Masjid di atas air, Masjid Likas. Sabah
Masjid Likas sekali lagi...
Kecoh sekejap 1 Malaysia ni bila ada orang bukan Islam masuk dalam masjid dan menyampaikan sumbangan serba sedikit. Memula aku macam malas gak nak komen lebih - lebih sebab semua orang boleh fikir logik pasal ni. Rupa - rupanya tak boleh! Nak jugak emo! Tapi maybe aku boleh faham kut kalau ada orang yang cakap orang bukan Islam takleh masuk masjid... Sebab diorang fikir pakai kepala lutut. Ada kemudahan internet taknak pakai.
Mungkin diorang fikir semua orang bukan Islam tu tak suci. Kotor. Jijik. Tapi nape tak bagi penerangan kat orang bukan Islam tu tentang Islam? Tunjukkan yang Islam ni cool dan negotiable. Zaman Rasulullah dulu, masjid dijadikan sebagai tempat gathering antara Baginda dan duta - duta asing. Masjid dijadikan tempat percambahan ilmu, pusat pentadbiran dan lain - lain. Yang penting semua orang ada hak terhadap masjid....
Kita sepatutnya memberi gambaran yang baik tentang Islam kepada bukan Islam. Bukannya nak jauhkan lagi diorang ni. Pintu hati terbuka dalam pelbagai cara. Dalam hal ni, aku respek sangat kat ustazah aku masa aku darjah 5. Sebab apa? Masa period pendidikan Islam masa tu, dia siap cakap, kepada sesiapa yang bukan Islam, takyah keluar dari kelas pun takpe. Duduk je blajar sama - sama. Bukan macam segelintir guru yang halau student bukan Islam suruh masuk kelas pendidikan moral. The efff...
So kita takyah nak emo la pasal benda ni. Saidina Umar dulu pun pernah sembahyang dalam gereja. Takde pulak orang Kristian tu nak marah. Kadang - kadang ada antara kita ni yang tak pernah pergi masjid pun tapi emo lebih - lebih. Dah tu pulak, marah orang lain pegi masjid. Adehhh...
Tak kisahlah. Pada aku sesiapa boleh datang masjid. Tapi make sure la bersih. Kesucian masjid tetap kena jaga. Jangan datang masjid time nak nikah je weh...
- e . I . j . I -
I know it's hurting you, but it's killing me
P/S : Rindu gila nak beratur bersila panjang - panjang time malam raya nak bayar zakat...
No comments:
Post a Comment