Monday, August 9, 2010

LIfe Shout Out - Against my will...

                                                                      Yang bersalah?

                                                                Yang langgar keta?

" And [that] He may punish the hypocrite men and hypocrite women, and the polytheist men and polytheist women - those who assume about Allah an assumption of evil nature. Upon them is a misfortune of evil nature; and Allah has become angry with them and has cursed them and prepared for them Hell, and evil it is as a destination "

                                                                                                                                     - Surah Al - Fath,6 -

Apa pengertian maaf bagi korang? Sekadar ayat di mulut untuk penyedap kata? Sekadar perlakuan untuk menenangkan hati yang lara? Sekadar mengisi masa lapang untuk mengamankan getar di jiwa? Adakah maaf WAJIB diberi kepada sesiapa yang memintanya? Ada sapa - sapa nak tolong jawab bagi aku? 


Jawapan aku tidak...


Maaf sebenarnya terlalu berharga. Maaf bukanlah sekadar ucapan semata - semata. Ia hendaklah disertai dengan perbuatan dan berazam untuk tidak mengulangi benda yang sama. 


Aku bagi contoh ;


Kalau la tetiba ada seorang pencuri rompak rumah korang. Abes ilang henfon Blackberry, LCD TV SONY 42', peti Ais, PS3, seterika dan macam - macam lagi benda berharga korang, pastu pencuri tu kantoi kena tangkap polis kemudian raya tahun depan plak pencuri tu datang rumah korang dan minta maaf. Yang lagi sakit hati plak pencuri tu cakap seraya berkata...

" Bro, saya susun 10 jari tangan dan kaki mintak ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki pasal saya rompak rumah bro tahun lepas. Barang - barang bro yang saya rompak saya dah jual dah, Kira halal eh bro? Ni kan raya. Sedangkan Nabi ampunkan umat. Ni kan pulak kita manusia. Tapi saya tengok muka bro macam panas je. Takpelah kalau bro taknak maafkan. Yang penting saya dah mintak maaf ".


Adeh...  Punyalah senang. Taknak maafkan main import - import nama Nabi plak.


So kalau kita relatekan kat sini, maaf mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Maksudnya kalau kita dah tau kita salah, betulkan kesilapan kita dan minta maaf. Minta maaf pastu buat lagi kesilapan yang sama untuk apa?


Jangan suka - suka meminta maaf kalau kita tak sedar sejauh mana kesilapan kita membuatkan orang lain terseksa. Satu lagi contoh kat tengah jalan ada orang langgar keta korang sampai kemek, pastu dia datang kat korang " Bro, minta maaf la terlanggar keta bro sampai pecah lampu, kemek, plet tercabut dengan pecah cermin belakang keta bro ni. Saya dah minta maaf kan? Kira settle sini ajelah eh? Saya nak cepat ni".


Dah faham?


Aku bukan nak sebarkan fahaman yang korang jangan tak bagi kemaafan kat orang lain. Tapi setiap individu tu berbeza kan? Jangan samakan diri dengan orang lain. Insyallah...


Sorry seems to be the hardest word


- E . i . J . i -

How to save a life?



2 comments:

La Sauge said...

Gua sokong. Dosa dgn Tuhan, insya'allah diampunkan. Dosa kite ngan org, lain cerite beb.

Sorry IS supposed to be hardest word.

3viL X eIjI said...

Haa... Wise words bro. People should realize that sorry is not child's play.

Come to think bout it, i dunno how ppl live in guilt n keep smiling bout it tho...

bloG BudDieS