Amir Fadhli, guru dan sahabat
Keris, bisa segala senjata
Plaza Tanjung Aru, Sabah
Mr. Ayie and Mr. Tuck
" O you who have believed, do not follow the footsteps of Satan. And whoever follows the footsteps of Satan - indeed, he enjoins immorality and wrongdoing. And if not for the favor of Allah upon you and His mercy, not one of you would have been pure, ever, but Allah purifies whom He wills, and Allah is Hearing and Knowing. "
- Surah An - Nur, 21 -
Skang dah pukul 258 pagi. Di kala semua insan lain sedang tido kepenatan akibat sembahyang sunat Tarawikh ataupun tadarus di masjid, aku masih lagi mengadap laptop yang baru siap direpair. Alhamdulillah, bila check - check balik, takde satu file pun kurang atau missing. Boleh menangis aku kalau ada file yang hilang. Mana nak dapat balik gambar – gambar yang aku dah ambik. Memori semua tu... Semoga laptop ni terus berjasa dalam keadaan aman hendaknya. Nak taknak aku kene terus memakai Windows 7. Aku takde choice... Tapi aku perlu mengambil langkah berjaga – jaga selepas ini. Wahai laptop, jangan khianati aku lagi. Jangan jadi seperti insan – insan yang lain...
Masih terngiang – ngiang lagi suara Amir Fadhli UTP yang begitu teruja bila aku cakap aku nak ke Sabah. Insyallah sahabat. Aku akan sampai jugak nanti kalau umur aku panjang. Tak sabar nak belek – belek keris ko dan lepak sekali kat Plaza Tanjung Aru. Urusan yang lain? Tu pun kene diuruskan jugak. Terlalu banyak yang aku tinggalkan di Sabah. Nak rasa camne puasa kat sana...
Aku dah trauma nak bukak paper. Sana sini kes buang baby. Ya Allah. Apa la nak jadi. Makin banyak kempen kesedaran, lagi banyak plak kes. Dah akhir zaman sangat – sangat ni kengkawan... Ingat – ingat sikit.
Aduh. Kepala dah denyut – denyut. Tapi aku still takleh tido. Nak kena lepak kat Mapley gak ni. Ok kengkawan... Nanti sambung. Sahur nanti aku kejut... Haha! Jangan tak bangun plak!
- - E . i . J . i –
Hatiku di bawah bayu
No comments:
Post a Comment