Thursday, April 2, 2009
PaRt 3 LedaNg ShoWdOwN - bEkAlAn NutRiSi uNtUk DiNiKmAti
Setelah puas tido dalam keta Wira Rim Sukan En. Pijan,Lebih kurang pukul 2 kitorang pun sampai kat Kem Asahan Melaka, kaki Gunung Ledang. Masa tengah - tengah bajet nak carik site camping tu, tetiba je aku dengar ada bunyi anjing yang bajet garang menyalak tak tentu arah kat situ. Aku pun try mencari sasaran dari mana datangnya salakan tersebut. Satgi bile dah usha, tenyata salakan anjing tersebut agak besar dari saiz fizikalnya! Dengan air liur yang meleleh dan mata ajing tersebut merenung tajam kat aku dengan Izzat macam kitorang ni nak rompak balak yang hidup mekar kat situ, cite banyak pun tak guna. Time tu aku dah ready nak bukak langkah tomoi yang aku curik - curik blaja dari TV. Izzat plak buat - buat berani dengan cuba bercakap dalam bahasa yang dijangka boleh difahami anjing tersebut. Aku ni bukan takut dengan anjing tapi aku juz malas nak samak - samak je. Letih weh! Tiba - tiba datang seorang lelaki tua berjanggut putih berseluar pendek datang menyapa..
Pakcik Pendita : Korang jangan takut. Anjing tu jinak.. Kalau korang berniat baik, insyallah korang tidak akan diapa - apakan.
Aku : Anjing pakcik ke? Fuhh.. Nasib baik saya tak terajang beliau tadi. Kalau tak mesti saya dah teruk kena gigit.
Pakcik Pendita : Korang nampak cam penat. Korang bukak la khemah cepat. Takyah la terhegeh - hegeh. Esok pagi pukul 8 lebih kurang kita naik Ledang.
Setelah disound sedas dua oleh pakcik pendita tersebut, kitorang pun pasang la khemah. Time ni muka sorang - sorang dah penat. Mana taknya, on the way sebelum sampai tapak khemah ni kene tolak keta dari selut lecah pastu siap sesat lagi angkara overconfident tanpa menggunakan google map sebagai penunjuk jalan yang benar ( Korang pakai Rim Sukan ke, rim basikal ke, kalau nak sesat tu sesat jugak! Wahahaha ) Apa yang penting, kitorang da sampai. Hanya beberapa ribu langkah dari Puncak ledang. Hanya beberapa ratus langkah untuk membongkar rahsia identiti.. Beberapa puluh langkah untuk stamina diri dikenalpasti..
Sume da siap! Khemah dah pasang. Barang dah kemas. Aku dengan Raja a.k.a tidak dapat lagi menahan gelodak godaan sisha perasa Honeydew keluaran Al - Fakeh. Izzat dengan Zul pun join jugak. Pergh! Memang heaven layan sisha kat kaki Gunung Ledang ni. Dengan cuaca yang mengundang rindu pada pujaan hati ( family aku, korang fikir apa? ), dengan bunyi air sungai yang sejuk segar menderu - menderu menggamit hati sunyi dan ditambah dengan semangat berkobar - kobar untuk sampai ke puncak yang menanti.. Iskh! Hanya Allah yang tau camne bestnya.. Wahaha! Tapi camne bestnya pun, ketidakhadiran Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah tetap dirasai. Hanya kasut hiking RM8 yang aku pinjam dari beliau sebagai pengganti. Kasut pun jadilah dari takde langsung.. Oh Dobong,Amin sunyi tanpamu.
Setelah Amin selaku kapten rasmi bersuara suruh tido, aku dengan ahli mesyuarat sisha lain pun mengalah. Kitorang pun tido la. Dengan seribu cabaran yg menanti esok, aku menjadi makin tak sabar. Boleh ke stamina aku bertahan... zZzZzZ..
Bersambung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
langkah tomoi??? bukan ke ko paling awal lari?
lari ape mendenye.. aku tgh amik step la tu. ko ni pun..
kau sure ke tu anjing?
KAHKAHKAH!
tu anjing la..
takkan anjing pun aku tak knal..
takkan tetiba ada singa laut plak..
haru..haru..
haha sib baek anjing tu siang kena tambat wei.. kalau terlepas abes ko..
ape yg abesnya..
senang je menghalang anjing durjana..
juring di perutnya sebagai cara..
barulah idop aman bahgia..
wahkahkahkah..
juring di perot? karang perot ko terburai.. nnt awek ko x aman, tak tau la kalau bertambah aman
kahkah..
diri ini dibajet gagah..
ramai sudah lawan yang rebah..
setakat anjing ape sangatlah..
tiup je gerenti musnah..
punah..punah..
Post a Comment