ePisOd 2
PrApP!!KapiSh!! Bunyi tali beg sebelah kanan Afik a.k.a Chef Sardin yang kurang berjenama dan kurang berkualiti yang kusandang putus. Tidak!!! Bala pertama dah jadik! “Ahh Sudah”, aku mengeluh panjang. Hati kecilku berfikir dengan bala sebegini rupa bolehkah aku sampai ke puncak Nuang? Belum lagi sampai suku perjalanan ke puncak aku sudah diuji. Aku menenangkan hati dengan mengingati pesan arwah bondaku bahawasanya hanya Insan yang Beriman akan selalu diuji Allah. Aku kembali tenang dan rilek. Amin selaku Kapten meminta kitorang berhenti seketika untuk mengambil oksigen tambahan. Beliau jugak menitahkan sesiapa yang rasanya perasan kuat dan mampu bolehlah blah dulu ke Kem Pacat. Raja a.k.a Abg Bicep tanpa berfikir panjang dan waras terus memecut hasil tenaga yang dipacu dari Air Isotonik 100 Plus 1.25 Liter yang dibawa di dalam Beg Deuter Merah Edisi Pro diluar pengetahuan kitorang (Cisss!!! Tergamak kau!). Zack a.k.a Abg Tunangan Orang mengikuti rapat di belakang Raja dengan catatan bersih kurang 5 minit 3 perpuluhan 442 saat. Memang laju diorang ni..
10 minit sebelum sampai di Kem Pacat, Afik a.k.a Chef Sardin pula menghadapi bala kedua iaitu masalah hamstring kaki kiri. Amin a.k.a Chef Sardin Terulung berasa pelik dengan gelagat Afik. Dalam perjalanan tadi, Afik ada memberi statement sensasi bahawa beliau berpengalaman luas dalam selok belok mendaki gunung ni. Antara gunung yang dikatakan pernah ditawan Afik termasuklah Gunung Stong dan Gunung Ledang (Yeke ni?). Takkanlah naik Gunung Nuang yang agak rendah ni menjadi masalah buat Afik? Kami tertanya2 dan menggelengkan kepala. Sambil menyedapkan hati yang agak tawar dan was2 dengan statement Afik a.k.a Abg Sms Tak Sampai, Amin berkata Kem Pacat hanya beberapa ratus meter di depan kitorang (Yeke? Macam jauh lagi je). Dengan semangat yang sedikit luntur bagaikan terkena Clorox haruman Lemon baru, Aku, Dobong, Afik dan Amin terus menggagahi baki2 perjalanan ke Kem Pacat. Alhamdulillah, aku nampak beberapa
Tatkala di Kem Pacat, Amin a.k.a Kapten Serba Boleh memberi arahan supaya aku mengurut kaki kiri Afik supaya perjalanan kitorang ke puncak Nuang berjalan lancar. Dengan ilmu mengurut zahir dan batin yang dikurniakan guru silat Gayong aku, cikgu Arifin a.k.a Penumbuk Kiri Sakti dengan menggunakan minyak Ibu Gamat Asli Langkawi Cap Kuda Putih berkapasiti 60 ML, aku dapat mengenalpasti sakit hamstring yang dialami kaki kiri Afik berpunca daripada sifat mazmumah keji yang ke 3 iaitu malas dan kurangnya penglibatan Afik dalam aktiviti Ko - kurikulum seperti senaman, silat, Pengakap Malaysia, Puteri Islam dan lain2 ( Mengorat pompuan rajin pulak). Aku hanya mampu mengurut tapi sembuhnya sakit datang dari Allah jua. Kita hanya insan insani yang mampu berdoa dan mengharap.
6 comments:
yg baju AIG tu jgn poyo sgt ler. haha
-ezad-
satu team MU pki baju AIG weh. mane satu yg poyo? habaq mai sini..hahaha..
hahahahahaha. cesh!
-amran-
hahaha.. pasni ikut la naik gunung weh.leh poyo sama2..
wei gunung ledang pakcik aku yg naik laa
gunung stong aku dah naik ngan mmber aku kat klang.
kan aku nak plan g gunung ledang kalau ada masa.
aku dari bawah sebenar dah terkehel, tapi aku senyap jer. aku tahan sampai dia merebak kat hamstring.
pastu aku tolong angkat beg ko 2 yg lagi sakit.
aku tak cakap aku pro mendaki
aku cakap dah biasa masuk utan.
apa daa
time turun pun aku sakit, tapi wat bodoh jer
tambah kena kat rusuk, lagi senak.
aku ngah kumpul budak g gunung ledang bulan 5
aku tak penah sampai sana
alaa..
apa cita touching2 ni en.afik?sori klu hati terusik..tak sengaja..:-)
kan ko telah membuktikan yg ko berjaya smp ke puncak?
bulan 5 pegi ledang?taknak bwk aku skali?
ahahaha..:-)
Post a Comment