Sunday, August 22, 2010

Ramadhan Shout Out - It will never be the same as before

                                                                 Laptop yang berjasa

                                                                  I can see u... Always.

Ahad yang biasa di semenanjung Malaysia. Semua insan ada perkara penting untuk dilakukan. Ada yang planning untuk tido seharian setelah berpencak silat 2 per 3 malam di FCM. Ada yang lepak depan laptop layan lagu Super Junior kat Youtube. Ada yang memilih untuk keluar sambil window shopping untuk Hari Raya kat Pavilion. Dan mungkin ada yang lepak kat surau MMU dan terus merungut pasal line broadband Celcom yang makin worse dari hari ke  hari.

Sedar tak sedar dah 2 minggu kita puasa. Amacam puasa? Tarawikh? Ada tinggal? So sementara still ada masa ni, appreciate la sket Ramadhan ni k? Kalau setakat pegi bazar Ramadhan je rajin tapi Tarawikh malas pun tak guna gak kan?

Aku? Aku suka cakap orang tapi aku pun sama? :-)

Aku still berjaya mengekalkan rekod bersih tak pergi dan masuk bazar Ramadhan dari tahun lepas. Kalau pergi bazar pun lepak tepi je. Ada orang yang tolong belikan murtabak... Aku tak cukup kuat menahan godaan bazar Ramadhan. Oh air soya...

Well, sepertimana yang aku janji, blog khas yang memuatkan input silat dan lain - lain telah siap separuh. Korang boley surf http://blackbleacherz.blogspot.com. Walaupun ia still in construction dan tak secantik mana, korang tak perlu nak kutuk dan still boleh dapat input yang sepatutnya. Dengan ini, secara rasminya blog ini HANYA akan memuatkan input selain silat. Kita memang tak mampu tak puaskan hati semua orang kan? Takyah la marah - marah weh...

Selain itu, sesiapa yang demand gambar, korang boleh surf http://www.flickr.com/photos/bleacherz. Kat sana akan memuatkan koleksi gambar aktiviti silat, hiking, gaming dan lain - lain pada sapa - sapa yang terlibat jelah. Aku minta maaf aku tak mampu nak edit semua gambar tu sebab masa yang sangat - sangat terhad. Kapasiti laptop aku pun terhad jugak.

Ok guys. Aku perlukan tido. Kepala pening. Tekak haus. Perut lapar. Hidung darah. Kaki sakit. Internet Celcom macam haram.. Damn kapitalis.

- e . I . j . I -

Aku kau dan dia. Yang pasti mereka bukan kita

No comments:

bloG BudDieS