Thursday, April 9, 2009
tO wHoM iT maY ConCeRn - LeDaNg ReVeNge
BORING????????
TAKDE KAWAN - KAWAN??????
NAK UJI STAMINA?????
Atas beberapa sebab kritikal seperti gambar di puncak tak clear, tak dapat layan sisha atas batu dan kekurangan member sekepala melayan sisha, maka dengan ini sukacita dan bangganya aku membuka peluang untuk kengkawan sekalian untuk merasai dan menikmati alam sekitar di Gunung Ledang.
Tarikh : sekitar bulan 5 dan 6 ( Tunggu Dobong abes buat FYP)
Bayaran : rm100 ke bawah
Kenderaan : digalakkan ada
Syarat - syarat adalah seperti berikut :
a) Sihat ( kalau sakit camne nak naik gunung )
b) Perwatakan Menarik a.k.a tak skema ( Boleh borak - borak )
c) Kelakar atau separa kelakar ( Laughter is the best medicine )
d) Semangat setiakawan yang tinggi ( Ini paling penting, senang nak tolong - menolong )
e) Pandai masak ( skit - skit pun bolehlah, kalau tak pandai masak kitorang leh ajar)
Itu adalah antara syarat - syarat minima untuk ikut. Sesapa yang ada boifren atau girlfren, sila dapatkan keizinan terlebih dulu. Penyertaan terhad kepada 25 orang terawal. Semuanya tertakluk pada terma dan syarat. Untuk sebarang pertanyaan leh hubungi aku terus di blog ni. Terima kasih.
"CiRcLe Of TruSt"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
aku nk join.
Bro.. Nak letak ads ape?
Gua pun letak yang biasa2 saja. Tak letak banyak, takut jadi berat. Bab-bab ADS aku tak berapa tahu sgt, selalunya org pmpuan aku yang salu letak ads ni. Alih2 saja dah ada.. Sori bro, bukan taknak tlg. Tpi bila aku buka ko punya blog, gambar kat atas tuh besar sangat. Kecikkan skit.. Ok dah blog ko nih..
tq..
thanx atas komen ikhlas ko bro..:-p
okeh.skang raja a.k.a Abg Bicep dah konfem..
ada sesape lagi nak join?
hohoho..
Sbl korang naik tu sile minta idjin dengan penunggu ledang tu dulu aka pendita janggut putih. Nombo phone dia ade ngan amin.
huh?
pendita tu takde blogspot ke..
no fon Amin pun aku takde..
haru..haru..
kalau bf/gf nak ikut cemaner...?? boleh ker??
kalau bf/gf nak ikut digalakkan..
ini kerana, jika ada gf/bf yang tidak larat membawa beg, pancit atau mental down, bf/gf boley tolong.
sekaligus ini akan merapatkan silaturrahim antara korang.hehehe..
kalau bf kena angkut beg ngan gf dier sekali naik sampai puncak, aper kes???
kitorang leh tolong bawakkan..hehehe
dengan ini dinasihatkan sebelum mendaki, korang kene la fit sikit..
insyallah,takde pape..
kitorg tu merangkumi kesemua satria yang pergi ker?? waaahhh macam ini jagi gf best ni.... banyak orang leh tolong angkat sampai puncak... ikut shift...
kahkahkah..
kita akan daki ikut stamina masing - masing..
kalau boleh pecut, pecut la.
jangan smp stresskan diri plak..
kita panjat gunung nak rileks - rileks..
hohoho..
tapi saya nak orang dukungkan... sampai itu puncak ke-8... apa macam kasi atau tak kasi???
ada puncak ke - 8?
klu pompuan takdehal..
sampai langit ke - 7 pun sanggup..
wahahaha..
saya perempuan lah ni... dah mengikat janji, kena angkat sekali, akan ku tuntuti, hinga ke perut bumi, jangan ingat nak lari, akan ku jejaki...
hehe..
klu sungguh bagai dikata..
jgn risau tidak kan lama..
kan ku junjung dikau kesana..
biarpun badai datang menimpa..
merana..merana..
sudah berkata berjanji setia,
telah sign agreement bersama,
belum bermula mengeluh terasa,
mungkinkah janji hanya tinggal sisa...
belum paper sudah merana,
biler dijunjung entah kemana,
lelaki hanya pandai berkata,
bila buat hampeh tak terkata...
dasar lelaki durjana...
kakakaka kan dah kena...
len kali pikir dulu sebelum berbicara...
apa?
bila bercakap memang la senang..
kutuk mengutuk mula berkumandang..
jika ada kasih dan sayang..
lautan api sanggup ku renang..
peluang..peluang..
:-)
owhhh lautan api sanggup ko renang,
kerana ko banyak dosa bergelumang,
cukup2lah jadi umang-umang,
api neraka tunggu ko datang...
jangan tetiba tak sanggup nak berenang pulak, nanti kang mampuih kena gelak...
huhuhu..
api neraka sgt la panas..
cair sudah hati yang keras..
kutukanmu sudah berdas - das..
taqwaku ada sebagai alas..
pedas..pedas..
api neraka jadi taruhan,
kerana dirimu mebuat perjanjian,
lautan api kan kau selamkan,
untuk membukti dirimu ketaqwaan...
hahahahah silalah lawan...
hehehe..
ku hanya insan yg lemah..
dosa dan pahala selalu terdedah..
di akhirat nanti seksa diserlah..
pekung disorok pun akan pecah..
takleh blah..takleh blah..
batu keras batu konkrit,
hidup di dunia jangan hipokrit,
perangai yang buruk silalah get rid,
agar dosa tak seberat konkrit...
hehehe..
ada amal dosa dan pahala..
rutin hidup kita di dunia..
yg ckp tu pun sama saja..
belum tentu nasib terbela..
serupa..serupa..
diri saya tidak sempurna,
tidak lah saya bermegah diri,
dosa pahala tak tau paras mana,
sebab tu saya merendah diri...
Post a Comment