreng yang Amin masak. Superb!!). Aku a.k.a Abg Jiwa Luka dan Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah tak sabar2 nak membuktikan kepada Adam a.k.a Abg RXZ Open yang kitorang pun boleh smp ke puncak dan menjadi insan insani muslim pertama melayan sisha di puncak Nuang. Selepas solat Subuh (nakal2 pun kene solat jugak weh.Wajib tu!) kitorang pun menyiapkan diri untuk naik ke puncak. Setelah bergambar dan berposing sakan dengan kamera Sony Cybershot 7.2 MP, aku mengetuai team Circle of Trust membaca doa untuk keselamatan diri dan meminta supaya dijauhkan dari sebarang kecederaan dan sifat riak takbur. Amin Ya Rabbal Alamin. Dengan langkah kanan dan azam yang membara akibat dibakar Adam a.k.a Abg Rajen Swimming, kitorang pun melangkah kaki membuka perjalanan ke puncak..Bismillahirrahmanirrahim..

PaRt 3 NuAng ReVenGe - SeSal keMuDiAn TiDak BeRgUnA



Lebih kurang pukul 3 pagi, aku dikejutkan oleh sesuatu dari luar khemah (nak ckp aku mimpi memang tak la) aku tgk macam ade org lalu lalang depan khemah aku ni. Banyak kali lak tu! Aku try la bace ayat2 Quran yang aku tau untuk menghindarkan sebarang gangguan(takkan nak baca Bible plak) tapi makin aku baca makin byk plak bayang2 tu lalu depan khemah! Dgn berbekalkan semangat yang dipupuk masa tengok budak2 tabligh pompuan kat kaki gunung siang tadi, aku pun bukak zip khemah untuk tengok keadaan kat luar. Tapi pelik, bila aku tengok luar je takde ape2 plak. Tengok keliling pun takde pape. Aku pun malas nak amik port. Aku tak kacau benda tu so aku berharap benda tu tak kacau aku gak. Aku harus memikirkan misi yg lebih penting iaitu sampai ke Puncak Nuang at all cost. Aku tak sanggup lagi dikeji dan dicerca oleh Adam a.k.a Abg RXZ Open a.k.a Spark a.k.a Abg Rajen swimming. Tidak sekali2. zZzZzZz..

Jam tangan Swatch Sport aku menunjukkan pukul 4.50 pagi. Aku tido tak smp 2 jam tapi aku rasa aku dah tido lama sangat. Sekali lagi aku dikejutkan dengan bayang2 org lalu lalang kat depan khemah aku. Kali ni ianya menjadi lebih serius sbb bayang2 org lalu lalang tu disertakan dengan package suara. Aku dgr macam ade orang borak2 kat luar. Tanpa memikirkan akibat yang bakal melanda, aku pun bukak zip khemah. Rupa2nya, suara itu datang dari kengkawan secamping. Amin a.k.a Kapten Serba Boleh dah bangun awal. Afik dgn Zack pun dah bangun sambil membelek henfon masing2 dan mengharapkan keajaiban penghantaran sistem pesanan ringkas boleh berlaku dengan lancar. Rupa2nya diorang masih tak putus asa dalam arena menghantar sms dlm hutan ni(sudah2 la tu! org lain pun ade awek gak. Sms family terchenta lagi bagus la weh!) Dobong ngan Raja a.k.a Abg Bicep pun dah bangun awal. Pelik..Dobong bangun awal? Raja pun? Setau aku diorang ni kuat tido dan lemah bangun tido. Dengan perasaan ingin tahu seperti anak kecil yang baru datang baligh, aku pun tanyalah diorang nape sume boleh bangun awal. Rupa2nya diorang pun diganggu oleh makhluk yang jalan mundar mandir depan khemah awal pagi tadi. Dengan siasatan yang rapi, Amin a.k.a Detective Conan waktu Maghrib di TV3 telah mengexplainkan bahawa fenomena org lalu lalang depan khemah kitorang adalah angkara lampu minyak tanah Dobong yg ditiup angin. Setelah mendengar penerangan yang agak panjang lebar dari Dobong dan Amin a.k.a Detektif Hajime Kindaichi, aku dan kengkawan berasa agak sesal kerana menuduh makhluk2 ghaib hutan sebagai dalang gangguan tido kitorang. Kami jugak sesal kerana mengabaikan pengajaran cikgu Zorah di kelas sains sekolah menengah. Maafkan kami makhluk2 ghaib.. Main2 tuduh je.

PaRt 2 NuaNg ReVeNgE - BiArKaN HuTaN BeRcERiTa


230 am, 7 Februari Kem LoLo

Setelah masing2 pun penat dan sedar kitorang kene panjat ke puncak gunung esoknya, kitorang pun masuk la tido awal sket (awal ke pukul 1 pagi? Honestly mmg sume mamai pasal sisha. Takyah tipu la weh). Dengan persefahaman yang dibentuk atas dasar dikeji caci oleh Adam a.k.a Abg RXZ Open sebab tak naik puncak gunung masa misi Nuang pertama, kitorang decide aku a.k.a Abg Masak Nasi Mentah, Raja a.k.a Abg Bicep dan Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah tido satu khemah dan Zack a.k.a Abg Kancil Mivec Turbo Compressor S.E tido ngan Afik a.k.a Abg Sisha Sedap kat satu khemah lain. Amin a.k.a Abg Kapten Gagah Berani men’decide’kan yang beliau nak tido kat luar. Mmg patut pun beliau tido luar sebab beliau banyak pengalaman hidup kat dalam hutan ni kalau nak compare dengan kitorang. Banyak gunung beliau dah tawan (kalau apa2 jadi pun beliau kena dlu. haha!) Aku dpt lihat Afik ngan Zack a.k.a Abg Nik a.k.a Abg Banyak Nama Samaran masuk ke dalam khemah dgn perasaan hampa dan kusam. Ini mungkin disebabkan penghantaran sistem pesanan ringkas yang tak kunjung tiba dari kekasih gelap masing2(mane la ade coverage dlm hutan ni weh!agak2 la bai). Walaupun sebelum tu Afik a.k.a Abg Teknologi Maklumat telah berkeras dan menekankan yang beg baju beliau boleh menarik perhatian coverage sbb bile letak henfon atas beg beliau je ade sms masuk(kire nasib je tu!). Apa guna main sms klu sms masuk selang sejam. Sms masuk tapi takleh balas. Pastu gaduh ngan aweks sbb aweks bajet kat sini ade coverage dan korang saje2 je taknak balas sms. So dengan pengalaman ayat2 manis yang aku blaja time aku slim dlu, aku menasihati Afik dan Zack supaya clash ngan kekasih separuh masa masing2 dan rujuk kembali time dah turun gunung nanti. Afik dan Zack hanya mampu mengangguk lemah..

Bila dah masuk dalam khemah tu, aku rasa memang sume takleh tido. Honestly, bila dah dalam hutan ni, mmg saiko sket kalau nak tido. Yang kuat tido pun pun mesti takut nak tido punye! Sume terpikir pasal benda2 seram. Yang tak penah tengok cite hantu pun nak join seram skali. Aku plak terpikir pasal cite hantu Thailand 4bia tu. Dengar cite makhluk2 ghaib a.k.a hantu hutan ni mmg suke kacau org yang tido kat tengah2. Kebetulan plak aku tido kat tengah (Patut la raja ngan dobong sprint semacam je masuk khemah! Nak cop tempat landing rupenye!) tapi arwah bonda aku pun penah cite perihal hantu yang sama. Nak percaya lebih2 pun kang syirik plak. So, aku pun mengambil keputusan untuk try tido. Abes tu nak buat apa lagi kan pagi2 buta camni. Takkan nak main Guitar Hero World Tour Special Edition Ps3 Version plak. Tido lagi bagus..zZzZzZ..kroih..kroih..

Tuesday, February 10, 2009

PaRt OnE NuaNg ReVEnGe - CaBaRaN dIsAhuT



                                                

1105 PM.10 Februari. Depan Laptop

Dah masuk bulan 2. Sedar tak sedar dah 3 bulan aku register blog ni. Lame gak aku tak update blog. Bukan sesaje taknak update tapi bz giler weh. Now, aku ade mase n leh share cite ngan korang.:-)

6 Februari 2009, aku dan kengkawan MMU dan UNIKL, Dobong a.k.a Grid Master, Raja a.k.a Abg Bicep, Amin a.k.a Kapten Serba Boleh, Afik a.k.a Sisha Master dan Zack a.k.a Abg Ensem telah pergi ke puncak tertinggi di Selangor, Gunung Nuang. Tujuan memanjat gunung ni tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membuktikan kepada Encik Adam Izhar a.k.a Abang RXZ Open a.k.a Tukang Bakar no 1 bahawa kitorang pun leh naik ke puncak dan mencatat rekod pasukan hikerz pertama yg layan sisha kat atas gunung ( Boleh tahan gak misi ni )

Setelah berdepan dengan pelbagai kesukaran seblom ni seperti hujan, paper suppliment, kekeringan ringgit Malaysia serta kekangan awek, kitorang pun sampai ke kaki Gunung Nuang tepat pada pukul 6. Memula ade la cadangan supaya kitorang camping kat bawah je tapi disebabkan misi sisha yg diamanahkan, kitorang pun naik la jugak dgn harapan sampai kat Kem Lolo sebelum gelap. Terima kasih yang tak terhingga kepada adik - adik skolah tabligh yg pakai tudung labuh kat gerbang Nuang kerana memberikan semangat ( Diorang pun taktau diorang bagi semangat kat kitorang. Haha! ).

Akhirnya, tepat 830 mlm, kitorang pun sampai kat Kem Lolo dan dengan terus tidak membuang masa kitorang pun pasang khemah dan masak dinner sepantas mungkin. Walaupun kitorang makan sardin je, tapi memang sedap dinner malam tu. Mungkin sebab mencekik secara berjemaah dengan kengkawan. Pastu cam besa la. Layan sisha. Perghhhh!! Mmg sedap layan sisha dalam hutan. Pada sesapa yang nak cuba, aku syorkan korang jangan lupa prepare bawak apa yang patut. Nanti lupa bawak diamond foil mcm aku. Haha! Papehal pun mmg heaven mlm tu.

Nnt sambung taip blog. Main game jap. Lepas tensen. Assalamualaikum...

bloG BudDieS