Wednesday, February 11, 2009

pArt 4 NuAng ReVeNge - MeNuJu PunCaK



Selepas itu, Amin selaku Kapten Last Minit telah memerintahkan supaya kitorang masak sarapan awal so kitorang leh gerak awal sket naik ke puncak. Setelah aku merasakan Afik a.k.a Abg Rebonding boleh memikul tanggungjawab selaku Chef Segera merangkap Pembantu Chef Amin, aku ngan Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah pun menyiapkan sisha perisa anggur beserta mint yang dingin. Perghhhh!! Layan sisha dlm hutan time subuh yang hening memang heaven weh!! Sukar nak digambarkan dengan kata2 (sbb tu aku taip blog ni. Wahahaha!). Raja a.k.a Abg Gym pun tak ketinggalan melayan sisha. Walaupun pada mulanya Raja agak keberatan untuk melayan sisha berlebihan kerana takut pancit tetapi atas desakan kengkawan dan bau sisha anggur buatan tangan Afik a.k.a Abg Sms tak Sampai yang harum semerbak memenuhi ruang hutan, Raja pun mengalah. Beliau pun mencekik sisha abes2an mcm nothing to lose anymore. Zack a.k.a Abg Tunangan Orang pun tak ketinggalan melayan sisha walaupun sebelum itu beliau menegaskan beliau tak layan sisha. Namun prinsip itu hanya sia2 dalam hutan Nuang ni..Tidak ada satu pun yang pasti. Hampeh semuanya…

Sambil berborak2 kosong menanti pagi yang menjanjikan seribu cabaran, Amin memberi briefing supaya kitorang tak makan nasi banyak sangat sebab bagi sesape yang first time naik gunung, tenaga tu penting (berat badan weh makan nasi banyak. Pancit!!!). Dengan sepakat membawa berkat kitorang bersetuju untuk mencekik nasi goreng sardin yg dimasak Chef Amin di puncak nanti(walaupun sebelum tu dah curik2 makan tapi memang sedap nasi goreng yang Amin masak. Superb!!). Aku a.k.a Abg Jiwa Luka dan Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah tak sabar2 nak membuktikan kepada Adam a.k.a Abg RXZ Open yang kitorang pun boleh smp ke puncak dan menjadi insan insani muslim pertama melayan sisha di puncak Nuang. Selepas solat Subuh (nakal2 pun kene solat jugak weh.Wajib tu!) kitorang pun menyiapkan diri untuk naik ke puncak. Setelah bergambar dan berposing sakan dengan kamera Sony Cybershot 7.2 MP, aku mengetuai team Circle of Trust membaca doa untuk keselamatan diri dan meminta supaya dijauhkan dari sebarang kecederaan dan sifat riak takbur. Amin Ya Rabbal Alamin. Dengan langkah kanan dan azam yang membara akibat dibakar Adam a.k.a Abg Rajen Swimming, kitorang pun melangkah kaki membuka perjalanan ke puncak..Bismillahirrahmanirrahim..

8 comments:

Adam Izhar said...

lu bikin gua panas (dgn nada filem rempit)
kahkahkah...
aku bace gelak guling2 ko nye blog nih...
asal ngan aku je terbakar hahaha amin bakar dlu per kahkahkah
ko skarang baru nk cari gunung advantures time dlu first2 naek nuang x nk naek, pastu nk majuk ngan aku plak ckp terbakar porah.., time tu la adventure hujan.. jln berlumpur... x leh berdiri meluncur je kebawah lg best... haahha tp sian kat naz kaki die terbelah kena buluh uh ngeri...

3viL X eIjI said...

ciss!!kaki aku berdarah ko tak sian la plaks!time kitorang lagi adventure wooo..awek uitm ramai!tergugat iman..aku siap buat rekod turun dr puncak berkaki ayam..takleh blah..cobaan..

Adam Izhar said...

ahaha bile mase kaki ko berdarah.. ko ckp kebal.. mane aku tau ko nek nuang berdarah.. awek nye pasal darah pon x pe eh.. hahaha

3viL X eIjI said...

kebal sakit..bukan kebal mati wehh..manusia bese je aku nih..

Anonymous said...

amboiiiii tergugat ye iman dier tengok awek uitm... kalau macam tu g lah amek satu awek tu... biar tetap sket iman tu.... darah pun sure tak mengalir lg...

3viL X eIjI said...

lagi byk darah mengalir la klu amik awek uitm tu..haiya..

Anonymous said...

asal lagi banyak darah mengalir???? musykil2....

3viL X eIjI said...

sbb byk darah dalam badan la..hohohohoho..

bloG BudDieS