Monday, February 16, 2009

PaRt sPeCial eNcOrE NuAnG ReVenGe – NiCkNaMe YaNg MisTeRi 2



EpIsOD 2 En. Adam Izhar a.k.a Abg RXZ Open a.k.a Abg Spark a.k.a Abg Tukang Tambah Panas no. 1


Dalam episod pertama siri Encore, aku telah menerangkan siapakah Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah kepada korang. Kali ni dalam episode 2 pulak aku akan jelaskan siapakah Adam a.k.a Abg RXZ Open. Check it out!


Karektor Adam a.k.a Abg RXZ Open a.k.a Abg Suka Karaoke Lagu Hindustan bermula pada misi Nuang pertama. Beberapa hari sebelum misi Nuang pertama dilaksanakan, aku a.k.a Abg Masak Nasi Mentah sibuk menjalankan aktiviti joging dan senaman untuk mengelakkan diri ini dari dicerca angkara pancit ketika pendakian misi Nuang pertama nanti. Aku sedar kesibukan dan kerajinan aku bekerja di sebuah firma insurans swasta ternama di Ibu Kota menyebabkan aku kurang mengambil perhatian terhadap kualiti stamina. Jadi aku mengambil kesempatan pada beberapa hari yang tinggal untuk menaiktaraf stamina dengan cara berjoging secara konsisten. Aku juga memutuskan untuk tidak memakan nasi atau sumber karbohidrat yang lain demi mengelakkan risiko berat badan yang berlebihan.


Namun, lain pula halnya dengan Adam a.k.a Abg RXZ Open. Di kala individu lain berhempas pulas membina stamina dan menghadkan pengambilan sumber makanan, beliau menjalankan aktiviti hariannya seperti biasa dan normal. Yang lebih mengejutkan aku, pada hari kami bertolak ke Gunung Nuang, beliau boleh melahap sepinggan nasi berkapasiti penuh berlauk ayam dan sedikit kentang sebagai side dishes bernilai rm4.50 di HB1 dengan penuh berselera tanpa rasa segan silu dan bimbang! Pada ketika itu aku menyuarakan kekhuatiran aku kepada Adam bahawa dengan cara pemakanan yang sebegitu dan stamina beliau yang kurang boleh menyebabkan beliau tidak dapat sampai ke puncak Nuang. Adam hanya tertawa kecil.. Riak wajahnya mempunyai muslihat yang sukar diramal.. Apakah?


Pada hari pendakian ke Kem Lolo, aku dapat lihat Adam menghadapi sedikit kesukaran mendaki. Paha beliau mengalami kekejangan hamstring dan nafas beliau kurang konsisten dan stabil. Aku merumuskan situasi Adam dengan tahap stamina sebegini, Adam mungkin tidak dapat sampai ke puncak. Jika perjalanan ke Kem Lolo pun sudah mencabar, apa lagi perjalanan naik ke puncak? “Jangan mimpi la weh!!” kata hati kecilku. Hanya keajaiban boleh membawa makhluk bernama Adam ke Puncak.


Ketika di Kem Lolo pada pagi pendakian, aku dan Dobong sependapat untuk tidak naik ke puncak Nuang. Ini disebabkan beberapa faktor utama seperti malas (Hujan weh time tu!tido lagi best!), air sungai yang sejuk dan segar, kumpulan mendaki yang terlalu crowded dan desakan bau sisha perasa strawberry berjenama Al - Fakeh yang harum kepunyaan VG a.k.a Raja Sisha Sebenar. Adam pula begitu bersemangat untuk naik ke puncak Nuang dan membuktikan diri beliau bernilai dan berbaloi untuk dimiliki gadis2 Kelab Rakan Muda yang turut serta dalam Misi Nuang Pertama tersebut. Dan hasilnya, Adam cemerlang membuktikan tanggapan aku silap! Beliau berjaya mendaki ke puncak Nuang hasil dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari bebudak pompuan Kelab Rakan Muda dan kengkawan silat yang lain seperti Ucop a.k.a Pengerusi PSSGM MMU dan Naz a.k.a Anak Buluh Betong. Dalam perjalanan pulang, terdengarlah suara Adam yang agak jakun menceritakan cabaran dan keseronokan tiba di puncak serentak menimbulkan bibit2 kesal aku dan Dobong kerana tidak turut serta naik ke puncak ( Takleh blah!). Adam juga berpendapat aku dan Dobong tidak mempunyai stamina a.k.a pancit dan kualiti untuk mendaki ke puncak. Cis!!! Terlalu sukar semua ini untuk aku hadapi. Telah beratus kali aku menerangkan kepada Adam bahawa aku jugak boleh sampai ke puncak. Tapi Adam hanya ketawa mengejek. “Semua orang boleh cakap dia boleh sampai ke puncak tapi hanya bergambar di Puncak Nuang akan menjadi bukti yang sah dan agung!”, kata Adam dengan angkuh. Cis!!! Aku tak boleh menerima semua kata2 nista ini. Kata2 Adam itu bagaikan racun rumpai Halexone Paraquat 130 jenis pekatan larut air yang selalu diaplikasikan pekebun2 kelapa sawit cawangan Felda Bukit Sagu di Kuantan untuk membunuh rumput dan lalang. Kitorang mula merasakan maruah dan kehormatan kitorang tercicir di Kem Lolo. Kitorang kena kutip balik maruah tu. Tak kira apa pun halangan.Tunggulah… Aku dan Dobong memasang tekad…


Akibat terlalu kerap dibakar oleh kata2 pedas a.k.a Hot n Spicy Adam, aku berpendapat perangai Adam yang suka membakar dan mencabar kemampuan insan lain untuk membukak game lebih kurang sama dengan Spark a.k.a Zul Huzaimy dalam filem Rem – pit arahan Ahmad Idham tu. Dengan rancangan yang rapi, aku dan Dobong berikrar janji setia untuk menawan puncak Nuang dalam misi Nuang’s Revenge. Hanya itu sahaja boleh membalas dan menyahut cabaran Adam a.k.a Abg Spark a.k.a Abg RXZ Open sekaligus menafikan tanggapan buruk penduduk kampung MMU Cyberjaya terhadap aku dan Dobong. Dan masanya telah tiba…

5 comments:

Anonymous said...

hahahahahhaha... kalakar tahap cipan beranak 8

Anonymous said...

lorhhh rupanya yang dulu pergi tu tak sampai ke puncak.... cehhhh semangat jer berkobar....

3viL X eIjI said...

sebab tak naik puncak time tu la yang semangat semacam tu...hukhuk.

Anonymous said...

hahaha. steady la abe adam! mmg hao liao!!

3viL X eIjI said...

adam byk peminat weh.. giler la abe.. bila mao karaoke lagi nih?

bloG BudDieS