Tuesday, February 10, 2009

PaRt OnE NuaNg ReVEnGe - CaBaRaN dIsAhuT



                                                

1105 PM.10 Februari. Depan Laptop

Dah masuk bulan 2. Sedar tak sedar dah 3 bulan aku register blog ni. Lame gak aku tak update blog. Bukan sesaje taknak update tapi bz giler weh. Now, aku ade mase n leh share cite ngan korang.:-)

6 Februari 2009, aku dan kengkawan MMU dan UNIKL, Dobong a.k.a Grid Master, Raja a.k.a Abg Bicep, Amin a.k.a Kapten Serba Boleh, Afik a.k.a Sisha Master dan Zack a.k.a Abg Ensem telah pergi ke puncak tertinggi di Selangor, Gunung Nuang. Tujuan memanjat gunung ni tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membuktikan kepada Encik Adam Izhar a.k.a Abang RXZ Open a.k.a Tukang Bakar no 1 bahawa kitorang pun leh naik ke puncak dan mencatat rekod pasukan hikerz pertama yg layan sisha kat atas gunung ( Boleh tahan gak misi ni )

Setelah berdepan dengan pelbagai kesukaran seblom ni seperti hujan, paper suppliment, kekeringan ringgit Malaysia serta kekangan awek, kitorang pun sampai ke kaki Gunung Nuang tepat pada pukul 6. Memula ade la cadangan supaya kitorang camping kat bawah je tapi disebabkan misi sisha yg diamanahkan, kitorang pun naik la jugak dgn harapan sampai kat Kem Lolo sebelum gelap. Terima kasih yang tak terhingga kepada adik - adik skolah tabligh yg pakai tudung labuh kat gerbang Nuang kerana memberikan semangat ( Diorang pun taktau diorang bagi semangat kat kitorang. Haha! ).

Akhirnya, tepat 830 mlm, kitorang pun sampai kat Kem Lolo dan dengan terus tidak membuang masa kitorang pun pasang khemah dan masak dinner sepantas mungkin. Walaupun kitorang makan sardin je, tapi memang sedap dinner malam tu. Mungkin sebab mencekik secara berjemaah dengan kengkawan. Pastu cam besa la. Layan sisha. Perghhhh!! Mmg sedap layan sisha dalam hutan. Pada sesapa yang nak cuba, aku syorkan korang jangan lupa prepare bawak apa yang patut. Nanti lupa bawak diamond foil mcm aku. Haha! Papehal pun mmg heaven mlm tu.

Nnt sambung taip blog. Main game jap. Lepas tensen. Assalamualaikum...

2 comments:

Anonymous said...

macam manerlah tak lupa... orang bawak benda yang patut ni bawak shisha... tu berdaulat namanya... kata taknak layan shisha lagi.... haaaa ngaku tak???

3viL X eIjI said...

alaa... tak sengaja layan sisha. member2 paksa sambil letak pisau kat leher. hukhuk.

bloG BudDieS